Apr 28, 2010

Hobi..

Antara hobi yang saya sangat suka lakukan adalah berenang dan mengambil gambar. Kedua-duanya hobi mahal. Kamera saya yang pertama adalah Konica automatik. Kemudian saya menambah sebuah lagi namun saya telah lupa jenamanya. Kedua-duanya kawan pinjam. Langsung tidak dikembalikan.

Dulu-dulu ketika saya berkerja saya diamanahkan untuk menjaga kamera syarikat untuk kumpulan dan projek kami. Pada mulanya kami menggunakan Sony Cybershot, namun ia digantikan dengan Canon IXUS 5mp kerana hilang di bawah jagaan Jurutera Residen. Satu pilihan kamera yang sangat baik.

Dari sinilah saya belajar banyak teknik mengambil gambar. Pengurus besar kumpulan kami sangat cerewet tentang gambar, terutamanya gambar yang digunakan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan. Sekiranya tidak menepati piawaiannya, gambar-gambar kami akan ditolak dan kami akan diminta mengambil gambar baru.

Jujurnya, saya pernah pergi ke tapak projek memandu kenderaan pacuan 4 roda dengan memakai baju kurung. Semata-mata untuk mengambil gambar baru. Saya juga pernah memanjat bumbung kenderaan tersebut semata-mata untuk mendapatkan sudut yang menarik. Tekanan-tekanan beginilah yang menyebabkan sesuatu gambar dihasilkan dengan cara yang kreatif. Hasilnya... tak tergambar dek kata-kata.

Antara gambar-gambar yang saya pernah ambil menggunakan IXUS:


Sehingga ke hari ini, telah hampir 3 tahun saya berpisah dengan IXUS. Sepanjang tempoh itu juga saya tidak mempunyai kamera. Saya hanya bersabar. Tak apalah jika tak ada. Hanya kadang-kadang saja saya sempat merasa menjadi jurufoto. Itu pun sekiranya saya berkumpul dengan sepupu-sepupu saya yang selalu membawa Nikon mereka ke mana-mana. Salah seorangnya, Didiz, agak dikenali kerana beliau seorang jurugambar professional.

Kini hobi saya ini terubat. Kesakitan yang saya lalui ketika PC saya direformat dengan gambar-gambar juga terubat. Saya harus mengucapkan terima kasih kepada cik suami yang memahami. Dan syukur padaNya kerana memahami apa yang saya rasakan. Dia menggantikannya kepada sesuatu yang lebih baik.

Antara gambar-gambar yang telah ditembak menggunakan C saya:





Oh.. tolonglah jangan tanya saya tentang detail dan bahagian-bahagian teknikalnya. Saya hanya mengambil gambar dengan perasaan saya. Untuk menghilangkan tekanan dengan menikmati keindahan alam. Tidak lebih dari itu.







9 comments:

knv said...

cantik semuanyaa... :D

ashra said...

cantik la gambar2 yg diamik..mmg ada gaya tersendiri.
mesti puas kan dapat meluahkan melalui gambo2 alam..

mirah said...

wah bestnya ada new gadget tu.
Cantik gambar2 nya, nampak pro gitu.. :)

DeLLa said...

syioknya..sy punya olympus & jvc tak baper ngancam..ke sy yg tak pndai guna?huhuhu

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

cantik gambar2 yg akak ambil. kalau la fiza sepandai akak, akan fiza gunakan sebaik mungkin pada kamera yg fiza ada skrg.

Sue.Aleen said...

knv:
Thanks!





ashra:
Asal cantik pada pandangan mata je ni. Seronok main dengan kamera.





mirah:
Tak pro la, Mirah. Suka bereksperimen je ni.





DeLLa:
Cuba Della godek kamera tu. Mana tau dapat gambar menarik.





Naimatul Hafizah Nor Rodin:
Tak la pandai sangat. Ni le bila dah tak de keje sangat. Hehehe...

fisa othman said...

saya pun suka adventure time buat tembakan...hehehe macam2 aksi spai menonggeng pun ada gak...ada yg cam aksi ganas skit bile bumbung citra d buka dan saya dok tembak pic awan yang terpilu...

oh saya juga berharap akan tercapai impian untuk memiliki yg satu ini...:D

Sue.Aleen said...

fisa othman:
Kak Fisa, yang saya guna ni memang tengah promosi. Kalau tidak rega brand new dia RM2k plus jugak.

Ku sangat suka mengambil gambar sambil beraksi. Nak cari angle best kena la think out of the box sket.

Ummi Aini said...

cntik gmbr2 tu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin