Apr 16, 2010

No excuses...

Beza antara perasaan anak terhadap ibu bapa dan sebaliknya sangat besar. Cuba tanya diri sendiri, berapa kali dalam seminggu kita akan berborak bersama dengan ibu atau bapa kita? Jawapan yang mungkin, paling banyak 2 kali. Namun bagi kebanyakan orang yang tidak berborak dengan ibu bapa, lebih ramai dari yang mengambil masa bercakap dengan mereka. Paling tidak melalui telefon rumah, jika tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Ini bukanlah iklan TM mahu pun Streamyx (yang kadangkala menjadi Snailmyx). Dengan pakej Block Buster Deals, kita tidak boleh lagi beralasan untuk tidak 'menyapa' ibu bapa kita. Mereka juga dahagakan perhatian sama seperti kita semasa kita kecil dulu.

Baru-baru ini cik suami mengambil kesempatan untuk ke cawangan TM untuk menukar pakej Streamyx kami. Seperti gambar di bawah, kami mengambil pakej BB Deals 1mbps. Dulu juga 1mbps namun penggunaan Streamyxnya adalah seperti biasa.



Dengan BB Deals ini, kami mendapat modem WiFi dan boleh menelefon dari talian tetap ke talian tetap secara percuma. Kak Bib yang terlebih dahulu pengguna pakej RM70 (tak pasti apa nama pakejnya), telah membuktikan bahawa menelefon ke talian tetap itu adalah percuma setelah bercakap berjam-jam di telefon tanpa dikenakan bayaran. Bertitik-tolak dari situlah kami berniat menukar pelan Streamyx kami.

Sekarang tiada alasan lagi untuk tidak bercakap dengan Bonda dengan alasan kredit hampir habis. Boleh cakap sepuas-puasnya. Malah boleh pula berinternet dari dalam bilik sendiri!







7 comments:

~:|:sara:|:~ said...

pas ni bule la begayut cm dolu²...
kihkihkih

suealeen said...

tapi aku rasa kena tunggu bil dulu. kang jadi cam kawan kak bib untuk 1st month. dia sangka dah masuk pakej tapi rupanya bil next monthnya tu baru on.

mama | ayah | sarah | syimir said...

erkkk...kena tepon mak ni..dah 2 hari tak tepon...helooooo mak!

suealeen said...

mama | ayah | sarah | syimir:
Tepon jangan tak tepon. I'm lucky mom is with me at this moment. Tapi dia dah nak balik.. uwaaaa~

Anonymous said...

akak jarang la call mak akak tapi klu sms tu semedang jerrr...sesekali bila call plak tu makan berejam2 - citer besa ttg gossip2 terkini :P

*klu mak akak IT savvy dah lama dah YM kat dia atau masuk pesbuk...hehe!

KC

working mom... said...

baru jer tepon ibu ku mlm td..hehehe....selamat bertalipon....

suealeen said...

Kak KC:
Pasal call berjam tu yang kami tukar plan. So that tak yah bayo langsung. Hehehe... biaq sampai hilang sora.






working mom:
Semalam tepon mak sekitar 8.30 pagi, dia baru bangun titun. Adehhh... sian mak. Dah la tinggal sorang. Soh tinggal sini, dia cakap kawan pun tak jumpa lagi lepas balik umrah ni.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin