Jul 29, 2009

Entry yang terlewat & Selamat Hari Lahir, Mirah

Hari Jumaat lepas hari kelahiran saya. Pagi tu cik suamiku wat kejutan la pulak. Tak pasal daku menitiskan air mata. Benda kecil tapi sangat² menyentuh rasa. Dan ya.. saya tak memerlukan kejutan yang besar untuk si dia mengingati saya. Kecil pun cukuplah..

Dapat benda² di bawah. Terasa diri seperti muda semula:


It's short but sweet
It's old but new
It's from the heart -
It's meant for you!
(kat bawah sekali si dia tulis - Happy Birthday Sayang)



2 in 1. Bleh boh duit + handphone. Saya memang suka dompet yang simple. Looks childish but I like. Bio la si dia treat daku cam budak² pun tak pe. He knows that I love brown.


Malam tu pergi makan kat luar. Mula ingat nak pergi berdua je. Pergi tempat jauh sket. Tapi malas la plak. Makcik tak kesah pun.. Janji luang masa berkualiti bersama.


Gambar ni Adam ambil buat kali pertama. Punya seronoknya dia saya izinkan pegang cellphone sampai dia lupa nak makan.


Oh! Ini gambar semalam. Tetiba je dia cakap nak solat. Masa ni waktu Maghrib kalo tak salah. Terpana makcik. Seb baik la makcik tengah angkat bendera Perancis. Sangat² adorable..

Oh ye.. sebelum terlupa saya nak wish Happy Birthday to Mirah. Sahabat dan tetamu blog saya yang tegar. Thanks for being so supportive. Moga Allah swt memanjangkan usia dalam keberkatan dan rahmatNya.











LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin