Sep 27, 2010

Rupanya.. aku masih ada rasa itu...

Entah kenapa bila diselak kembali entry-entry terdahulu, tiba-tiba je saya menitis air mata. Dalam hati, "Oh rupanya aku masih ada rasa itu". Rasa yang menyesakkan dada itu.

Membayangkan anak kecil terpaksa disorong ke bilik bedah untuk satu kelangsungan hidup itu sudah cukup untuk saya mengimbas kembali detik-detik menghantar Syafiah ke bilik bedah. Bau lorong-lorongnya, bau dewan bedah, bau wad, bau ubat, suasana di situ, suasana di surau tingkat 3 sementara menunggu dia dibedah dan sebagainya. Walau pun hampir dua tahun kami tidak kembali ke situ sebagai pesakit dan peneman pesakit. Ia segar kembali. Ya Allah, panjangkanlah lagi jodoh shunt Syafiah ini untuk tahun-tahun berikutnya.

Tambahan kini Jiey dan anaknya, Rayyan Ariff, berada di wad tanpa kepastian. Ingat janji kita padaNya ya, Jiey. Memang sukar. Moga Allah terus berikan Jiey kekuatan dan semangat. Kita hanya lakukan yang terbaik. Sebarang keputusan akhir tetap Dia yang menentukan.

Moga Rayyan Ariff & Syafiah menjadi Sherman Alexie yang seterusnya. Malah menjadi lebih hebat lagi darinya kerana anak-anak kita adalah anak-anak orang Islam, insyaAllah.

Kawan-kawan... mari kita doakan urusan mereka dipermudahkanNya.





8 comments:

melur said...

Mana mungkin boleh melupakan setiap keperitan dalam hidup kecuali redha dan sabar je pengubat hati. Semoga diberi kemudahan dan kekuatan kepada mereka yang berjuang untuk meneruskan hidup. Kasih sayang dan ketaqwaan kepad ALLAH adalah kekuatan dalaman yang jitu.

suealeen said...

melur:
Tak siapa pun boleh melupakan kenangan, tak kira yang pahit atau pun yang manis. Tapi yang pahit dikenang untuk pengajaran. Tanda Allah swt itu sangat menyayangi.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

fiza faham kak...fiza pun pernah merasainya, walaupun keadaan anak kita berbeza.

suealeen said...

Naimatul Hafizah Nor Rodin:
Memang tak siapa pun antara kita yang pernah rasa berulang-alik tinggal di hospital, rasa nak dok hospital lagi. Tapi bagi kami yang ada anak pakai shunt ni, kebarangkalian ke sana tetap ada selagi anak masih hidup. Device ni bukannya sempurna sebab ia buatan manusia. Namun yang menentukan kadar hayatnya iaitulah Allah swt. Kena selalu kembali padaNya.

Anonymous said...

Salam Sue, sedih Asfa baca en3 ni... As pun pernah melalui apa yg Sue rasa... Bayangkan tubuh sekecil itu dah merasa masuk bilik pembedahan... Masa tu Asfa betul2 tak senang duduk... Resah dan takut masa tu... Allah SWT saja yang tahu perasaan Asfa masa tu... Semoga Syafiah diberikan kesihatan yang baik sampai bila2 berkat doa Sue yg sentiasa setia disisi Syafiah... Amin

Salam dari
Asfarina

Sue.Aleen said...

Asfa:
Menghantar anak masuk ke dewan bedah tu umpama menghantar anak menghampiri maut. Ketika dia di situ, terputus hubungan kita dengan dia kecuali hubungannya dengan Allah. Saat keluar hanya dua ~ jasad dengan nyawa atau jasad tanpa nyawa. Segalanya jadi teka-teki. Sepanjang pembedahan saya selalu berdoa, "Sekiranya dia lebih bermanfaat buat kami dan manusia lain, maka panjangkanlah usianya. Sembuhkanlah dia...". Alhamdulillah so far, kerana dia banyak manfaat, Allah masih panjangkan usianya hingga ke hari ini.

Irma Rizal said...

salam k.sue..
sedih n terharu, n kagum yg amat dgn kisah k.sue n ibu2 lain..
umar ni pun belum tentu lg akan normal selamanya..syukur dan redha atas kurniaan nya..
k.sue, seriously, irma sgt suka n kagum dgn family k.sue..teringin2 sgt nak jumpa..harap dpt bersua jua..

Sue.Aleen said...

Irma:
InsyaAllah suatu hari nanti kita akan bertemu juga. Usah le kata gitu tentang Umar. The kids are normal in their own ways even though they are special kids.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin