Sep 4, 2009

Tag : Best Buddies 2009 Award

Tag ni dapat dari dua cik puan 1) Lady of Leisure... 2) Azrina0307



1. COPY AWARD UNTUK DILETAKKAN DALAM BLOG ANDA.
Dah letak *rasa macam nak buat hall of fame plak untuk letak award ni*


b. NYATAKAN 6 FAKTA MENARIK MENGENAI PEMBERI AWARD INI...

Lady of Leisure
1. Pemilik blog yang suka masak. Banyak resepi kat blog beliau.
2. Selalu jalan² cari makan dan cari tempat tidoq plus buat review.
3. Seorang surirumah.
4. Orangnya muda belia lagi.. kehkehkeh..
5. Orang Peghelih yang sayang beno pada anak²nya si Arri dan Molly (hope I spelled those correctly).
6. Bersuamikan orang Melaka.


Azrina0307
1. Sangat rajin memberikan tag kepada diriku yang malas menaip ini (namun kugagahi jua.. huh.. tragis!).
2. Ibu pada tiga orang anak.
3. Rajin menjahit.
4. Beliau tulis beliau suka bebel kat anak².. hehe...
5. Peramah kot sebab katanya lagi suka berborak.
6. Suka shopping (apa sudah jadi dengan tudung itewww? Tak malu betul aku ni).


c. SETIAP BLOGGER MESTI MENYATAKAN 9 FAKTA/HOBI DIRI SENDIRI.

1. Suka on internet kalau boleh 25 jam sehari.

2. Dulu sukalah juga berblog. Sekarang ni kurang sket. Entah tak tahu di mana hilangnya mood tu. Kena cari balik. Kang takut kalau dah jumpa, abih daku merempit sampai 3 entry sehari.

3. Suka pada gadgets.

4. Suka tidur kalau berkesempatan. Pening dengan masalah dunia. Kahkahkah!

5. Suka buat benda baru, tak suka statik sebab nanti jadi tak produktif (macam blog ni la jugak).

6. Suka layan cite yang menunjukkan kecerdikan/investigation/action. Kekadang layan jugak cerita perang. Meh add saya kat Facebook. Kat info tu ada senarai filem yang saya suka.

7. Suka membaca kecuali novel (terbalik kita ni). Baca blog pun suka tapi liat tinggalkan jejak.

8. Suka makan.

9. Tak suka basuh, lipat dan iron baju.


PILIH 10 ORANG PENERIMA AWARD DAN DESCRIBE TENTANG MEREKA...

1. Mirah - ibu pada 2 orang anak perempuan. Bekerja di UPM dengan penuh dedikasi.
2. Noina - ibu pada Nabila yang hebat itu.
3. Dayah - ibu kepada Shukrina Imtiyaz. Tinggai kat Penang.
4. Annsyifa - orang Penang jugak ni. Kenal melalui Ratuhati.com.
5. Mama Qaseh - dah nama pun mama mesti ada anak punyalah. Anaknya berusia 5 bulan, bernama Qaseh Nur Shafiyyah.
6. Krsty Pinky - bonda kepada Mawar Cinta Aneesa, anakanda kepada Saniah dan Samsudin, adinda kepada Sharizal dan bersaudara kepada daku dan Mrs. Chong.
7. Sara aka Mrs. Chong - adikku yang gebu itu. Always mistaken as elder sister to me.
8. Jiey Mien - ibu kepada Tuan Rayyan Ariff yang hebat. Baru pindah rumah. Raya boleh buat rumah terbuka ye, Jiey.
9. Itafed - ibu kepada si Sarra yang juga seorang anak yang hebat.
10. Intan @ mama Ammar Wafiy - orang Pantai Timur yang berkahwin dengan orang SP. Tinggai di DC. Kerja di SB.


ADE SAMBUNGAN LAGIKS..

e. Nama timangan – Yang/Bee (panggilan cik suami), Ela (keluarga belah saya), Sue (keluarga belah suami dan kawan²).

f. Anda seorang yang? – cepat panas tapi cepat cool balik serta mudah melupakan kesalahan orang lain. Plus suka buat dek je dengan perkara remeh.

g. Insan yang teristimewa? – famili terutamanya Cik Syafiah yang comel itu.

h. Lagu kesukaan? – banyak. Kebanyakannya dari koleksi The Beatles, Melly Goeslow, U2, Roxette, alunan lagu² nasyid dari Allahyarham Ustaz Asri Rabbani (Epik, Bidadari, Nawaitu, Munajat, dll).

i. Makanan kesukaan? – Italian food.

j. Sikap yang membuat anda stress? - mendesak.

k. Warna kegemaran anda? – coklat. Asal pergi beli barang mesti rembat warna coklat walau pun in the first place nak beli yang warna lain.

l. Benda mesti ada dalam beg? – kepit kuku, dompet (bleh panggil dompet ke?), kompas, diaper.

m. Kali terakhir anda menangis? – bila dapat tahu Sridar meninggal dunia.






Tag : Tentang Saya

Tag ni diberikan oleh Cik Puan Lady of Leisure pada Jumaat, 14 August 2009. Tanpa melengahkan masa dan ruang blog ni yang makin banyak rompongnya dari hari ke hari, maka layankan sajalah. Nanti lagi saya merajuk dan lari masuk kebun (kehkehkeh!):



1. Apa perasan sekarang..........
Ermm... malas menaip yang tiada kesudahan. Oohhh.. pulangkanlah kerajinanku membuat entry sehari sekali itu.


2. Saya nak makan nasi.......
di kebun ayah saya. Di bawah rimbunan pohon rambutan, dikelilingi hutan. Kedengaran hanya bunyi kenderaan di lebuhraya berdekatan.


3. Saya x suka orang yang.....
mendesak dan pandang Syafiah 2-3 kali. Kalau mood saya rajin, memang saya laserkan je orang tu.


4. Impian saya menjadi.......
pemegang Dana Syafiah. Dana di mana golongan korporat sama² mengambil bahagian membantu anak² hebat ini secara langsung. Tanpa naik ke pentas. Dana yang diwujudkan bagi mengadakan aktiviti² kebajikan dan program² kesihatan dengan kerjasama pihak hospital serta lain² lagi.


5. Haiwan yg saya tidak suka......
Apa saja jenis reptilia - ular, buaya. Bukan tak suka tapi rasa semacam je.


6. Saya harapkan dapat.......
world peace.... without war!


7. Jika boleh diputarkan masa saya nak.....
tetap berada di zaman sekarang. Jalan mesti ke depan. Yang di belakang hanya perlu menjadi iktibar dan panduan.


8. Saya pada 10 thn akan datang......
berumur 41 tahun. Kubur kata mari, dunia kata pergi. Kalau tak berubah jadi baik dan beriman lagi, tak tahulah. Saya harap dapat menunaikan haji sebelum berusia 40 tahun, insyaAllah (Ya Allah, lambailah aku dan keluargaku serta kawan²ku!).


9. Hp saya adalah...
Nokia 1680 classic. Cap ayam je.


10. Saya pernah bercinta sebanyak...
tak ingat... ayah, Tom Hanks, Johnny Depp, Pierce Brosnan, Mel Gibson, Freddie Prince Jr, etc... eh banyak weih boyfriend saya. Saya juga jatuh 'cinta' dengan suara Allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Yang bukan lelaki, dah tentu²lah mak, adik-beradik, anak menakan bla bla bla....


11. Saya suka pada handphone...
yang boleh dibuat remote control. Mungkin 10 tahun akan datang kot?


12. Kawan2 saya semuanya....
caring.. selalu cari mana saya pergi masa saya berhibernasi. Jap la.. mood saya ni lari jarak jauh. Susah nak kejar.


13. Pernah dikhianati oleh....
sebuah basikal. Masa tu baru bersalin gigi depan. Ada ka dia bagi daku eksiden depan rumah sampai sumbing gigi dan ada parut di tepi bibir sampai sekang ni? *sendiri punya salah, lagi nak salahkan basikal*


14. Apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda.....
buat bodo...


15. Senaraikan 5 orang untuk di tag:
3) Wina

Dan mana² follower yang baik hati nak buat, dipersilakan. Serba salah kalo tak tag semua kan. Kang ada plak yang majuks dengan saya.. kuikuikui! Saya nak sangat baca apa hasilnya.






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin