Jun 19, 2009

Saya yang hitam..

Saya ni bila mai angin rajin mesti saya godek segala macam benda. Dan semestinya buat entry berkepuk-kepuk seharian. Tak terkecuali bebaru ni pi cari gambaq² lama. Gambaq zaman kecik² dulu, gambaq ahli keluarga yang dah tiada. Nostalgia sungguh.

Kat workstation saya ni lengkap dengan segala bagai termasuk satu printer HP 3 in 1. Dah boleh buat office di rumah gayanya. Lama gak saya tak pakai HP printer tu sebab saya ingat dia punya kabel dok kat tempat lain. Rupanya dok di belakang PC ni ja. Punya la ignorant sebelum ni.

Dah dapat gambaq, re-install balik printer drive, saya pun mulalah kerja mengimbas gambar. Antara yang saya jumpa:


Saya dengan sepupu. Saya pakai gaun, dia pakai baju merah. Beza kami setahun je. Dia memang cerah orangnya sebab mak dia orang Cina.


Masa ni tak tau berapa bulan. Gelap kan...


Mak kata saya anak paling berat. Muka saya masa ni macam muka ayah saya.


Ni gambar outdoor dalam keadaan cahaya yang terang. Tapi gambaq dedolu ni memang 'sephia' kan..


La ni saya tak tau la saya hitam ke idak. Dulu berganda sket skala kehitamannya sebab saya ni aktif sport. Banding sket tengok:


Saja je tak nak bagi nampak penuh muka sendiri. Konon² misteri la tu. Tu la antara sebab saya tak selesa pi gath sebabnya lepas jumpa tu langsung dah tak misteri lagi.. huk³! Saya ni jenis suka ambil gambar orang tapi saya sendiri tak suka bergambar. Nak banding kulit dengan anak teruna saya sendiri pun kalah.








p/s : Saya tak dapat pi gath Sarakids jugak sebab ada walimah keluarga yang perlu diutamakan.

13 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

hitam sitampuk manggis..sungguh itam di pandang manis.. ceh3..kite similalar..

Dayah @ Real Ummu said...

gelap lagi ka tara ni..chek nampak cerah ja..

gambaq ms kecik tu kurang pencahayaan.sbb tu kot nampak gelap, padahai tak la gelap tara mana

Lady of Leisure said...

gelap sebab aktif sport takpe..
actually bukan golap, tanned ok ape..
omputih suke tau kulit tanned ni.. hehe

Sue.Aleen said...

a.z.r.i.n.a.03.07:
Manggis tu buah favorite saya tu..




Dayah:
Akak tambah satu gambaq lagi la, Dayah.. memang akak gelap kecik² dulu. Besaq ni jadi Transformer la pulak.




Lady of Leisure:
Gamaknya 'omputih' tu memang suka dengan orang kulit tanned ni kot. Tu sebab dapat si dia yang cerah orangnya (padahal dulu pasang niat nak jejaka berkulit sawo matang)).. duhh!

Dayah @ Real Ummu said...

bersungguhnya akak, siap tambah gamabq satu lagi...

gelap pun gelap la..bukan akak sorang..saya pun even sampai la ni takmau putih..heheh,kecik2 dulu adik beradik arwah maktok panggil saya 'celeng'.. bhs org Boyan

Sue.Aleen said...

Dayah:
Ni gigih tak bertempat. Adik ipaq akak dedolu masa kecik mak mertua cerita sampai dok berjam dalam bilik ayaq dok gosok badan nak bagi cerah. La ni dia jadi metroseksual plak dah....

Cikpid said...

Ala..x gelap mana pon tgk gmbr skang yg misteri tu..itam itu menawan okeh..hehehhe..

Intan @ mama ammar said...

aku kecik dulu hitam berkarat. scary ok, berkilat2 mcm minyak gitu. tapi bila dah lepas SPM, terus jadi cerah.

Pastu beranak(s) lagi putih. My hubby ada teori pasal ni. Kalau org tu mengandung - jadi gemuk - kulit stretch - warna hitam tu pun stretch - jadi kehitaman tu mencair. haaa. teori dia la tu.

Jiey^Mien said...

masa jiey kecik2 dulu, hitam gak.. smpi besar pun hitam gak lagi.. pastu tetiba jadik kuning langsat plak..

p/s= kuning langsat ada, coklat duku ada gak ke? :P

Sue.Aleen said...

Cikpid:
Dedolu ada dalam satu majalah kartun ni peribahasa berbunyi, "Hitam itu menawan, putih itu cendawan"




Intan @ mama Ammar:
Itu teori membesarkan badan namanya.




Jiey^Mien:
Mu tu ceghoh la Jiey... tak denye nak coklat duku, kuning langsatnya...

mirah said...

keh keh gelapnya apanya k sue tu.
Nampak gaya mcm kecik je orgnya. mesti saya lagi besarlah ni. Eh apa maknanya tu? huhu saya melalut ni..

Btw, k sue ada tak 27hb ni? kalau ada, blh lah kita roger2 jumpa. Nnt mirah call/sms k..

Sue.Aleen said...

mirah:
Akak balik kampung la start dari Jumaat malam Sabtu tu. Ada walimah anak tok sedara hubby.

Anyway, tinggi akak 163cm. Tinggi ke rendah tak tau la...

ummu said...

salam,
alangkah menariknya, gambar2 zaman2 kanak-kanak masih ada lagi.

comei tengok gambar Sue masa kecik2 ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin