Jun 26, 2009

Ibumu Ibuku, Ibuku Ibumu Jua...


Ada orang tak selesa berbicara soal mertua (terutamanya ibu mertua). Ada orang tak selesa bila balik ke rumah mereka. Malah ada yang teragak-agak untuk menyertai mertua memasak di dapur. Ada orang dah kahwin bertahun pun belum tentu rapat dengan mertua.

Alhamdulillah, saya tidak termasuk dalam golongan ini. Saya sentiasa teruja untuk pulang ke kampung suami. Malah adakalanya saya sendiri yang meminta untuk pulang ke sana. Setakat ini, saya bukan hanya rapat dengan mertua, malah dengan kakak dan adik ipar sendiri. Kalau balik ke sana, saya akan pastikan aurat saya di tutup kerana adik ipar dan biras saya semuanya lelaki!

Serba sedikit cerita sebelum kahwin:

1- Saya pernah ke rumahnya sekali dengan menaiki bas. Masa tu jalan Sabak Bernam-Klang tu dalam pembinaan. Perjalanannya sangat mencabar iman.

2- Ibu mertua pernah bersembang dengan saya dalam talian beberapa hari sebelum pernikahan, "Makcik nak tanya ni jangan marah ye! Betul ke sanggup kahwin dengan anak makcik tu? Dia bukannya kaya, kerja pun tak stabil lagi". Saya diam. Dia menyambung, "Makcik takut Sue menyesal je nanti sebab tak tahan hidup dengannya." *saya dapat rasakan mak gementar untuk 'kehilangan' anak sulong lelakinya sedangkan suami boleh dianggap muda ketika itu*.


Selepas kahwin:

1- Saya pernah menangis di hadapannya sekali kerana suatu perkara. Dia masuk ke bilik untuk tujuan memujuk. Apa yang dirancang malam tu tak jadi. Kami sepatutnya pergi menziarah. Sedangkan dia ingin sangat memperkenalkan menantunya ini pada saudara tersebut.

2- Saya pernah diuji membaca al-Quran bersamanya satu pagi di bulan Ramadhan. Bertadarus bersama suami, dia dan adik ipar yang bongsu - Ata. Biasanya mengaji sendiri je. Ni kena baca depan dia. Dah la dia buka kelas pengajian al-Quran. Abis bacaan tunggang-langgang sebab saya terlalu nervous. Banyak dia betulkan.

3- Dia pernah berkata, "Mak dulu masa inai masih merah di jari dah mengandungkan akak (anak sulong dia)". Saya hanya mendiamkan diri. Padahal masa tu saya dah pun mengandung. Saya alah pada halia dan berus gigi. Setiap kali rasa loya di rumahnya, saya akan ke bilik air dan buka paip kuat² sehingga menenggelamkan suara saya sendiri. Saya meminta suami untuk tidak memberitahu sesiapa tentang kehamilan itu. Dia menyedari saya mengandung ketika kandungan saya mencecah 6 bulan (sebab masa ni perut saya baru nampak).

4- Ketika kehamilan yang kedua, dia siap bermimpi seseorang datang kepadanya dengan mengatakan bahawa menantunya kini mengandung lagi!

Kini setelah 6 tahun saya bergelar isteri dan menantu sulong perempuan, saya begitu rapat dengannya. Cuma bila belek² gambar tak de pulak gambar kami bersama. Nantilah saya snap gambar kami, insyaAllah.

Saya seringkali menganggap dia seperti ibu sendiri. Abah begitu juga. Kadangkala bila tak jumpa macam ni saya rasa rindu sangat nak berjumpa mereka. Saya rindu nak borak² dengan mereka malah rindu untuk dipeluk oleh mak mertua saya. Adakalanya rindukan masakannya yang sentiasa berevolusi. Dan rindu juga nak keletung-keletang di dapurnya dan memasak untuk mereka.

Abah misalnya, adakalanya meluahkan perasaan terpendam dan tak puas hatinya tentang sesuatu pada saya. Kadangkala tentang biras saya yang kurang mesra dengan keluarga. Malah kadang tentang kereta. Yang pasti antara keduanya, abah lebih rapat dengan cucu²nya. Bukan mak tak teringin bermesra dengan cucu tapi anak saya ni memilih orangnya. Saya tak ajar tapi mereka sendiri yang lebih suka mengekor si atok dari si opah. Jenuh dah saya pesan pada budak 2 orang tu.

Tapi saya amat suka melihat aksi kedua-dua orang tua suami saya ni. Bersahaja dan mesra antara satu sama lain. Malah kedua-duanya gemar mengusik. Tak hairanlah kalau anak mereka pun mengikut sikap mereka dengan berlaku dan melayan keluarga dengan baik, tak gitu?

Mak pernah berkata, "Sue untung la sebab jadi menantu sulong. Tak de persaingan". Ya, saya beruntung. Saya beruntung bukan sebab saya menantu sulong. Tapi lebih pada itu, saya beruntung sebab mertua saya memahami dan baik orangnya. Saya rasa dihargai terutamanya bila melihat mak masih memakai baju yang saya bagi sejak 7 tahun lepas. Ketika itu kami masih lagi bertunang.

Lepas ni biras saya semuanya perempuan. Saya memang tak sabar juga menanti saat tu tiba tapi risau juga kot dapat biras tak sekepala. Mungkinkah ada yang bersaing atau masak bersama-sama di dapur? Mampukah saya adjust diri memasak dengan orang lain di dapur selain dengan mak mertua dan suami serta adik-beradiknya?







p/s : Tak sabar nak balik kg suami petang ni untuk bertemu dengan wajah² yang ku rindui! Moga hubungan baik kami kekal hingga ke akhir hayat, insyaAllah. Oh ye.. sebelah suami saya dipanggil 'Sue' (jenuh minta tukar tapi dia orang dah selesa panggil camtu), sebelah saya, saya dipanggil 'Ela'.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin