Many stories this & last week.... banyak sangat sampai tak tahu nak cerita yang mana... ada cerita menarik & tak kurang cerita tak menarik/sedih...
Oklah.. aku citer dulu bab CT scan Syafiah. Result CT scan tu dah memang diagak - otak dia bengkak terutamanya yang sebelah kanan. Pendarahan yang terjadi telah membuatkan darahnya tidak dapat ke mana & telah diburukkan lagi dengan penambahan CSF (cerebrospinal fluid). Kata neurosurgeon, memang darah tu akan mengecut jugak pada akhirnya tapi secara perlahan. Secara amnya, CSF ni bertindak melembabkan otak dan membekalkan nutrien kepada otak. Ia dikeluarkan secara semulajadi pada setiap manusia setiap hari & akan diserap ke liang-liang tertentu di dalam otak. Jika liang ini tersumbat (akibat dari pendarahan atau lain-lain), maka CSF ni akan berkumpul di dalam otak dan boleh menyebabkan 'hydrochepalus', satu keadaan di mana menyebabkan ukur lilit kepala akan bertambah besar. Biasa kan tengok baby kepala besar dan mata mengecil. Di kampung kami, ada sorang baby yang tidak dirawat dari awal hingga kini. Aku syak budak tu mesti rasa sakit kepala sebab neurosurgeon pun cakap macam tu.
The very next day, Syafiah dimasukkan ke bilik bedah. Pembedahan makan masa lebih kurang 2-3 jam. Masa ayah dia beri kebenaran bertulis kepada pakar bius tu, jam telah menunjukkan pukul 10 lebih. Lepas tu kami pun balik dan yang lain terserah kepada Allah s.w.t. Lewat petang tu kami ke Hospital Sungai Buloh lagi. Dia dipindahkan ke bilik. Aku syak kalo dia tak dipindahkan ke bilik mungkin ibu bapa yang lain tu akan seram sejuk melihat keadaannya yang bertiub di ubun-ubun.
"Bila abih bedah?," tanya aku pada nurse yang ditugaskan jaga dia - Zurida.
"Dia balik NICU pukul 1, kak. Sedar pun pukul 3. Kuat semangat dia ni," jawab dia balik.
"Ceritalah, kak, apa neuro kata kat akak semalam? Kita pun nak tau jugak"
"Banyak sangat dia cite..."
Kat hidung, dia orang letak balik oksigen untuk monitor keadaan dia sampai dia betul-betul stabil. Seperti biasa, dia asyik mengeliat saja. Mungkin rimas dengan segala macam wayar yang berselirat kat badan tu. Syukurlah dia ok. Hubby aku tak sanggup tengok kepala dia tapi aku selak sebab aku nak tengok sangat rupa tiub tu macamana. She's on air the next day. Sampai hari ni aku tak dapat cite banyak pasal Syafiah ni sebab selagi tak jumpak balik neurosurgeon hari Rabu minggu depan selagi tu tiada perkembangan terkini. Cuma bleh cite - dia aktif, berat badan dia naik, ukur lilit kepala tak berubah, dia gelak & nangis jugak cam baby lain cuma kepala je ada tiub. Cite bab bedah ni aku tak cite kat mak aku until last Thursday night (malam Jumaat). Dia cakap kenapa tak cite kat dia, aku cuma bleh kata yang aku tak nak menyusahkan hati dia. Dia bercakap pun macam nak nangis je...
Ada satu hikmah yang paling aku rasa sejak Syafiah dok hospital. Iaitu aku dapat menimba ilmu dalam bahagian perubatan specially bahagian kanak-kanak & neuro (salah satu cita-cita aku dari kecil tapi bila besar berubah arah ke engineering). Padanlah ayat pertama diturunkan itu bermula dengan 'Iqra''. Di sebaliknya terkandung hikmah yang cukup besar ertinya. Aku tidak panik bila specialists terangkan itu ini sebab aku ada basic knowledge mengenainya. At least aku dah prepare dulu... alhamdulillah.

(For more pictures, please visit my friendster - suealeenmna)
Itu cite minggu lepas. Cite sedih yang mengusik kalbu aku sebagai sorang ibu - kematian 'kawan' Syafiah kat bilik sebelah. Baby ni lelaki. Dia stay sana sejak dari lahir sampai le ke saat kematian pada usia 6-7 bulan. Maknanya... kesemua ahli keluarga kecuali ayah ibu belum pernah melihatnya dalam keadaan hidup. Yang pulang hanyalah jasad. Aku terasa sangat kehilangannya sebab 2 hari sebelum dia meninggal tu, aku lawat dia. Dia hanya tengok aku dengan lirikan matanya. Senyap je. Bergerak pun tidak. Aku masih terbayang lagi pandangan mata dia tu sampai ke hari ni. Sehari lepas aku tengok dia tu aku tak ke hospital macam biasa. Rupanya dia dah dipindahkan ke wad paed di tingkat 7. Tak berapa jam lepas dia dipindahkan dia meninggal dunia. Sedih & hibanya tak dapat jumpa dia & his family for the last time.
Cite sedih kedua - pemergian suami sepupu mak. Citenya adik aku nak masak sup kaki ayam. Tak tahu resepi terus je dia call mak. Masa call, mak bagitahu la tentang cite sedih ni. Adik aku sms aku dan semo ahli keluarga yang lain. Kebetulan hari Khamis tu aku pergi lawat Syafiah. Bila balik baru dapat sembang lama dengan mak. Ikut cite mak, arwah pergi ke Batu 6 nak cari lauk ke hapa aku tak ingat. Arwah naik motor. Pastu mak kata dia pening & jatuh motor. Dan tak pasti plak accident ke idak. Di bawak ke Hospital Pt Buntar & dia meninggal di sana. Arwah ni hidup membujang dari lepas kehilangan isterinya. Isteri dia sepupu dengan mak. Arwah isteri dia meninggal dalam tahun 1991/92. Anak dia yang bongsu masa tu belum sampai setahun. Anak-anak seramai 7 orang arwah suami dia la yang jaga dengan sabar lepas tu. Sekarang ni arwah suami dia plak menyusul. Anak-anak arwah pun rapat dengan kami. Nak kira macam mana ye.. sepupu 2 kali kan...
Cite semalam. Aku & hubby pergi Midvalley lepas jenguk Syafiah yang aktif sepanjang masa kami di sana. Mastura & Adam di bawah penjagaan Awa. She only fell asleep when we were about to move. Hubby kena keje extra sebab ada exhibition. Dia bukanlah orang sale tapi orang finance. Bila ada exhibition sorang orang finance kena accompany sekali orang-orang sales.
Sementara dia keje tu aku merayap la. Aku ingat nak merayap jauh ke KLCC tapi rasa malas. Aku di MPH 2 jam. Lepak atas lantai sampai kaki pun naik kebas, orang terlanggar pun tak sedar. Sedar-sedar orang tu mohon maaf je. Tak cukup baca di situ, aku beli 2 buku - Penyejuk Jiwa (Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni) & Terapi Zikir Dan Doa. Section favorite aku tentula kat bahagian Agama & Politik. Tapi ntah kenapa semalam politik tak berapa menarik perhatian. Aku tengok ada beberapa orang students Lim Kok Wing agaknya tengah promo buku politik & kajian mereka tentang Pak Lah.
Merayap plak kat bawah sekali (JJCM), beli donut (aku jadi tempted dengan donut sebab few blogs asyik mention pasal JCo & Big Apple.. wahaha).. pastu aku balik ke MIVEC. Few rows of chairs. Empty. Lepak sana plak. Baca buku yang aku beli tu sambil makan donut. Nobody's there. Tak bising. The ceiling is triply high. Rasa macam tenggelam je sorang-sorang kat situ. But it was fun thing to do. Dah lama tak wat cam tu sejak lepas kawen & ada anak. Lately macam addicted dengan buku Dr 'Aidh ni.. corak penulisan dia best..
Rasa dahaga menyerang. Turun balik tapi tak sempat sampai ke bawah aku ternampak Toys R Us. Masuk kat dalam. Konon nak cari sesuatu untuk anak aku yang berunsurkan Mickey Mouse. Mastura tu minat abih dengan MM. Tengah aku dok belek botol susu jenama Philips yang boleh tahan berbulan tu (apa ke namanya.. lupa plak.. but made in England), aku terdengar suara yang familiar. Jason? Johnson? Isk.. camne leh lupa nama mamat ni.. bila dia lalu memang sah le dia cuma aku malas nak tegur. Dia dengan anak pompuan dia. Actually, he's one of the contractors.. cite pasal contractor ni.. ari apa tah ada sorang contractor wat lawatan mengejut ke rumah beberapa hari lepas. Cehh.. aku cakap jangan datang, laki aku tak de.. this Chinese didn't understand lak... sembang kejap pastu dia kasi duit untuk Syafiah. Huh.. alhamdulillah dah benti keje pun orang ingat lagi... walau pun bukan sebangsa seagama..
Lupa segala masuk kat tempat kanak-kanak ni. Adorable. Tapi harga.. phewww.. boleh tahan JJCM seminggu! Tengah membelek tu, hubby tepon. Dia kata dah nak balik. Aku cakap nanti aku tunggu kat depan JJ & aku kata ia sama level dengan Toys R Us tu. Actually aku nampak dia belek info kat level atas tapi bio je la. Kalo dia call balik best je aku nak cakap cuba pandang kanan ke bawah.. saya sedang memerhati.. Pastu aku tengok dia terus je turun escalator and he caught me! Pastu mula la nak JJCM untuk dinner plak. Ajak dia pergi Big Apple. Fuhh.. ramainye manusia tengah beratur. Ended up terperangkap di Nandos. Best dating dengan suami.. masih gak macam masa 'muda-muda' dulu...
Sebenarnya dia ajak aku tengok wayang larut malam tapi tak nak la.. anak-anak kat rumah. Sian tinggal lama-lama. Tu la jadi mak ni... semua benda nak ingat. Bukan senang nak dapat peluang berdua-duaan. Lagi pun nak beratur tu yang aku tak minat sebenonye... ramai sangat orang.. ramai gak yang wat maksiat. Malas la... baik aku balik tengok anak aku atau setidak-tidaknya tido selepas baca buku lagi bagus...
No comments:
Post a Comment