Oct 8, 2009

Rezeki tanpa diduga...

Bersyukur dalam apa jua keadaan itu penting. Tidak kiralah dalam keadaan yang paling memeritkan sekali pun. Apatah lagi sekiranya dalam keadaan mengembirakan. Alhamdulillah kebelakangan ini rezeki bagai mencurah-curah. Hidup bagai dipermudahkanNya. Ada saja jalan rezeki dibentangkan di hadapan.

Minggu lepas penyewa rumah membayar sewa rumah 3 bulan sekaligus. Lama kami menunggu bayarannya sehingga menyebabkan saya hampir hilang sabar. Namun manis pula bila mendapat hasil yang agak banyak setelah penat menunggu.

Hari ini pula alhamdulillah, kakak di utara telah mendepositkan cek dari Amanah Raya. Hasil pampasan tanah ayah bertahun dulu oleh JPS. JPS telah mengambil sedikit tanah dan telah pun membuat salirannya, baru kini kami mendapat habuan masing² sedangkan bapa dan ibu saudara yang lain telah menghabiskan wang tersebut bertahun yang lepas!

Bagi sesiapa yang masih belum buat surat kuasa tanah selepas kematian yang tersayang, bukannya sukar untuk menukar nama ni. Proses dia mudah je. Email la jika mahu tahu lebih lanjut. Tiada yuran dikenakan. Ia adalah berdasarkan pengalaman semata-mata.

Semalam cik suami pulang dengan barang di bawah ini:


Nampak tak warna cat di belakang tu? Itulah warna Pecan Smell. Cat putih di bawah tu Jef (adik ipar) yang belikan. Di dalam kotak merah pula adalah gam untuk kertas dinding.



Saya telah memulakan layer yang pertama untuk cat putih petang tadi. Tiba² saja kepala berdenyut. Berhenti sekejap. Tidur.

Semalam juga berbincang dengan cik suami tentang makan² tu. InsyaAllah jadi. Rezeki banyak, bukannya hak kami semata. InsyaAllah bakal dikongsi dengan orang lain. Moga Allah swt akan terus melapangkan rezeki buat kami sekeluarga. 1 kita beri, 10 kita dapat kan... So jangan lupa nantikan berita seterusnya...







Tentang pengasuh lagi...

2-3 hari lepas mak mertua telefon anak dia. Cik suamilah tu. Cik suami cerita intipati perbualan tu dengan saya. Intipatinya tentang kakak ipar saya.

Katanya, orang yang bela Adi (anak buah) tu macam dah pandai demand. Dia bela beberapa orang budak yang lain kalau tak silap. Then, one of the moms pays her higher than my sister-in-law. Baru² ni dia orang (antara akak dengan abang Shahrel) ada tanyakan babysitter Adi tu, kalau 2 orang budak, Adi dan bakal adiknya dihantar ke situ dia orang naklah minta bayaran tu dikurangkan sikit. Untuk dua orang dia orang sanggup bayar RM470. Tiba² je si babysitter tadi seolah macam tarik muka. Bercakap soal letih dan susah nak masaklah dan sebagainya. Bela budak mana tak letih oii... dah namanya budak.


"Mak ngah kesian kat Adi, ibu dan adik. Mak ngah cuba dulu, boleh? Nanti kalau dah tak boleh, mak ngah beritahu ibu, ok!"


Saya tak tahulah apa yang mereka ceritakan. Tapi cik suami diminta untuk mencari rumah sewa di sekitar kawasan tempat tinggal kami untuk akak dan keluarganya serta dia juga diminta agar berbincang dengan saya. Saya akui, tempat kami ni masih ada rumah yang disewakan dengan kadar yang rendah. Malah serendah RM300 untuk rumah apartment berlif.

Saya sangat memahami apa yang dilalui oleh akak. Saya juga seorang ibu dan seorang perempuan. Saya tahu betapa mencabarnya kos sara diri di Lembah Klang ini. Tambah lagi sekiranya mempunyai anak. Mesti serba sedikit dia susah hati. Nak cari pengasuh yang baik zaman sekarang ni pun bukannya mudah. Baca sajalah kisah Krsty dan pengasuh² si Mawar.

Saya pernah menghantar 2 orang anak saya pada seorang babysitter di Kelana Jaya dengan bayaran hanya RM400. Dan makcik itu pula tidak berkira. Baju dia tolong basuh setiap hari dan tilam serta segala macam keperluan anak kami dia sediakan. Salah seorang anak yang dihantar ke situ adalah anak kepada seorang pensyarah. Namun kami tidak pernah dibandingkan dengan mereka. Makcik tidak pernah menyebut tentang bayaran! Malah pernah sekali bayaran dikurangkan kerana mak saya menjaga anak kami 2 minggu, dia pula menjaga mereka 2 minggu selebihnya.

Saya boleh membantu mengikut sekadar yang saya mampu. Lagi pun adik Adi hanya akan dilahirkan pada hujung bulan ini. Dicampurtolak dengan cuti akak 2 bulan, mungkin saya hanya akan membantu mereka pada awal tahun depan. Mastura akan ke sekolah, Adam juga begitu. Pagi saya boleh concentrate menjaga mereka.

Namun, saya meminta cik suami memberitahu 'berita buruk' terlebih dahulu. Sekali pun saya mempunyai anak sendiri, namun saya tidak pernah membela anak orang lain. Kita sebagai ibu kenal sangat dengan anak sendiri dan sikap² mereka. Agak mudah untuk kita handle mereka. Kalau anak sendiri buat salah, terus tegur je tak pun cubit² sayang. Anak orang?

Saya beritahu pada suami agar berhati-hati dan jangan mengaku terlalu yakin mampu menjaga anak orang sungguh pun anak² itu adalah anak buah sendiri. Adakalanya perkara sebegini boleh menjadi sebaliknya. Janganlah pada akhirnya hubungan erat yang terbina menjadi retak.

Saya tidak tahu sama ada saya boleh melakukannya atau pun tidak. Saya akui, kerja yang repetitive mampu menjemukan saya. Manalah tahu suatu hari nanti tiba saat jemu itu saya mahu berhenti. Haishhh! Kita sendiri kenal la diri kita ni siapa. Moga janganlah sampai ada pihak yang terasa.

Nak tolak mentah² rasa kasihan pula. Mampukah saya jadi pengasuh yang baik? Menjaga anak orang lain dengan baik, cukup makan pakai, cukup dari segi layanan? Wallahu'alam.







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin