Aug 28, 2009

Syafiah ke hospital...

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada kawan² yang setia bertanya di mana kami. Ke mana kami sepanjang saya on hiatus mode terhadap blog ini malah blog² yang lain. Saya tidak ke mana. Internet ok. Idea banyak. Cuma saya M untuk menaip sebab idea tu terlalu mencurah sehingga sudahnya tercurah ke ladang gandum kekdahnya (di Farm Town tak tanam gandum pun.. huhu!). Saya dan keluarga sihat alhamdulillah.. cuma.... keadaan Syafiah agak merisaukan.

Semalam Syafiah telah dibawa ke DEMC. Dia demam panas dah 2 hari, batuk dan selsema. Semalam x-ray dada. Ada sedikit infection di paru² sebelah kanan yang mana tidak pernah berlaku sebelum ini. Pulang ke rumah jam 12 malam dengan segala macam jenis ubat termasuk Fluhalt pills (oseltamivir/anti viral for swine flu) + simplex, ventolin (salbutamol) (cough/batuk), zithromax (antibiotics), parmol/paracetamol, mucoflux (mucus/kahak) & clarityne (flu/selsema). Apa pun alhamdulillah, shunt masih dalam keadaan baik cuma dia dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

Jika di hospital kerajaan Fluhalt pills adalah percuma, sementara itu jika di swasta yang dilantik oleh kerajaan dikenakan bayaran lebih kurang RM80. DEMC tidak termasuk dalam senarai hospital swasta yang dilantik. Maka harganya adalah RM180. Namun saya tahu syarikat suami akan sentiasa bermurah hati. :)

Sempat menjeling ke dinding DEMC. DEMC akan berpindah ke Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, Shah Alam menjelang Mac 2010. Antara seksyen yang paling accessible dan strategik. Suami sempat bergurau, "Tunggu sampai DEMC pindah lokasi baru plan tentang anak. Nanti anak boleh lahir kat tempat baru". Ha'ah, yelah...

Pada mulanya Syafiah diperiksa oleh pegawai perubatan biasa. Tapi kemudiannya dia dirujuk pada Dr. Roliza. Dia sempat bertanya tentang Mastura dan Adam yang ditinggalkan bersama Achu mereka semalam. Dia boleh dianggap sebagai doktor kepada semua anak kami. Malah boleh mengingati mereka secara terperinci. Appointment untuk membawa Syafiah ke DEMC semula adalah pada minggu depan untuk melihat perkembangan dan keadaannya.

Gambar terbaru tunggu....






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin