Feb 15, 2017

Pemakanan dan Info Menarik Mengenai Dunia Kucing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Saya, kakak kepada Syafiah bernama Mas. Berusia 13 tahun dan sangat berminat dalam bidang Zoologi. Kini diberi amanah untuk menjaga blog ini. InsyaAllah saya akan manfaatkan sebaiknya.

Hari ini Mas nak kongsikan sedikit sebanyak tentang kucing.

Pertama, PEMAKANAN KUCING.


Makanan kucing seperti kibbles yang berjenama Whiskes dan Frieskies sebenarnya tak elok untuk kucing kerana mengandungi banyak garam. Kucing Mas, Orkid pernah makan Whiskas, pastu terus muntah-muntah. Whiskas dan Frieskies boleh didapati di mana-mana kedai runcit yang berdekatan. Mas cadangkan jenama seperti Blackwood dan Royal Canin yang hanya boleh didapati di kedai haiwan sahaja. Semestinya harga sedikit mahal tetapi ianya sangat berbaloi.


Makanan basah juga harus pilih yang seperti diatas. Makanan basah boleh membuatkan mulut kucing berbau. Jadi janganlah selalu beri makanan basah atau keadaan akan jadi lebih teruk.

Kedua, INFO MENARIK TENTANG KUCING

1. Sekumpulan kucing dipanggil 'clowder', kucing jantan dipanggil 'tom', kucing betina pula dipanggil 'molly' atau 'queen'.
2. Kucing boleh lompat setinggi 7 kali ganda dari badannya
3. Kucing tidur 16 hingga 18 jam!
4. Kucing tidak boleh merasa manis
5. Kucing mengiaw untuk berkomunikasi dengan manusia dan kucing jarang mengiaw dengan kucing lain tetapi secara bahasa komunikasi mereka sendiri.
6. Degupan jantung kucing 2 kali ganda laju dari manusia.
7. Corak pada hidung kucing ada fungsi sama seperti cap jari manusia
8. Apabila kucing sukar untuk buat pilihan,ia akan menggoyangkan ekornya.
9. Kucing ada 32 otot di telinga
10. Kucing terlaju di dunia ialah Domestic Housecat manakala kucing besar ialah Cheetah.
11. Kucing tidak boleh hadam susu lembu, mereka akan cirit-birit.
12. Kucing lebih berinteraksi dengan perempuan berbanding lelaki.
13. Kita boleh tahu mood kucing dengan melihat matanya.
14. Kucing boleh mengiau dengan 90 jenis suara.
15. Kucing adalah salah satu haiwan yang sangat pandai cuma mereka tak kisah sangat.
16. Sesetengah kucing mampu terselamat daripada jatuh dari 65 kaki dan keatas.
17. Kucing jatuhkan benda dari meja kerana mereka belajar graviti.
18. Ada 24 misai pada setiap kucing.
19. Kucing sondol mukanya pada muka kita kerana mereka menganggap kita ini keluarganya.
20. Kucing boleh tahu bunyi tapak kaki tuannya dari beratus kilometer jauhnya!

(Kiwi jadi model pulak harini..)

Mas akhiri dengan Assalamualaikum dan terima kasih...

Saranghaeyo,
Mastura ^.^

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin