Aug 12, 2010

Tentang Syafiah & Ramadhan



Lama tak mencoret sesuatu di sini. Bukannya lupa. Tapi menulis sangat memerlukan masa. Time consuming. Sedangkan saya selaku pemegang amanah blog ini berasa sangat M untuk berbuat demikian.

Namun itu bukan bermakna saya akan terus membiarkan blog ini. Berhenti menulis jauh sekali selagi info tentang keadaan Syafiah masih belum dibuka dan diceritakan pada masyarakat secara sepenuhnya. Terlalu rugi untuk tidak berkongsi rahmat Allah swt yang satu ini. Terutamanya kepada para ibu bapa yang tercari-cari maklumat kondisi seperti ini. Apakah ia, bagaimana ia berlaku, adakah ia berjangkit, adakah ia penyakit keturunan, apakah langkah yang perlu diambil, dll. Selagi ada pertanyaan begini, selagi itu blog-blog seperti ini diperlukan.

Sesungguhnya bukan glamer & duit yang dicari. Orang yang sukakan ilmu pasti akan selalu dahagakan ilmu.

Mesti ada yang tertanya cerita Syafiah. Apakah progressnya... Tiada perkembangan besar tentang anak ini. Dan saya sendiri tidak menjangkakan apa-apa. Cuma:

1) Tangan sebelah kanannya kini pandai memegang dan memusingkan barang sekiranya ia terbalik. Tangan kiri masih belum boleh walau pun adakalanya dia seakan membuat terapi sendiri dengan tangan kanannya menarik dan membuka tangan kiri tersebut.

2) Selain itu, shuntnya kini telah berusia 1 tahun setengah dari revision yang terakhir dan saya berharap agar shunt ini bertahan lama. Siri menginap di hospital sangat membosankan walau pun perlu dihadapi.

3) Dia sememangnya makin meninggi. Berat juga agak menggalakkan. Minum susu 8 oz/sesi. Sesekali dicampur dengan makanan lain tapi masih tidak sukakan nasi. Jarang muntah kecuali terlajak makan.

4) Kini bila digeletek dia sudah pandai ketawa tidak seperti dulu.

Progress yang kecil tapi amat bermakna. Saya terus belajar untuk bersyukur dalam apa jua keadaan. Ada dan tanpa perkembangan sekali pun. Sesungguhnya saya banyak belajar daripadanya.


Usaha tangga kejayaan. Masih main-main pegang botol. Masih perlu disokong.


Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan Kareem.



Namun beringatlah, jangan jadikan Ramadhan ini sebagai bulan pesta makan. Pasar iftar berada di mana-mana. Nafsu semasa lapar sangat menekan pemiliknya untuk membeli. Tapi bila dah beli seringkali terbazir begitu saja. Makan secara sederhana sudah mencukupi. Asal cukup makan.

Dan di mana-mana kelihatan orang terlalu sibuk membuat persiapan untuk Syawal lebih dari Ramadhan itu sendiri dari bulan Syaaban lagi. Dengan cerita-cerita tentang baju sendiri, baju anak, baju suami/isteri, warna tema, tempahan biskut raya, langsir dan perabot baru, dsbnya. Seolah Syawal itu lebih penting dari Ramadhan. Sedangkan yang lebih penting adalah untuk kita memperbaiki amalan dan muhasabah diri.

Kononnya sekian-sekian juadah mesti kena ada sewaktu berbuka atau bersahur di samping akan diceritakan kedai mana yang paling bagus untuk berbuka, untuk bersantai sementara tunggu mata mengantuk dan juga kedai yang mampu membuka selera ketika bersahur.

Jarang yang bertanya atau berbincang tentang berapa surah daripada 114 surah al-Quran, berapa juzuk daripada 30 juzuk kitab suci itu dan berapa ayat daripada 6,236 ayat keseluruhan al-Quran dengan 4,780 daripadanya diturunkan di Mekah dan dinamakan surah/ayat Makkiyyah manakala 1,456 ayat lagi diturunkan di Madinah dan dinamakan surah/ayat Madaniyyah yang sudah dibaca dihayati.

Sumber dari sini.


Saya sedih mengenangkan budaya ini. Ia budaya yang sangat lemah dan tidak sepatutnya diikuti. Kami sendiri menongkah arus. Malah pasar iftar dengan rumah kami tidak jauh. Seminit dua berjalan kaki pun dah sampai. Tapi kami tidak singgah ke sana.


Iftar kami semalam - kuih cara manis buatan sendiri, kurma dan air kosong.

Sekali lagi ~ kembalilah kepada kehidupan yang SEDERHANA. Bukan atas dasar kebendaan semata-mata.





18 comments:

mirah said...

selamat berpuasa k sue.. :)

DeLLa said...

selamat berpuasa kak sue...masak sendiri lg best..sy pun tak nk beli kat bazar dah thn ni...

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

setuju sgt dgn akak pasal iftar...fiza pun buat sendiri, yg simple, dan gereti habis dimakan. tak nak membazir. membeli juga, air permintaan Ikhwan...teringin nak air tebu.

asniza said...

yg memberi amanah dan yg memegang amanah org yg sama hehe... update le sue....

Sue.Aleen said...

mirah:
Selamat berpuasa untuk Mirah sekeluarga juga.





DeLLa:
Banyak resepi mudah boleh dicuba.





Naimatul Hafizah Nor Rodin:
Akak dan husband memang tak beli/buat ais kat rumah ni. Ais menyebabkan kita lebih lesu keesokan harinya.





asniza:
Salah satu impian saya ~ suatu hari nanti Syafiah akan ambilalih blog ni. Tu yang saya tulis saya ni pemegang amanah je. Hehehe...

ashra said...

besnye kuih cara..mmg feveret.hehe.
salam ramadan tuk k.su satu family ye..mwah to syafiah juga..

(btw,sy ada email k.su,tatau k.su terima idak..)hehe.

Sue.Aleen said...

ashra:
Udah baca email tu, cuma belum balas. Ni pun menaip punya slow untuk entry ni. Nak cari mood. Entah mana dia pergi tak reti nak balik-balik... ekekeke...

Irma Rizal said...

salam piah...
mmmuuuaaah...rindu sgt dgn piah..
k.sue, sorry ya..
x patut irma panggil dia piah kan..
nama dah sedap syafiah..
sorry ya syafiah..auntie minta maaf..
makna dah baik kan?apa makna syafiah tu k.sue?
k.sue, selamat ramadhan..

Sue.Aleen said...

Irma Rizal:
Syafiah maksudnya penawar, yang memadai, juga nama salah seorang isteri Nabi s.a.w. Ayah dia beri nama ni sebelum dia jadi komplikasi lagi. Macam ada instinct kat situ.

Puan ApasH said...

Kak sue,

kuih cara tu nampak cantik dan mesti sedap kan...

Salam Ramdhan dari kami sekeluarga.

Sue.Aleen said...

ApasH:
Kuih tradisi tu memang sedap. First time buat. Salam Ramadhan untuk Apash & keluarga juga.

Yasmin Nabilah.. said...

yeah..rindu ngan coretan kak sue.. alhamdulillah..Syafiah tunjukkan progress yang sangat bagus.. :) nanti leh ajar Nabila pulak yek syafiah.. :)

mak encik | SZ said...

menariknya kuih buatan sendiri tu...lg puas makan tu! klu beli singgit br berapa ketul tu kan..hehehe...salam ramadhan k sue!

suealeen said...

Noina:
Nabila pun tak kurang hebatnya. Dia pun ada kelebihan tersendiri.





sz | m.s.s:
Kuih cara ni bahan dia simple je. Kekadang yang jual tu dah sejuk dan dah bertukar sket rupa fizikal dia. Anyway, salam Ramadhan to you too! :)

Anonymous said...

selamat berpuasa untuk sue sekeluarga dan buat syafiah, semoga sentiasa sihat hendaknya...

dari Asfa & keluarga

fiezaradzi said...

wpun sikit perkembangan, itu sudah cukup kan..

selamat berpuasa kak su dan sekeluarga

ieda said...

salam sue...
wah...syafiah dah pandai pegang botol susu tu..
apa pun perkembangan syafiah,dia masih maintain comel...

Sue.Aleen said...

Asfa:
Selamat berpuasa untuk Asfa sekeluarga juga.





fiezaradzi:
Alhamdulillah.





ieda:
Dia memang comel, alhamdulillah... kurniaan Allah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin