Apr 28, 2009

Mozart effect and addiction to classical musics

Have you ever heard of Mozart effect? Firstly, Mozart's full name is Wolfgang Amadeus Mozart. He's one of the greatest composers ever who died on Dec. 5, 1791. The myth says that he died of poisoning. Contemporary research has concluded that Mozart probably died of the effects of a bloodletting administered to counter acute rheumatic fever. And he almost certainly knew that the Requiem, which he had worked on the night of his death, had been commissioned by Count Franz von Walsegg-Stuppach, who wanted to pass it off as his own. 'No Hint of Poisoning'

From Wiki:

The Mozart effect can refer to:

- A set of research results that indicate that listening to Mozart's music may induce a short-term improvement on the performance of certain kinds of mental tasks known as "spatial-temporal reasoning;"[1]

- Popularized versions of the theory, which suggest that "listening to Mozart makes you smarter", or that early childhood exposure to classical music has a beneficial effect on mental development;

- A trademark for a set of commercial recordings and related materials, which are claimed to harness the effect for a variety of purposes. The trademark owner[2] claims benefits far beyond improving spatio-temporal reasoning or raising intelligence, defining the mark as "an inclusive term signifying the transformational powers of music in health, education, and well-being."

[...]



This is what was written in New York Times - Composing Concertos in the Key of Rx:

REMEMBER the Mozart Effect? As propounded by the news media, the message was that listening to Mozart made children smarter. The science was full of holes, but the notion appealed, and a growing body of research has since suggested that music, classical music in particular, is somehow good for us. The field is still short on evidence, but it has started a lively conversation between scientists and other experts.

[...]


However, personally, I love to hear Bach, Beethoven, Chopin, Schubert, Tchaikovsky and Strauss (there are films about this composer and brothers. The most famous song is Blue Danube). I've all the cassettes and CDs until someone borrowed them and never return. So, when husband's boss lent us her classical CDs, it was such a bless! Sooth my addiction on classical/instrumental musics, even though they are meant for Syafiah. Tapi tak le sampai obses!

I can hear the musics for hours! Even on a bike! Masa praktikal dulu saya praktikal di Klang. Everyday without fail saya akan bawa basikal dari Kg Jawa ke Taman Eng Ann. The road are damn busy, might be one of the busiest towns in Malaysia. One must have item in the basket was a walkman. Dedolu populer dengan walkman la. Mana ada CD segala macam sekarang. Bila dengar muzik klasik ni tak sedo pun sebenarnya tengah dok kayuh basikal kat bandar sibuk ni.

Along the way, I'll play either the above musical streams or Kitaro/Kenny G/Vanessa Mae. Not to forget Richard Clayderman. Love the way he remixed the Fur Elise by Beethoven. La ni ada Maxim plak... fuhh!

But try to listen to these boys' sounds when they're reciting Quran... sedapnya.. oh no! Indah is the best word. Their parents must be proud of them! Ok... satu hafiz in the making insyaAllah ada dalam rumah kami. Mana tau Adam (Syafiah ayah dia kata jadi doktor neuro.. ameennn!)...:






Antara harapan dan impian...


Saja je letak gambar ni... nak tenangkan minda berserabut!
Far away there in the sunshine are my highest aspirations. I may not reach them, but I can look up and see their beauty, believe in them, and try to follow where they lead - Louisa May Alcott (1832-1888)


Aku : Therapist kata apa? Ada harapan ke dia nak jalan?

Si dia : Ada... insyaAllah...

Aku : Hopefully...


Itu cerita semalam sepulangnya si puteri dari menjalani terapi. Setiap hari begitulah kami. Menganyam harapan dan impian. Adakalanya tersadung di tengah jalan. Namun tetap cuba bangkit walau pun cahaya mungkin saja sebesar cahaya lilin atau pelita minyak tanah.

Saya kini jarang benar dapat ikut Syafiah menjalani sesi terapi. Mungkin tiada langsung untuk tahun ini sejak Mastura dimasukkan ke sekolah tadika. Sekali-sekala sesi terapi ada diadakan pada waktu petang, tapi yang banyaknya sebelah pagi. Suamilah terpaksa berkorban.

Saya perlu berada di rumah menjaga dua orang anak lagi. Si kakak perlukan seseorang menyambut ketika dia pulang dari sekolah. Kadang belum sempat membuka baju, dia telah mengeluarkan kerja sekolah. Budak tadika zaman sekarang! Zaman kita dulu main je kerjanya.

Sebenarnya kami dua² perlu berkorban. Saya perlu berkorban dari mengikuti program bersama Syafiah. Si dia pula perlu mengorbankan waktu di pejabat. Alhamdulillah bos si dia mengerti. Malah bos si dia jugalah yang meminjam kami CD Brahms dan Schubert untuk diperdengarkan pada halwa telinga Syafiah (dan jugak sayalah tu sebab saya peminat muzik klasik). Padahal bosnya berbangsa asing. Bos jugalah berusaha dan berjanji berbuat 'sesuatu' pada suami yang pada akhirnya suami naik pangkat lagi tahun ni walau pun tahun lepas banyak kali ambil EL dan unpaid leaves.

Perkembangan Syafiah tidaklah sehebat kanak² lain seusia dengannya. Namun masih ada perkembangan berlaku yang nampak kecil pada mata orang tapi amat hebat dan besar pada mata saya. Saya bersyukur sekali sebab saya dikurniakan anak yang pelbagai. 2 luarbiasa, 1 extra luarbiasa.. lebih power. Membandingkan anak bukan cara saya. Anak ini jalan bla bla bla, anak itu pandai buat itu ini masa umur dia yadda yadda yadda... Tapi hari ini saya rasa amat bersalah sekali kerana membandingkan Syafiah dengan anak seseorang. Maafkan ibu... hati ibu lemah wahai anakku! Maafkan ibu kerana kurang mempercayaimu... and I feel so damn guilty about it! Membuatkan ibu yang rasa kekurangannya semula. Mungkinkah sebabnya masa perlu dibahagi-bahagikan antara anak² yang lain, untuk ayah malah untuk diri ibu sendiri? Mungkinkah ibu yang bersalah?

Apa Syafiah pandai buat:

1- Meniarap. Hampir setiap hari selama seminggu kebelakangan ini. Walau pun kepalanya besar, tapi dia masih mencuba.

2- Cuba pegang botol sendiri. Mula tak perasan tapi semalam bila saya lambat suapkan, dia cepat je nak capai botol tu.

3- Semalam saya cuba mengikat lagi tangan dia pada sebiji bola. Siap ambil selotep besar. Dia asyik hentak tangan dia sampai tercabut bola tu tak sampai 10 minit pun.

4- Dia suka bermain tanpa dilihat oleh orang lain. Jika kita berada dekat dengannya jangan haraplah. Tapi kalau jauh, boleh je dengar bunyi²an yang terhasil dari hentakan tangannya pada bola atau alat permainan. Tu sebab saya letak alat permainan berdekatan dengannya.


Syafiah ni kurang senyum, kurang nangis, kurang merengek. Dia hanya akan senyum bila bermain dan mendengar suara saya. Betapalah mahal senyumannya tu. Ketawa apakan lagi. Tapi bukan tak de langsung. Cuba lihat gambar dia sebelum ni.. ada je gambar ketawa dan senyum... Dan alhamdulillah juga sebab body Syafiah tak pernah stiff selama ini.


p/s : Kadang rasa sedih dengan blog ni.. entahlah... rasa nak buat invite only je..

Khasiat makanan dalam pandangan Islam

Sirajuddin Abbas

1. Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

2. Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

3. Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

4. Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

5. Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6. Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

7. Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8. Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

9. Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10. Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

11. Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

12. Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

13. Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

14. Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

15. Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

16. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

17. Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

18. Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

19. Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

20. Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

21. Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

22. 'Endive' (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba'.

23. Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

24. Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga'. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

25. Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

26. Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami'.

27. Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

28. Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

29. Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

30. Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

31. Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

32. Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

33. Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.

Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Diambil dan diolah dari YB CinaIslam.



p/s :
1- Semua yang bergaris adalah favorite. Kebanyakannya ada di rumah.

2- Tiba² aku rasa aku gagal hari ini... gagal menjadi ibu yang baik tu satu hal. Gagal lagi kerana aku telah membandingkan pencapaian anakandaku dengan anak orang lain. Sedangkan akulah orang yang paling against mende alah ni! I should trust my little Princess.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin