Mar 15, 2010

Yang menyentuh jiwa...

Pagi tadi...

Ibu : Kenapa Adam menangis ni?
Adam : Adam rindukan kakak

Tiba-tiba tanpa saya sedari saya menjadi sebak. Petang dan malam juga begitu. Membawa diri dengan sebatang pen dan sebuah buku di tangan, suaranya langsung tidak kedengaran seperti kebiasaan kerana sahabat karibnya tiada.

Ada satu ketika pada malam semalam dia duduk di suatu sudut sambil menangis. Pabila ditanya dia hanya menjawab dia mahukan susu. Sebelum ini jika dia mahukan susu, tidak pula dia menangis teresak-esak. Ini semestinya ditambah dengan beban perasaan ketiadaan kakaknya.

Mastura hanya akan pulang esok hari. Dia kini berada di A Famosa Resort, Melaka, menghadiri hari keluarga sebelah abang ipar saya yang sulong. Adik-beradik abang ipar saja 10 orang, bayangkan betapa ramainya ahli keluarga mereka. Dan ada di antara mereka yang menjadi tauke minyak. Hari keluarga mereka diserikan dengan cabutan bertuah dan telematch sama seperti syarikat² di luar sana. Kata Yong, jika tauke minyak, sumbangan RM1k setiap seorang akan diminta. Bayangkan!

Imej-imej di bawah ini walau pun sekadar siaran ulangan namun sangat² saya gemari dan amat menyentuh jiwa:-







Semuanya perbuatan anak² tanpa kami minta. Bila mereka melakukan perkara² tersebut, tanpa saya sedari air mata akan menitik. Hati akan menjadi sebak. Moga anak² ibu akan terus berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi hamba yang diredhaiNya.







p.s. : Saya dan adik kini sedang mengumpul maklumat untuk ke Sabah. Tujuan utama adalah untuk bertemu bapa saudara kami yang telah terpisah dengan keluarga hampir 42 tahun. Sambil berziarah, kami akan berjalan-jalan. Dan insyaAllah trip ini bukan sekadar trip 2-3 orang tapi akan menjadi trip keluarga.

5 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

bila salah seorang anak kita tak de di sisi, mmg kita mudah terasa....lagi2 bila adiknya yg luahkan rasa rindu....

mak encik | SZ said...

huhuhu..tumpang sedih cam adam la rindukan kakak dia...

fisa othman said...

sweet adam....ermmmmm sure sayu jer...tiada sahabat...

Sueriani Ali said...

sian adam..
camtu ler kalau tak pernah berenggang..
klu aina takde sekejap kat umah pun saya dah rasa rindu yg amat.. hihihi..

Sue.Aleen said...

Naimatul Hafizah Nor Rodin:
Tu la... kalo adik dia tak luahkan tak jugak jadi sebak.





mama | sarah | syimir:
Adam ni perangai dia memang suka family berkumpul.





fisa othman:
Sebak je dia tak de kawan baik.





sue79:
Dia orang ni tak pernah berenggang berdua. Akak anto dia orang balik kg memang pernah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin