1. Sejak balik kampung hari tu dah 2 kali Syafiah muntah² & demam. Muntah² menunjukkan ciri yang shuntnya tidak berfungsi dengan baik. Tapi pertemuan terakhir dengan pakar, pakar bertanyakan sekiranya ia berterusan. Tidak. Jadi dia kata mungkin ada sebab lain. Yang saya perhatikan sekiranya dia demam, dia mesti muntah. Bakat gigi atas juga telah keras. Mungkinkah?
2. Shuntnya juga seakan tidak berfungsi dengan betul. AF dia seringkali 'tense' tapi ada masa²nya akan lembut. Ukuran semacam naik sedikit. Saya pesan pada suami, sekiranya keadaan sebegini berterusan, bawa sajalah dia ke HSB. Appointment dengan neuro pun lambat lagi - bulan March. Saya mungkin tidak ikut serta kerana saya masih baru berkerja. Dilema sungguh.
3. Jika tiada apa, alhamdulillah. Jika ya... mungkin saya perlu mempertimbangkan untuk berhenti saja dari kerja. Mungkin saya boleh mulakan sesuatu dari rumah. Mana tahu rezeki kami semua dalam dunia perniagaan (99% remember?)... insyaAllah.
Doakan urusan kami dipermudahkan.. ameen!

