Aug 6, 2009

Ku bahagia...


Gambar kredit kepada Dari Hawa ke Hawa.

Semasa solat berjemaah, datang si anak masbuk seorang di sisi ibu, seorang lagi di sisi si ayah. Seusai solat kedua-duanya menunggu dengan sabar sampai si ayah berdoa dan mengaminkan doa tersebut.

Anak pertama lantas terus menyambut tangan si ayah dan berkata tanpa rasa gusar, "M buat salah, buat bising, conteng dinding, bagi tumpah air, bagi selerak rumah, main air. M mintak ampun, mintak maaf. M sayang ayah." Lantas terus mencium tangan ayah, memeluk serta mencium kedua-dua pipinya.

Manakala anak kedua dalam masa yang sama mencari si ibu dan mengucapkan perkara serupa. Dia memandang wajah si ibu dengan tenang dan berkata sama seperti si anak pertama. Cuma ada sedikit lebih. "... berak dalam pampers, kencing atas lantai. A mintak ampun, mintak maaf. A sayang sangat kat ibu". Lantas terus mencium dan memeluk si ibu.

Bila diminta berbuat perkara yang serupa pada si ayah, si anak kedua teragak-agak. Tapi dia masih mencium tangan dan pipi si ayah. Tak apalah.

Kini tiba giliran si ibu bersalam dengan si ayah. Si ibu pun menyebut, "Saya minta ampun dan maaf dari abang kalau saya ada buat silap secara nyata dan tersembunyi." Si ibu juga menyebut kesalahan²nya. Kedua-dua anak sekali-sekala menyampuk - ibu tak masak, tak basuh baju, tak basuh pinggan, tak sikat rambut dan lain². Si ibu tergelak kecil. Terkesima tapi dalam masa hati tercuit dengan tingkah laku anak². Sesungguhnya mereka memerhati dengan teliti. Si ayah juga tersenyum dan memaafkan kesalahan si ibu lantas mencium pipi dan dahi isterinya.


Kisah ini kisah kami semalam dan hari sebelumnya. Hahaha... kelakar beb bila sampai bab anak menyelit ucapan saya tu. Hati tersentuh dan rasa sungguh bahagia. Nak malu apa. Ucapan si anak mungkin saja peringatan dari Dia.

Dan juga bila anak berterus-terang tanpa rasa ragu itu menunjukkan bahawa mereka letakkan kepercayaan pada kedua ibu bapa. Mereka percaya bahawa kami tidak akan marah sekiranya mereka berlaku jujur. Moga mereka akan terus percayakan kami, insyaAllah.


Dan moga Syafiah pun akan melakukan perkara serupa bila dia besar nanti.








p.s.. : Teruk betul saya ni jadi seorang ibu kan... Hari ni terus berazam untuk jadi wanita terbaik dalam rumahtangga. Sungguh saya memerlukan anjakan paradigma.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin