Apr 25, 2009

Lumbar Puncture (LP) vs Bone Marrow Transplantation (Pemindahan Sum² Tulang)

Posting ini asalnya dari blog saya yang lagi satu - Tangan Yang Menghayun Buaian. Entah bagaimana masa proses penyalinan blog pada bulan November lepas, saya terlepas pandang pada entry yang satu ini. Saya salin tempek sekali lagi di sini.

Ini cerita mendidik masyarakat bagi membezakan Lumbar Puncture (LP) dengan Bone Marrow Transplantation (Pemindahan Sum-Sum Tulang) (BMT). Saya tergerak hati untuk berbicara tentang hal ini apabila ada seorang forumer bertanya tentang LP di SU. LP juga dikenali sebagai spinal tap.


Prosedur Lumbar Puncture


Pembedahan Pemindahan Sum-Sum Tulang


Ketika Syafiah masih berada di HSB, banyak cerita ibu-ibu dan bayi-bayi kedengaran di bilik menunggu (kata Mastura - bilik 2). Ada satu ketika.. ada satu keluarga yang bayinya mengalami peningkatan suhu badan yang amat tinggi pada umur tak sampai seminggu. Bayi tu sawan kalau tak silap saya.

Cerita opahnya (gaya macam mak-mak datin) pada anak yang lain, malam tu keadaan sungguh kelam-kabut. Ibu pada si bayi terlalu panik sehinggakan dia sendiri tak sedarkan diri. Alhamdulillah opah si bayi pandai memandu kereta. Dia yang memandu terus ke sebuah pusat perubatan swasta. Namun, pusat perubatan tadi tidak mahu menerima pesakit mungkin disebabkan peralatan tidak mencukupi. Lalu referral letter diberikan kepada HSB.

Cucunya ditahan di NICU. Pakar iaitu Dr IH menyarankan agar bayi itu menjalani satu prosedur iaitu LP yang bertujuan untuk mengesan penyakit bayi itu kerana adalah amat jarang sekali kejadian tersebut berlaku kepada bayi yang baru lahir. Si ibu ragu-ragu tetapi akhirnya memberikan kebenaran. Menurutnya kalau dia tak benarkan nanti tak tahu pula apa penyakit anaknya. Dia serba-salah.

Sambil bercerita bab LP, anak-anaknya yang lain berkata kenapa diberikan kebenaran? Nanti bakal jadi lumpuh la dan sebagainya.

Mungkin keluarga ini pun sama seperti saya mula-mula dulu. Tidak dididik untuk membezakan LP dengan BMT. LP hanyalah merupakan satu prosedur untuk mengesan penyakit sedangkan BMT adalah salah satu rawatan untuk penyakit darah. Dalam prosedur LP, CSF (cecair putih jernih dihasilkan di otak) yang diambil untuk dibuat ujian, manakala untuk BMT, ujian darah diperlukan untuk mengesan penjenisan tisu. Ia juga melibatkan penderma dan penerima (pesakit).

Saya rasa ramai juga diluar sana masih keliru tentang kedua-dua term perubatan yang amat berbeza ini. Malah risikonya juga berlainan.

Cuba teliti apa yang dikatakan oleh Saifulislam di bawah:

KEPELIKAN MASYARAKAT

Sehingga kini, masyarakat masih lagi mengamalkan beberapa kepelikan yang menyusahkan. Misalnya, apabila berlaku kemalangan yang serius, masih menjadi kecenderungan majoriti masyarakat untuk membawa mangsa ke klinik, dan bukannya terus ke hospital. Manakala ramai pula pesakit yang selepas beberapa hari sukar membuang air besar, atau demam panas semalaman, datang ke jabatan kemalangan dan kecemasan sedangkan kes yang dirujuk bukan kemalangan dan langsung tidak mencemaskan.

Masih ramai lagi masyarakat kita yang percaya bahawa tindakan mengambil ‘air tulang belakang’ menandakan yang pesakit itu sudah terlalu teruk dan menunggu masa untuk mati. Maka biasalah kedengaran, saudara mara berpesan, bila masuk ke hospital jangan sekali-kali benarkan doktor mengambil air tulang belakang! Sedangkan ia hanyalah prosedur Lumbar Puncture yang sepatutnya tidak memberikan apa-apa kesan negatif kepada pesakit.

Malangnya, pertimbangan itu sukar untuk diperbetulkan.

Mengapa hal ini berlaku? Ia berkait rapat dengan pendidikan.






**************************************************





Sebenarnya janganlah dipercayai kata-kata orang. Baca terlebih dahulu apa sahaja yang berkaitan dengan kesihatan & perubatan. Dengar nasihat daripada pakar. Orang-orang sekeliling kita mungkin akan 'meracun' kita dengan pelbagai perkara yang belum tentu benar. Jika kebaikan yang banyak mengatasi risiko yang sedikit, kenapa kita perlu menolaknya?

Contohnya x-ray... x-ray itu memberikan impak radiasi kepada pesakit tetapi sumbangannya adalah lebih besar dari risiko tersebut memandangkan melaluinya kita dapat mengetahui penyakit dalaman kita. Mana satu bakal dipilih? Sakit & izinkan diri untuk rawatan atau biarkan diri terus sakit?

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin