Feb 3, 2008

Syafiah - 020208

Pic kat sebelah ni pic Syafiah masa kami lawat dia semalam. Semalam karung TPN (don't know what does it stand for) tu dah tak de. TPN is a nutrimix, also containing amino acid. The green bag was supplied by BBraun and most of the babies there have this bag for their nutrition supply. Ada yang cucuk kat pusat, ada yang cucuk kot lengan. Lipid was still there.

Hari ni Sabtu. So lawat lagi. Huhu... progresif sungguh Kak Lang ni. Lipid pulak tak de. So she depends fully on my milk. The consume volume increased to 21 ml/given/2 hour. Berbekas-bekas susu kat dalam peti ais tu dah susut. Kalo dulu sampai nurse suruh bawak balik simpan kat rumah dulu sebab one time 20 bekas susu tu aku punya je. Just to share a good info, kalo simpan susu ibu dalam tempat sejuk beku tu, susu bleh tahan 2 minggu. In case kalo susu aku pun habih, dia orang akan bagi enfalac yang ready made. Mahey ooo enfalac ni... dapat dari DEMC dulu pun enfalac jugak.

Mastura dan Adam pun masih diberi susu lagi.. bukan susu badan la... susu tepung dan depa ni tak tunjuk sign nak berhenti langsung. Akibat dari suruhan nurse tu, aku bawak balik susu-susu ni dan beri plak kat Adam sebab Adam pun masih 2 tahun. Mahu la plak tu... Kalo pam susu di rumah, dia siap tunggu kat depan sebab teringin nak minum. Sua suruh hisap tak nak la plak..tapi kalo beri dalam botol ok je hentam... macam-macam..

Selagi Syafiah ni tak kuo hospital lagi tu le dok asyik citer pasal dia je. Maklumle dia ni special case. Yang dua lagi tu bukannya tak special, special gak tapi lahirkan dia dan experience yang kita orang lalui sejak dia dilahirkan tak sama dengan lahirkan budak cukup bulan. The feeling was up and down, like a roller coaster!

Dulu mak dan pak kita yang rasa. La ni kita plak. So bagi insan-insan yang masih punya ibu bapa tu.. hargailah mereka kerana suatu masa nanti kita pasti akan lalui apa yang telah mereka lalui. Dan setiap saat dengan anak itu cukup berharga. Tak dapat nak gambar dengan kata-kata...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin