
Courtesy of Google image.
Alhamdulillah... syukur sangat pada Allah swt.
1) Semalam saya selesai melakukan ibadah puasa 6 di bulan Syawal. Moga diberikan istiqomah untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis pula serta puasa sunat yang lain. Malah istiqomah pula untuk melakukan solat secara berjemaah. Terasa lain benar kesan Ramadhan tahun ini. Reviewnya dibuat hingga selesai bulan Ramadhan itu sendiri. Masih lagi berkira untuk menulis tentang ini.
2) Hari ini genap Syafiah memakai shunt terbarunya selama 9 bulan. Dia pun aktif, banyak berbicara yang saya sendiri tak mengerti maknanya.
3) Cari pembuat sate berjaya semalam. Sebelah pagi dah rasa risau sebab seorang penjual tu menolak kerana katanya terlalu banyak tempahan untuk hari Sabtu ini.
4) Atas udara yang disedut setiap saat ini.
5) Line streamyx hari ini lebih baik daripada semalam.
6) Diberikan kesihatan yang baik.
Betapa banyaknya nikmat yang Allah swt berikan. Hanya daku kadangkala tidak bersyukur... Mengeluh itu ini dalam menempuh ujianNya. Allah, kuatkanlah iman, rohani dan jasmaniku, ameen.
