Jan 15, 2009

Tiba² air mataku gugur...

Sebagai seorang manusia, dengan hati yang lara... saya seringkali tertanya-tanya juga. Walau pun saya tidak pernah menunjukkan perasaan saya pada orang lain. Tentang apa hati kecil saya rasakan terhadap Syafiah. Tentang kasih-sayang saya. Tentang apa yang saya banggakan tentang dia yang banyak tidak saya ceritakan.

Terus-terang saya katakan.. saya sebenarnya wanita yang tidak kuat walau nampak saja kuat. Kerana... air mata saya tiba² gugur hari ini. Gugur tatkala saya berbicara dengannya sebelum dia dibawa ke HSB.

"Mesti ada SEBAB kenapa Allah pilih kita kan, Syafiah..."


Sehingga kini hati kecil saya tertanya-tanya apakah sebabnya. SEBAB.. sebab yang mungkin akan muncul 5 atau 10 atau mungkin 20 tahun akan datang. Mak yang mendengar di sebelah turut sama sebak hingga menitiskan air mata. Kedengaran hanya bunyi esakannya.

Pagi tadi dia dibawa suami ke HSB kerana ada temujanji dengan neuro. Tengahari suami membawanya balik dan mengambil saya di Q untuk pulang ke rumah.

Suami tidak berkata apa. Di tangan saya, dia menghulurkan dua keping kertas A4. Saya terus membacanya. Tertera di kertas itu Syafiah saya perlu menjalani pembedahan lagi. Seperti biasa saya tenang menerima perkhabaran tidak gembira.

Hanya ketika saya bersamanya... hanya ketika itu saya menitiskan air mata. Seperti biasa juga saya sering meluangkan masa berborak bersamanya walau pun dia mungkin tidak mampu membalas apa yang saya katakan padanya.

Ya Allah.. aku menangis bukan kerana aku tidak redha dengan semua ini. Tapi aku menangis kerana rasa kasih dan cintaku terhadap anakku, Syafiah. Yang berjuang dan terus bersemangat untuk mendapatkan kehidupannya yang sementara di duniaMu ini. Kenapa rasa cinta itu mesti menusuk seperti ini? Kenapa.... hadiah ini yang perlu kamu terima di hari lahir kamu?

CT scan dijadualkan dibuat sekali lagi pada hari ini. Dan melalui surat doktor Azli saya dapati tertulis NBM 4am. Bermakna dia akan berpuasa pada subuh esok hari.

Selepas menciumnya berkali-kali, si ayah membawanya pergi. Rasa sayu sehingga ke saat ini, seolah-olah seperti ciuman terakhir (Na'uzubillah). Sebelum² ini saya turut serta, sudah pastilah perasaannya terlalu lain. Kesian juga pada suami, perlu berkorban di saat² 'account closing' seperti ini.

Maafkan ibu kerana tidak dapat turut serta hari ini. Badan ini masih lagi sakit serta ibu juga mendapat demam, sakit kepala dan selsema yang teruk. Maklum sajalah hari pertama... Begitu juga dengan Mastura. Dia juga tidak sihat.

Saya perlu mengumpul kekuatan sebelum saya bertemu dengannya lagi. Mungkin esok. Saya perlu pastikan yang saya sihat. Jika saya tidak sihat, dia sudah pasti boleh merasakan perkara yang serupa.

Malam ini... saya pasti akan merindui baunya, rindui gelak ketawanya, rindukan rengekannya...

Allah... kurniakanlah aku kekuatan seperti sebelum²nya, ameen...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin