.jpg)
"Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu"
Irama yang sentiasa bergema dalam sanubari kita. Dari generasi ke generasi. Sama saja alunannya.
Maaflah kak non berdiam diri selepas dari hujung minggu yang memenatkan. Pengalaman berbeza dan tiada taranya.
Apa kena-mengena cerita hujung minggu dengan tepuk amai² ye? Sebenarnya saya ingin benar ceritakan perkara ini pada hari Jumaat tapi saya terlalu letih. Balik saja pukul 12 tengah malam.
Syafiah kini pandai tepuk tangan! Pencapaian yang kecil bagi sesetengah pihak tapi tidak kepada Syafiah. Setiap kali saya alunkan irama tepuk amai² tanpa lengah dia menepuk tangannya. Perasaannya hanya Allah swt yang tahu! Cuma tangan kirinya masih menggenggam. Hanya tangan kanan yang terbuka. Dia juga tahu membezakan pipi dan tangan ibu. Dia tidak memilih untuk menepuk pipi ibunya ini! Dia tahu membezakan dan tahu juga alunan irama itu adalah petanda untuk menepuk tangan. Alhamdulillah, otaknya mampu memproses!
Sejak saya tinggalkan dia 16 jam pada hari Jumaat, dia asyik marah saja. Cabut pacifier sekejap pun marah, tak angkat pun marah, riba lama² pun marah, dialihkan badannya pun marah! Malah bagi minum susu pun marah. Semalam si bapa menyiapkan sebotol susu. Asyik merungut je dia. Diberi pun dia tak mahu. Bila dicabut terus lelap. Nak tidur rupanya. Maafkan ayah dan ibu kerana masih belum memahami kehendakmu wahai anak!
Lasak anak ibu ni tidur... bukan 360 darjah lagi dah. Bila bangun pagi dah beralih arah dan tempat. Kepala ke mana, kaki pun entah ke mana.

Hukum Menepuk Tangan
Secara asasnya, menepuk tangan tidak diharamkan, malah dibenarkan berasaskan kepada kaedah fiqh;
الأصل في الأشياء الإباحة
Maksudnya;
"Asal sesuatu perkara adalah harus"
Adapun sebilangan pihak yang mengatakan haram tepuk tangan dengan merujuk kepada firman Allah yang menyebut;
وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً
Maksudnya;
"Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan"
(Surah Al-Anfal : 35)
Perlu diambil perhatian, ayat ini di kupas oleh Imam Ibnu Abbas dengan katanya;
كانت قريش تطوف بالبيت عُراة، يُصفِّقون ويُصفِّرون ، فكان ذلك عبادة في ظنِّهم
Maksudnya;
"Orang-orang Qurasyh, apabila mereka melakukan tawaf, mereka lakukan dalam keadaan telanjang, mereka bertepuk-tepuk tangan dan bersiul-siul. Mereka melakukan sedemikian kerana mereka menyangka itu adalah perkara ibadat[2]"
Justeru, hukum haram tepuk tangan yang dimaksudkan dalam ayat ini, apabila ia melibatkan kepada perkara ibadat. Adapun tepuk tangan yang tidak melibatkan kepada perkara ibadat, seperti melibatkan majlis keramaian, menyambut tetamu terhormat, kagum dengan sesuatu ucapan dan sebagainya, maka itu adalah harus didalam Islam.
Dipetik dari al-Bakistani
