Jun 30, 2009

Wahai badan, bertahanlah!


Minggu lepas anak² saya dan suami jatuh sakit. Sekarang tinggal lagi saya dan Adam. Tup² Adam terus je dapat selsema tanpa demam.

Sejak saya balik kampung hari tu, badan dah rasa semacam. Tapi masih tidak mahu mengalah. Saya perasan reaksi badan saya naik turun suhunya. Hari Ahad makan 2 ulas durian. So tempting. Lepas tu mak buat kuih, hentam pulut pulak. Telinga dah rasa lain macam. Panas dan berasap.

Semalam ketika online, saya pening sebelah kiri. Hari ni mula² tadi tak pening. Sekarang dah pening kembali di tempat yang sama.

Wahai badan, teruslah bertahan... Jika demam, saya perlu berehat sekurang-kurangnya sehari semalam. Sedangkan anak² memerlukan sokong si ibu untuk makan, membancuh susu, membuat kerja sekolah, memastikan rumah tidak disepahkan atau memastikan mereka melakukan perkara rutin seperti mandi, etc. Ya Allah... sokonglah aku dengan memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik, ameen.





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin