May 21, 2009

2 tag : Intan dan Mirah+Ibu Uwais Ameenah

Award dari Intan



The rules:
*Place the award logo on your blog.
*Nominate 10 other blogs which show “Attitude and/or Gratitude”
*Link to the nominees on your blog post.
*Comment on their blog that you have nominated them.
*Share the love and link to the person who nominated you.

List yang akan terima award ni sama je dengan list 10 orang kat bawah tu…. Hehehe! Dan saya juga bagi balik award ni pada Mirah sebab dia ingat pada saya. Update : dan saya juga bagi award ni pada Ibu Uwais Ameenah (jiran taman sebelah yang bagi award kat bawah ni pada saya).


Award dari Mirah dan terkini Ibu Uwais dan Ameenah



Saya dapat award ni dari Mirah (dan kemudiannya dari Ibu Uwais dan Ameenah). Blog ni tak amazing kot berbanding dengan Syafiah yang hebat!

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie:

Mirah
1) Antara insan yang tak jemu baca dan komen entry²ku yang lesu...hoh! Penting ni... antara ciri sahabat yang baik!
2) A mother to a preemie child name Khadijah.
3) A breastfeeding mother.
4) A mother to 2 lovely daughters – Aisyah and Khadijah.
5) A career woman who is now in dilemma to choose between 2 careers (wish you good luck, Mirah… moga Allah permudahkan jalan dan berikan Mirah yang terbaik dalam hidup ini).

Ibu Uwais Ameenah
1) A mother to 2 lovely kids too - Uwais and Ameenah.
2) A mother to amazing Uwais. Uwais is a CP patient.
3) She's a LEO, I'm a LEO. She loves brown color, I love it too.
4) Her hometown is near to my hometown.
5) Works in USJ1, where I first settled down with my husband.


Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya:

1) Ibu kepada 3 orang superb kids – Mastura, Adam dan Syafiah yang hebat!
2) Seorang yang membosankan dan sombong jika tidak dikenali. Kerek jugak sesikit! Hahaha… teringat dan rindu kat Miss Ezza pulak.
3) Saya tak bekerja. Seronok sebab bebas. Cuma poket je tak bebas.
4) An adventurous type of person.
5) Tak suka shopping.. boleh? Tapi saya suka makannnn… anytime! Tengah malam pun boleh.
6) Suka baca, suka bloghop, tapi tak suka tinggal komen. Fail marketing aku ni! Fail apa.. belajo pun idak!
7) Suka belajar benda baru.
8) Suka dengan suara dan lagu² Muadz. Sore dia buatkan saya meremang bulu roma!
9) Suka buli anak².
10) Suka tonton Prison Break or a kind. Apa saja citer action saya layan dan saya tak suka citer yang terlalu futuristic sebab ia mengarutlah! (macamlah PB tu tak ngarut.. kehkehkeh!).


Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :

1) Intan – my cyber best friend.
2) Awa – my sister and my best friend yang chubby (aku tag geng GPPS semua boleh tak?)
3) Kroni² di Warung Pak Hamid – semua ahli keluarga saya yang suka beno online ni.
4) Kak Rina – a sister yang dari dulu hingga kini support moral saya untuk terus berblog sebab dia selalu komen dalam blog TYMB saya.
5) Kak Emy – principal in my daughter’s kinder.
6) Jingga Studies – an eye resident yang la ni senyap je. Blog dia pun jarang update. Bro, ko buat ape daaa... banyak beno ke assignmentnye?
7) Kak KC – a neighbour and a blogger. A mom to 3 kids too.
8) ASR – a friend who is now staying in UK. Has a pair of kids.
9) Krsty-Pinky – a cousin. Baru je abih pantang dia ni. Anak dia nama Mawar Cinta Aneesa, a classic name.
10) Kak Iza – a teacher, a neighbour, a friend to Intan too. Conceiving her second child.

I can expand this list if I want to.. hehehe :D. Actually I want to tag someone out there. My close cyber friend, just like Intan, but he’s not online these days. So forget it! Sama je rasa nak tag satu Negaraku tu! Hehehehe....

Tegaskah anda dalam mendidik anak-anak?

Saya cuba juga lari dari subjek berat dari dimuatkan dalam blog tapi tak boleh la... sebab inilah diri saya. Saya akui saya membosankan dan komplikated. Patut blog ni saya cerita pasal Syafiah dan mungkin perkara² peribadi, tapi mesti nak juga selit peringatan dengan meletakkan klip video pasai Palestin.

Bila tengok betapa bersusah-payahnya anak² Palestin, betapa untungnyalah anak kita ni.. manja, mengada, pantang susah sikit dan tak dapat benda yang dihajati mesti nak merempan and so on. Di antara syarat tarbawiyah Nabi saw adalah (mengikut urutan):-
1- Melalui teguran langsung.
2- Melalui sindiran.
3- Melalui celaan.
4- Melalui pemutusan hubungan dengan jemaah.
5- Melalui pemukulan.

Saya tidak mahu menghuraikan tentang pengertian tarbiyah secara terperinci. Proses pentarbiyahan sebenarnya adalah proses yang bermula semenjak kanak² itu dilahirkan dan berlanjutan sampailah ke akhir hayatnya. Usaha menekankan tarbiyah itu pada peringkat kanak² dilakukan kerana pada peringkat umur itu mereka lebih bersedia dan senang menerima pengajaran. Semua ini menunjukkan betapa Islam menghormati anak itu dan cuba menjadikannya mulia.

Mungkin saya sendiri tidak dapat mengikut sepenuhnya apa yang disarankan oleh Baginda Rasulullah saw, namun saya cuba mempraktikkan sekadar apa yang saya mampu. Anak akan lebih mendengar sekiranya kita menganggap mereka seperti seorang kawan. Walau pun pada peringkat usia 4-5 tahun.

Lazimnya saya akan menegur mereka secara langsung, cuba menerangkan apa yang tak boleh dan apa yang boleh. Tapi saya seringkali melakukkannya secara santai. Dalam borak² yang biasa. Mungkin saja sambil bergelak ketawa. Alhamdulillah saya melihat potensi anak² saya mudah untuk dibentuk dan mudah mendengar kata. Bila diminta tolong, mereka tidak akan berlengah menolong sekadar mengikut kemampuan mereka. Jika kami tidak mahu membelikan permainan, tidak pula mereka mengamuk. Cuma kena terangkan kenapa kami tidak mahu membelikannya pada mereka.

Saya memerhati lagi. Jika mereka mampu melakukan sesuatu, maka saya memberikan mereka kelonggaran untuk mereka lakukan perkara itu berulangkali. Selepas itu saya akan cuba mendedahkan lagi kepada mereka benda² baru. Contohnya balik sekolah mesti tukar baju dan sangkut baju sekolah di penyangkut baju atau menyapu sampah yang mereka buat sendiri. Mungkin pada mulanya akan bersepah tapi lama-kelamaan jadi teramat biasa. Begitu juga dengan menuang air kosong. Mereka dilatih untuk berdikari.

Anak² saya mudah dijaga sejak dari dilahirkan. Tidak banyak ragam. Saya seringkali menguji mereka.

Surah Al-Nisa':6 : Dan ujilah anak-anak itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya.



Pengertian ayat di atas adalah luas sebenarnya. Jika mereka meminta susu, saya cuba melengahkan dan menanti reaksi mereka. Setakat ini, Mastura dan Adam mampu menahan rasa lapar dan rasa mahukan sesuatu itu secara mendadak. Jika mereka mampu menahannya, di akhirnya saya akan memberikan reward sebagai perangsang. Reward ni taklah besar mana. Kadang hanya ciuman dan pujian. Jika lebih sedikit, saya membenarkan mereka menggunakan PC ini untuk mereka bermain games sendiri (suka main games tembak², jigsaw puzzle dan the Sims2). Alhamdulillah, PC saya ni sihat sampai ke hari ni, mereka tak pernah tersilap tekan dan sebagainya.

Kata Nabi saw lagi:



"Gantunglah rotan agar keluarganya tahu, kerana yang demikian itu adalah pelajaran bagi mereka". Dan atau: "Gantunglah rotan supaya keluarganya tahu." (Sohih Al Jami' Ash Shagir, juz 4, hadith no. 4021 dan 4022).



Akan tetapi tidak boleh memukul dalam keadaan sangat marah kerana dikhuatirkan membahayakan diri anak. Ya.. di rumah kami juga terdapat sebatang rotan! Kami letakkannya di tempat yang tinggi supaya anak kami dapat melihatnya. Cukup dengan kami menyebut, "Rotan nak?" dengan nada yang mendatar, alhamdulillah nampak reaksi positifnya.

Garangkah kami? Dalam kelembutan mesti ada ketegasan. Jika tidak kita, siapa lagi?



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin