Apr 28, 2009

Antara harapan dan impian...


Saja je letak gambar ni... nak tenangkan minda berserabut!
Far away there in the sunshine are my highest aspirations. I may not reach them, but I can look up and see their beauty, believe in them, and try to follow where they lead - Louisa May Alcott (1832-1888)


Aku : Therapist kata apa? Ada harapan ke dia nak jalan?

Si dia : Ada... insyaAllah...

Aku : Hopefully...


Itu cerita semalam sepulangnya si puteri dari menjalani terapi. Setiap hari begitulah kami. Menganyam harapan dan impian. Adakalanya tersadung di tengah jalan. Namun tetap cuba bangkit walau pun cahaya mungkin saja sebesar cahaya lilin atau pelita minyak tanah.

Saya kini jarang benar dapat ikut Syafiah menjalani sesi terapi. Mungkin tiada langsung untuk tahun ini sejak Mastura dimasukkan ke sekolah tadika. Sekali-sekala sesi terapi ada diadakan pada waktu petang, tapi yang banyaknya sebelah pagi. Suamilah terpaksa berkorban.

Saya perlu berada di rumah menjaga dua orang anak lagi. Si kakak perlukan seseorang menyambut ketika dia pulang dari sekolah. Kadang belum sempat membuka baju, dia telah mengeluarkan kerja sekolah. Budak tadika zaman sekarang! Zaman kita dulu main je kerjanya.

Sebenarnya kami dua² perlu berkorban. Saya perlu berkorban dari mengikuti program bersama Syafiah. Si dia pula perlu mengorbankan waktu di pejabat. Alhamdulillah bos si dia mengerti. Malah bos si dia jugalah yang meminjam kami CD Brahms dan Schubert untuk diperdengarkan pada halwa telinga Syafiah (dan jugak sayalah tu sebab saya peminat muzik klasik). Padahal bosnya berbangsa asing. Bos jugalah berusaha dan berjanji berbuat 'sesuatu' pada suami yang pada akhirnya suami naik pangkat lagi tahun ni walau pun tahun lepas banyak kali ambil EL dan unpaid leaves.

Perkembangan Syafiah tidaklah sehebat kanak² lain seusia dengannya. Namun masih ada perkembangan berlaku yang nampak kecil pada mata orang tapi amat hebat dan besar pada mata saya. Saya bersyukur sekali sebab saya dikurniakan anak yang pelbagai. 2 luarbiasa, 1 extra luarbiasa.. lebih power. Membandingkan anak bukan cara saya. Anak ini jalan bla bla bla, anak itu pandai buat itu ini masa umur dia yadda yadda yadda... Tapi hari ini saya rasa amat bersalah sekali kerana membandingkan Syafiah dengan anak seseorang. Maafkan ibu... hati ibu lemah wahai anakku! Maafkan ibu kerana kurang mempercayaimu... and I feel so damn guilty about it! Membuatkan ibu yang rasa kekurangannya semula. Mungkinkah sebabnya masa perlu dibahagi-bahagikan antara anak² yang lain, untuk ayah malah untuk diri ibu sendiri? Mungkinkah ibu yang bersalah?

Apa Syafiah pandai buat:

1- Meniarap. Hampir setiap hari selama seminggu kebelakangan ini. Walau pun kepalanya besar, tapi dia masih mencuba.

2- Cuba pegang botol sendiri. Mula tak perasan tapi semalam bila saya lambat suapkan, dia cepat je nak capai botol tu.

3- Semalam saya cuba mengikat lagi tangan dia pada sebiji bola. Siap ambil selotep besar. Dia asyik hentak tangan dia sampai tercabut bola tu tak sampai 10 minit pun.

4- Dia suka bermain tanpa dilihat oleh orang lain. Jika kita berada dekat dengannya jangan haraplah. Tapi kalau jauh, boleh je dengar bunyi²an yang terhasil dari hentakan tangannya pada bola atau alat permainan. Tu sebab saya letak alat permainan berdekatan dengannya.


Syafiah ni kurang senyum, kurang nangis, kurang merengek. Dia hanya akan senyum bila bermain dan mendengar suara saya. Betapalah mahal senyumannya tu. Ketawa apakan lagi. Tapi bukan tak de langsung. Cuba lihat gambar dia sebelum ni.. ada je gambar ketawa dan senyum... Dan alhamdulillah juga sebab body Syafiah tak pernah stiff selama ini.


p/s : Kadang rasa sedih dengan blog ni.. entahlah... rasa nak buat invite only je..

8 comments:

funkynia said...

Assalamu'alaikum...

mirah said...

oh jgn lah private kan k sue. kalau nak private kan pun invite lah saya yea.. smlm jumpa paed khaidjah, dia suh jumpa pkr pemakanan pula. Ni sbb berat khadijah 6.3kg je..

ibuVouge said...

salam
kak sue.. saya blog hop dari blog jiey..

dah lama jadi silent reader..
blog ni byk manfaat, adik saya amik course nursing di PPUM, saya minta dia baca blog kak sue..dia kagum dengan syafiah..blog akak byk manfaat

pada saya menyedarkan rahmat yg ALLAH bagi pada saya untuk disyukuri

Jiey^Mien said...

Salam Kak Sue,

Jgn macam ni Kak.. Sedih Jiey baca.. Bergenang air mata.. Walau apa sekalipun, kita di atas landasan yang sama kak..

Akak tahu, dalam2 semua kata-kata dorongan yang Jiey dapat, apa yang akak luahkan lah,yang paling Jiey pegang. Jiey berhenti membandingkan Ian dgn ank2 lain selepas akak 'mengingatkan' jiey betapa setiap anak itu istimewa dalam keadaan mereka yang tersendiri..

Kadang2, bila ada 'rasa2' jahat yang menyelinap di hati, mempertikaikan takdir Ian, kata-kata akak yang Jiey ingt dahulu.

"Ini perjanjian kita dengan tuhan sedari loh mahfuz."

Betapa besar kesan yang akak tinggalkan dalam diri Jiey..

Honestly, Jiey pernah rasa jealous dengan Syafiah. Pasal byk benda.. Antaranya, bila akak letak bantal kat kepala Syafiah and dia bleh maintain tegak bila akak tarik bantal.. Dan paling besar, on the hearing part.. Tp nak buat macam mana.. Semua ni takdir kan.. =)

To Syafiah, Mama Jiey tahu Syafiah kuat.. Sayang Syafiah sangat2!

suealeen said...

funkynia:
wa'alaikumussalam... thanks for visiting!

suealeen said...

mirah:
tak jadi private la.. walau pun masih terkesan di hati... nevermind anyway!

suealeen said...

ibuVogue:
thanks for visiting... people come and people go, just like a touch-n-go... kem salam kat adik ye...

suealeen said...

Jiey:
yelah... aritu perasan jahat menyelinap dalam hati le tu... teruk sungguh akak ni! tertewas untuk ke sekian kalinya...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin