Jun 11, 2009

Tag : Print screen of desktop wallpaper

Dua² tag yang saya jawab hari ni d'taja' sepenuhnya oleh Jiey, ibu kepada si Tuan Rayyan yang hebat tu.

1. Anda perlu printscreen wallpaper di desktop anda yg sedang anda gunakan sekarang. Jangan tukar tau.



Tak tukar pun. Ori nih. Cuba teka di manakah tempat ini?


2.Bgtau kenapa anda suka wallpaper ini.
Sama macam Jiey, tak suka sangat pun. Cuma malas nak ubah. Ni pun entah siapa yang letak kat PC saya ni...


3. Sila tag 10 orang kawan.
Tak mao tag sesiapa pun... tapi volunteer dialu-alukan.. :D





Tag : Segalanya tentang anak...

Hari ni mood saya baik sangat.. baik ke? Entah la.. tapi mood mencanak-canak nak bayar hutang tag. Ada 4 kot. Itu yang diketahui, yang tak tahu tu boleh tak abaikan saje.. hehehe... Saya berjanji dengan diri sendiri untuk tak peram tag lagi... semangat ni.

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?

So far, I've 3 superb kids. Selang bunga. Perempuan + lelaki + perempuan. Mastura bakal berusia 5 tahun esok, Adam bakal berusia 4 tahun hujung tahun ni, Syafiah bakal berusia 2 tahun awal tahun depan. Rumah ni selalu jadi tongkang pecah dengan kegiatan budak 2 orang tu. Berbunga harapan si ayah semalam bila dia menyebut, "Ni belum masuk Syafiah lagi ni. Karang Syafiah pun pandai buat semak juga".


2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?

Kalau boleh tiap² tahun/2 tahun sekali jika Allah swt mengizinkan. Saya kalau boleh nak beranak ramai. Dalam perbualan saya dengan ayahnya ketika selepas saya bersalinkan Mastura, kami sebolehnya nak anak 7 orang.. huhu! Tu dia... umur 31 tahun ni.. lagi 9 tahun nak ke 40. Sempat tak ni?


3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?

Mastura - yang terpelihara, Adam - yang menjadi teladan, nama Nabi, Syafiah - penawar, yang memadai, antara nama isteri Rasulullah saw. Mak mertua saya pernah berseloroh bila kami mengambil keputusan letak nama Adam, "Ramai lagi adik Adam ni. Ada Idris, Nuh, Hud, Salleh, bla bla bla..." Hubungan saya dengan ibu mertua memang rapat. Sebab saya menantu perempuan yang pertama. Tiada persaingan. Hehehe...


4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?

Mastura - saya bagi, Adam - suami bagi, Syafiah - suami bagi. Lepas ni turn saya. Saya akan gunakan kuasa veto ini untuk mempengaruhi suami saya untuk menerima cadangan... ahaks! Sebenarnya di akhir pemilihan nama anak, kami akan bersetuju sebulat suara. Diplomasi adalah penting dalam menjaga kerukunan rumahtangga.


5. Darimana tercetus idea memberikan nama anak anda?

Tidak berdasarkan mana² peristiwa. Asalkan pendek, mudah disebut. Mungkin lepas ni saya akan terpengaruh jugak kot... kalau lelaki, saya nak letak nama Mu'adz. Aci dak? Saya memang terpengaruh dengan nama sahabat Nabi saw ni.


6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?

Hohoho.... boleh jadi Mu'adz, Zaid, Hana, Huda, Mawaddah, Mujaddid, Mubin, Muhammad.


7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?

Antara Mastura dengan Adam - 18 bulan. Antara Adam-Syafiah - 24 bulan. Syafiah dengan adiknya? Sekarang ni dah 17 bulan dan tiada menunjukkan tanda saya mengandung. Haha... husband kata KIV dulu permohonan tahun ini. Boleh isi borang permohonan tahun depan @ saja boleh buat rayuan.


8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?

Boleh ke mintak² ni? Tapi saya tahu ada satu doa nakkan anak lelaki. Saya berangan jugaklah nak anak² saya terus selang bunga macam sekarang ni. Tapi Allah swt lebih berkuasa.


9. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?

1- Mastura - kebanyakan ciri fizikalnya i.e. warna kulit, mata, hidung, etc. dan saya nampak dia makin menyamai saya bila saya tengok karakternya di sekolah. Kurang sabarnya dan kadangkala suka menyendiri sama macam saya.

2- Adam - jenis darah yang sama A+, dia mempunyai lesung pipit dan berambut lurus seperti saya tapi mukanya jugalah teramat berbeza dari saya. Adam juga lebih cerah orangnya berbanding saya. Malah lebih hensem dari daddynya.

3- Syafiah - belum pasti lagi. Budak ni lagi cerah daripada Adam.


10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.


Mastura yang tak perlu berposing bagai tapi masih nampak cute


Adam yang macam "kera dapat bunga" sebab tengah pegang jambangan bunga


Syafiah yang menahan mengantuk


11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni

Ramai ni... tapi saya nak tag - Mirah, Krsty Pinky, ASR (suka nak masukkan nama mamat ni), Kak KC, Kak Rina, Mala, IbuVouge, Zuhaini, Intan @ Mama Ammar, Sa @ Mama Athir, Mrs Azmar dan Asz. Siapa yang dah kena sila abaikan, siapa yang tak kena nanti saya tag benda lain. Bagitahulah ye yang tak kena tu... huhu!





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin