Dec 9, 2009

Diam² berisi...

Kegilaan apakah yang melanda blog ni sampai tersadai sebulan? Bukannya tak sayang. Sayang. Kata orang, "Sayang isteri tinggal²kan". Tapi blog ni bukan isteriku. Hehehe...

Sebenarnya banyak hikmahnya mendiamkan diri ni. Satu secara kebetulannya, Allah swt melorongkan saya untuk berdiamkan diri ni untuk saya cool down. Sebelum PC saya buat hal ada satu perkara telah berlaku yang membuatkan hati saya cukup pedih dan sakit. Hanya kerana saya terbaca satu entry tentang saya ditulis oleh blogger yang sememangnya tak kenal langsung akan saya ni. Jadi dalam tempoh tu, saya merehatkan minda & melapangkan fikiran. Sesungguhnya Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hamba²Nya. Tak terkecuali diri saya sendiri. Sekarang bila saya memikirkan tentangnya, hati saya lebih tenang. Lantas saya biarkan sajalah orang itu dengan kejahilannya sendiri.


On Syafiah

Let me share you Syafiah's latest photos:



Some updates:

Weight : Increased to 1.4kg since the last visit to paed clinics.
Eating habit : Excellent! She loves to eat anything. Dan dari masakan yang saya selalu buat, dia suka dengan bingka labu.
Shunt : Is working well until today, alhamdulillah.
Appointments : A lot of appointments this month including speech, occupational therapy, neuro and paed clinics. Neuro will meet her Tomorrow.
Overall condition : Has a fever recently. However, recovered. Only left cough and flu.


On Eidul Adha


Masih lagi menyimpan wajahku yang mahal itu. Hehehe... maaf ye kawan². Wajahku hanya untuk suamiku. Cewahhh!


On my past time:


I love to cook! Especially during the school holidays where my nieces and nephew are in the house. Seronok masak bila orang ramai.

Dan selain memasak, baru² ni juga Allah swt datangkan saya sahabat² baru untuk berusrah tentang pengajian al-Quran di rumah secara informal. Mereka² ini adalah pelajar UIA. Alhamdulillah. Allah tidak lupakan kami terutamanya saya. Satu ketika dulu saya aktif juga dalam jemaah. Saya sentiasa ikut kak Bib dalam program usrah dan pengajian ilmu yang lainnya. Malah dengan sahabat saya, Masni, kami sentiasa berta'alim selepas solat Maghrib, sebelum menunaikan solat Isya'.

Jadi dengan kehadiran sahabat² ini, mengubat kerinduan saya untuk mendengar pengajian yang berteraskan ilmu al-Quran, melihat tulisan² al-Quran dan menuturkan Kalam Tuhan yang Maha Esa. Perkongsian ini amat menyentuh jiwa saya kerana saya yakin sepenuhnya Allah swt itu amat sayangkan hambaNya dengan tidak pernah melupakan mereka. Hanya mereka yang selalu lalai dan lupa terhadapNya. Allahuakbar. Moga Allah sentiasa bersama dengan saya dan kami, insyaAllah.

Sekiranya ada yang berminat dengan pengajian bermodul ini, bolehlah memberikan komen dan insyaAllah sahabat² saya tadi bersedia meluangkan sedikit masa dan ilmu untuk dikongsikan bersama dengan sahabat² semua.






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin