Jun 20, 2009

Melentur buluh...


"Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun". (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.).

Ibn Khaldun menulis di dalam Al-Muqaddimah, satu karya tersohor:
"Anak-anak mempelajari dengan cara mengikuti dan mencontohi lebih daripada yang diambil dengan cara nasihat dan tunjuk ajar."


Percubaan melipat baju sendiri.


Hasil lipatan Adam sebelah kiri, manakala Mastura di sebelah kanan. Mastura memang dah biasa lipat baju dia sendiri.


Membantu saya memasak di dapur - potong cili, carikan bawang, keluarkan sayur/ikan dari peti ais.


Lebih mengembirakan hati saya, Adam kini telah pandai memakai baju, seluar dan membasuh b**t*t sendiri selepas membuang hadas besar. Itu tidak termasuk perkara yang telah dia lakukan sendiri sebelum² ini - menuang air ke cawan/botol, makan sendiri, mengelap lantai sekiranya air tumpah, menutup suis yang tidak digunakan, mandi, membasuh tangan selepas makan, meletakkan pinggan kosong ke dalam singki, membuang sampah ke bakul sampah dan lain². Mastura juga begitu.

Sekarang dalam proses ajaran siapa yang buat sampah, kena sapu sampah. Kalau buat semak, masing² perlu kemas balik.







p/s : Moga anak²ku menjadi anak² yang soleh dan solehah, menjadi insan berjaya yang beriman, mempunyai peribadi yang tinggi, yang taat padaMu, pada RasulMu dan ibu bapa mereka, Ya Allah.. ameen. Kedengaran di ruang tamu, Mastura membaca buku 'reading'nya tanpa perlu disuruh, alhamdulillah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin