Oct 19, 2009

Rumah terbuka dan potong barisan

Rumah terbuka

Sentuh sket bab rumah terbuka. Tetamu paling awal - Krsty dan keluarga termasuk mak dan abahnya. Not to forget Nadia who came a day earlier. Last visitors came around 9.30pm. Iaitulah anak² buahku yang kini telah berkahwin. Datang juga walau pun penat sebab lepas kerja dan memenuhi 2 undangan rumah terbuka jiran². Dia orang makan pun ala² nak tutup mata. Umpama makan sambil tidur.

Kesimpulannya, yang paling awal datang pun keluarga, yang paling lewat datang pun keluarga. Termasuk keluarga mertua yang datang dalam keadaan keletihan disebabkan ada kenduri ahli keluarga lain di kampung. Mak mertua siap sediakan kuih cara berlauk dan rojak/pasembur. Yang last minute inform macam Pak Ipin pun datang dengan isteri dan 3 orang anaknya.

Pendek kata keluarga je la yang memenuhi undangan. Kalau ada yang tak menghargai keluarga tu, tak tahulah nak cakap macamana. Kalau ada kawan yang hadir, mereka itu asalnya kawan² suami yang kini turut sama menjadi kawan² saya. Kawan² saya? Bersangka baik je la...


Potong barisan

Situasi 1

Rasa serba-salah nak kongsi sebenarnya. Tapi kalau saya pendamkan, saya akan rasa tak puas hati. Sebelum ni saya memang menunggu sangat blog saya untuk direview oleh M**. Setiap kali email masuk saya berharap sangat review itu mengikut turutan peserta tapi setiap kali itu juga saya rasa hampa. Memanglah terpulang kepada pembuat review untuk melangkau tapi seandainya seseorang itu tidak termasuk dalam senarai batch pertama atau terlebih dari tarikh sepatutnya pun boleh masuk, tak ke heran tu. Kamu seakan berjanji kerana menawarkan diri untuk membuat review tapi kamu sendiri tidak menepatinya, malah melangkau pula. Isk! Hairan bin ajaiblah.


Situasi 2

Semalam saya ke sebuah pasaraya untuk membeli barang. Sedang kami menunggu giliran datang seorang lelaki membawa satu bekas telur (30 biji). Dengan selambanya lelaki ini memotong barisan dan memohon izin orang yang di hadapan sekali untuk dia membayar harga telurnya. Saya berbisik kepada suami, "Orang itu telah terlupa untuk memohon izin kita dan pembeli lain kerana dia telah mengambil satu space dari kita semua". Hak yang dia ambil itu adalah 1 hak orang lain selepasnya. Bayangkan kalau yang beratur itu 10 orang?


2 situasi begini janganlah dipandang ringan kerana kita tidak mampu berblog lagi di akhirat malah seakan mustahil untuk bertemu balik di sana untuk memohon izin hanya kerana sebekas telur. Janji perlu ditepati. Memotong barisan seolah mengambil hak orang lain. Tidak kiralah ketika di jalanraya mahu pun di tempat² awam yang lainnya.







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin