Ini entry basi. Maklum sajalah idea tersekat dek kerana PC yang rosak sehingga dihantar ke 'workshop' berkali-kali. Alang kepalang, terus tukar hard disk. Dari 80gb ke 250gb. Masalah hdd sebelum ni = rosak teruk di boot sector. Tu sebab setiap kali bila PC ini dibuka, kami wajib berhadapan dengan masalah tersebut.
So insyaAllah selepas ini, saya mampu mengemaskini keadaan kami. Itu pun jika tidak M. :P
Ok, meh kita balik ke pangkal jalan:
Antara ahli keluarga yang hadir ketika menghantar rombongan mengerjakan umrah pada 27 Mac 2010. Sepatutnya rombongan ini disertai ahli keluarga seramai 8 orang, namun Acek dan Makcik terpaksa menunda ziarah mereka kerana masalah dokumen oleh pihak Arab Saudi.
Jadi mereka berdua mengikut kami ke Port Dickson:
Kami menginap di The Regency Tg Tuan (info hotel di sini). Tidak jauh dari pekan Port Dickson. Unit pangsapuri ini milik syarikat encik suami. Jadi rate penginapannya tidak mahal seperti dalam link yang diberikan. Terlalu murah dan selesa. Untungnya juga, kami tidak terikat dengan masa check-in dan juga check-out. Sebelah malamnya kami ke pasar malam PD yang diadakan setiap malam minggu.
Cuma untuk kali pertama ini tidak seceria selalu. Ramai yang tidak sihat. Jadi tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. InsyaAllah kami akan ke sana lagi dalam tempoh terdekat. Saya teringin benar untuk berkayak dan menunggang bot pisang serta melepak di bawah pohon kelapa berdekatan dengan Coconut Grove dan Api-Api Coffee Terrace. Sekejap benar melepak di situ pada petang Sabtu. Sempatlah menumpang makanan (kek keju dan pai epal) kak Bib. Hihi..
Hari ini setelah hampir 2 minggu, rombongan mengerjakan umrah ini akan pulang ke Malaysia. InsyaAllah sekitar tengahari nanti akan tiba di KLIA. Sementara itu, Acek dan Makcik kini masih di Mekah. Ziarah mereka ditunda lebih kurang seminggu selepas tarikh 27 Mac. Tak sabar nak jumpa mereka. Rindu sangat pada bonda!
4 comments:
Salam Kak Sue.
Semoga rombongan umrah selamat pulang ke tanahair.
wahhh bestnya dpt berkumpul beramai2...
teringat masa bonda gi umrah .. mmg rindu giler dgn dia .. masa bonda gi bt haji pulak .. asyik sibok suruh call selalu jer.. rindu sgt2 dgn bonda .. moga2 bonda aman disana.. aminn
Eyta @ hotmama:
Alhamdulillah. Dah selamat.
mama | sarah | syimir:
I'm looking forward for the next gathering.
L@n@:
Al-Fatihah untuk semua yang telah meninggalkan kita. Kita juga takkan terkecuali mengejar kehidupan abadi.
Post a Comment