Dec 30, 2009

Melihat dari mata anak..



Pernahkah kita melihat dunia ini dari pandangan matanya? Melihat betapa dunia seakan mengharapkan sesuatu dari tubuh kecil itu. Kita seringkali mahu melihat dunia dari mata kita. Tapi kita lupa bahawa anak kita itu melihat dunia dari pandangan yang berlainan.

"Bilakah dia akan duduk?"

"Bilakah dia akan merangkak?"

"Bilakah dia akan berdiri seterusnya berjalan?"

Besar harapan mereka terhadapmu, anak. Mereka gembira bila kamu mencapai sesuatu dan tertanya secara terang mahu pun tersembunyi bila pula kamu akan mencapai sesuatu yang lainnya. Jika pandai mengiring, bila mahu meniarap. Jika pandai meniarap, bila mahu merangkak. Malah jika dah pandai berjalan dan membaca nanti, soalan lain tetap akan ditanya.

Mungkin juga ada yang mencebik, "Alah... masih terbaring lagi?". "Oh.. tergolek je la". Sedangkan mereka tidak mengetahui dan mungkin tidak akan mampu melalui apa yang telah dan sedang kamu lalui. Harapan berserta doa tidak mengapa. Tapi harapan yang bersulamkan keinginan mahu membanding itulah yang perlu dijauhi. Anak ini tidak akan sama dengan anak lain.

Manusia... barang pasti tidak akan pernah puas dengan keadaan dirinya. Malah dengan keadaan orang lain juga. Manusia perlu sering kembali kepada fitrah. Malah perlu mengetahui bahawa setiap manusia itu didatangkan dengan misi khas, walau apa pun caranya. Walau dalam keadaan istimewa. Walau dalam keadaan terlentang, meniarap, merangkak mahu pun berdiri serta berlari. Misi khas ini tujuannya tidak lain adalah untuk memberikan peringatan pada yang lalai dan agar kembali kepadaNya.

Suatu hari jika kamu membaca coretan ini, fahamilah wahai anak bahawa ibu akan sentiasa menyokong kamu walau bagaimana pun keadaan kamu. Bahawa ibu sentiasa meletakkan diri ibu di dalam diri kamu. Akan sentiasa cuba memahami apa yang telah, sedang dan benda baru yang akan kamu lalui sungguh pun ia akan mengambil masa untuk direalisasikan. Sungguh pun masa depan tidak diketahui, ibu sentiasa di sini untuk kamu, oh anak! You're who you're.

Oh.. catatan ini tiada kena-mengena dengan yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.







8 comments:

ana said...

Terkesima saya baca apa yang awak tulis..sungguh menikam kalbu..good job frenz..

Noina said...

Betul kak Sue..Ina juga sering ingin paham apa kehendak Nabila.. mahu tunaikan apa sahaja yang dipinta. Mahu lihat segalanya berlaku yang indah2 sahaja dalam dirinya. Apakan daya..anak2 kita insan terpilih. Ina bangga sebab Nabila ngan Syafiah mampu untuk lalui semua ini ...

sue79 said...

sabar lah.. satu masa nanti dia akan melalui semua proses itu..
sebagai ibu kita hanya mampu menyokong setiap perkembangan dirinya tanpa jemu..
selainnya berserah kepada Yg Maha Esa..

suealeen said...

ana:
Lama dah nak tulis entry ni.





Noina:
Ina, we must put ourselves in their shoes no matter what others might think about our children. At the end of the day, they're still our children.





sue79:
Saja buat entry ni untuk peringatan diri dan untuk orang lain sama. Ramai sebenarnya 'cruel' tanpa disedari. Tanpa sedar juga buat perbandingan dan expect sesuatu dari anak kecil ini. Dan masing² lupa bahawa kita semua adalah khalifah dengan cara yang tersendiri.

Jiey^Mien said...

Jiey pun selalu tertanya, apa yang Ian fikir? Apa yang Ian rasa? Apa yang Ian mahu?
Kan best kalo semua ni senang kita interpret..
=)

fisa othman said...

selalu sgt anak2 jadi 'mangsa' ibubapa yg meletakkan harapan terlalu tinggi...ader juga yg tidak dapat menerima keadaan anak mereka kerana 'harapan' yg d harapkan tidak menjadi...kasihani anak2 kita...letakkan diri kita d tempat mereka pastinya kita akan 'terasa'...

suealeen said...

Jiey^Mien:
InsyaAllah sebagai ibu kita akan mudah interpret anak kita walo pun akan makan masa.





fisa othman:
Kak Fisa, menjadi ke tak seorang anak tu tetap anak kita. Terimalah dia seadanya. Dan sentiasalah kita ucapkan syukur padaNya. Di luar sana ada insan yang lebih kurang bernasib baik dari kita. Lorong jalan setiap insan telah ditetapkannya. Kita hanya mampu berusaha dan tawakkal padaNya.

Rose Nieza said...

berkace mate..anak-anak hanye mahu kasih sayang cinta ciuman dari ibu bapa nye :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin