Malam kelmarin sewaktu kami sedang berbaring di atas katil, saya menghampiri Syafiah untuk bermain dengannya. Saya mengangkatnya ke katil kami. Mulanya mood dia memang baik. Namun setelah diletakkan di antara saya dan ayahnya yang sedang membuka laptop, dia mula merengek dan seterusnya menangis dengan begitu kuat sekali.
Kenapa pula dengan anak ini? Ditepuk tak kena, diajak main pun tak mahu.
Lantas saya meletakkannya semula di atas katilnya. Terus saja dia diam, bermain sendiri dan gelak². Yang tadi tu air mata berjuraian macam tak ingat dunia.
Macam dah besar ye? Terasa hati ni tau anak saya sekecil itu pun tak nak main dengan saya. Atau mungkinkah hanya pada anggapan saya dia masih kecil sedangkan dia sendiri inginkan privasi? Entah la... memacam je la karenah dia lepas baik demam ni... Sabo je la.
8 comments:
hehehehe cik piah memahami keinginan ibu dan ayah yang mahukan adik safiyah hahahaha
Christina Arissa:
Not this month. Kena pilih bulan gak. Cehhh... macam boleh...
mm..anak kecil pun tahu privacy kan. Hihi teringat pula bila offer khadijah nenen, dia jawab nanak.. haih jual mahal lak dia.. :)
alooo, shedihnyer...kalau fiza pun sedih gak kak....agaknya piah nakkan privasi. tu yg melalak tu...
baik anak nie...dia nak bagi chance mak ngan abah dia dating2 dulu...sb tu dia takmo dok kat tgh..hehehe..
kak..ina pun kdg2 gitu gak..huhu..
syafiah dan pandai dah..nak masa privasi..hehe..bijak sungguh!
katil syafiah lagi best la mak!
mirah:
Anak sekang memang sangat suka jual mahal. Nenen tak nak tu lagi dahsyat.
Naimatul Hafizah Nor Rodin:
Sedih tau... kita plak merajuk dengan dia. Aci?
ieda:
Tak mo dating. Nak main dengan dia. Huhu...
Noina:
Salah timing gak kita ni kan...
sz | m.a.s.s:
Macam tak best je.. hehehe... Ke dia trauma sebab jatuh katil ari tu? Katil dia lagi selamat.
Post a Comment