Oct 8, 2009

Rezeki tanpa diduga...

Bersyukur dalam apa jua keadaan itu penting. Tidak kiralah dalam keadaan yang paling memeritkan sekali pun. Apatah lagi sekiranya dalam keadaan mengembirakan. Alhamdulillah kebelakangan ini rezeki bagai mencurah-curah. Hidup bagai dipermudahkanNya. Ada saja jalan rezeki dibentangkan di hadapan.

Minggu lepas penyewa rumah membayar sewa rumah 3 bulan sekaligus. Lama kami menunggu bayarannya sehingga menyebabkan saya hampir hilang sabar. Namun manis pula bila mendapat hasil yang agak banyak setelah penat menunggu.

Hari ini pula alhamdulillah, kakak di utara telah mendepositkan cek dari Amanah Raya. Hasil pampasan tanah ayah bertahun dulu oleh JPS. JPS telah mengambil sedikit tanah dan telah pun membuat salirannya, baru kini kami mendapat habuan masing² sedangkan bapa dan ibu saudara yang lain telah menghabiskan wang tersebut bertahun yang lepas!

Bagi sesiapa yang masih belum buat surat kuasa tanah selepas kematian yang tersayang, bukannya sukar untuk menukar nama ni. Proses dia mudah je. Email la jika mahu tahu lebih lanjut. Tiada yuran dikenakan. Ia adalah berdasarkan pengalaman semata-mata.

Semalam cik suami pulang dengan barang di bawah ini:


Nampak tak warna cat di belakang tu? Itulah warna Pecan Smell. Cat putih di bawah tu Jef (adik ipar) yang belikan. Di dalam kotak merah pula adalah gam untuk kertas dinding.



Saya telah memulakan layer yang pertama untuk cat putih petang tadi. Tiba² saja kepala berdenyut. Berhenti sekejap. Tidur.

Semalam juga berbincang dengan cik suami tentang makan² tu. InsyaAllah jadi. Rezeki banyak, bukannya hak kami semata. InsyaAllah bakal dikongsi dengan orang lain. Moga Allah swt akan terus melapangkan rezeki buat kami sekeluarga. 1 kita beri, 10 kita dapat kan... So jangan lupa nantikan berita seterusnya...







16 comments:

Dayah said...

jgn lupa jemput saya..walaupun jauh,tapi bila djemput amat bermakna..hehehe

asniza said...

alhamdulillah...

suealeen said...

Dayah:
InsyaAllah akak jemput. Bukannya jauh pun. Bawak keta tak sampai 5 jam. Mai la... mai tidoq lagi baik!





asniza:
Alhamdulillah.. rezeki sket moga berkat.

knv said...

syukurrrrr,,, syukurrr... syukur....!

:D

suealeen said...

knv:
Wahhh... kak Non... best ka beraya di Birmingham? Rindulah!

Zuhaini said...

alhamdulillah.. :) cat rupanya! sekali tgk ingatkan barang mandian body shop.. ahahah :)

ajak la saya makan-makan sekali! :) hehe.. (muka x malu betul ibu alia nih.. hihi)

suealeen said...

Zuhaini:
Uit.. bleh tertipu plak dia... InsyaAllah.. Jangan tak datang dah le. Kita ni 'jiran dekat tapi jauh'.

DeLLa said...

jemput kita tak?hehe..gurau ok..
sgt berkenan ngan cat tu tau..mmg peberet sy & husband...pecan smell tu brand ape kak..mahal tak?

Rozy said...

cantik sangat cat dinding belakan tu.. nampak "MAHAL"..

suealeen said...

DeLLa:
InsyaAllah, jemput. Bukannya jauh pun.

Pecan smell, Nippon paint, vinilex type. Harga 5 liter RM105. Kalo Jotun akak tengok, kaler yang seakan namanya Root.





Rozy:
Masa kerja dulu selalu tengok housing color scheme, exterior dan interior. Memang dah lama sangat berkenan dengan kaler macam ni.

wina said...

open house ye kak sue?? :-)

alhamdulilah rezeki datang tanpa diduga kn?

lps raya bru cat umah? terbalik lak..hehe

suealeen said...

wina:
I like to go against 'common' rule. Nak wat camne. Cat lepas raya la best. No time limit.

fisa said...

alhamdulillah...klau ader rezki kiter insya Allah sooner or later ttp mnjadi milik kiter..eh t tlg cat umah fisa skali la sue...umah ku x pnh bercat baru sejak pindah...uhuksss...

suealeen said...

fisa:
Tulah cakap kat husband semalam. Kalo project saya berjaya, rasa teringin plak nak jadi contractor kecil²an... hehehe...

kelly910 said...

alhamdulillah murah rezeki sis suealeen dan keluarga... semoga apa yg dihajatkan akan menjadi kenyataan.. amin....

suealeen said...

kelly910:
Datanglah, Kelly. Dah menjemput tu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin