Mar 31, 2008

Penantian Satu Penyeksaan

Dah berapa hari tak update blog ni. Reason - saya dipanggil untuk tido di hospital. Petanda bahawa hari yang ditunggu untuk membawa balik Syafiah makin hampir. Saya tido di sana dari hari Rabu hingga ke Sabtu. Semalam suami mengajak saya balik ke rumah sebab hari ni ada saudara datang melawat sedangkan dia ada 'launching' di Subang Bestari. Jadi, macam tak best la sebab dua-dua takde di rumah. Yang ada hanya Mastura, Adam dan Mak.

Saya tertanya-tanya kenapalah Dr Ismail (ketua paed) macam berat hati betul nak pulangkan anak saya. Setiap paed yang saya jumpak bertanya bila nak balik sebab dia orang dah tahu kalau si ibu dipanggil tido di hospital tak lama lagi akan discharge. Reason yang diberikan Dr Ismail - tunggu sampai berat dia naik konsisten (ke dia sayang sangat kat Syafiah?). Untuk pengetahuan, berat dia selama 3 hari saya di sana - 2.44 kg (hari Khamis), 2.43 kg (hari Jumaat) dan 2.465 kg (hari Sabtu). Selama dia orang bela dia di sana pun berat dia akan naik dan turun sekali-sekala tapi dalam kalaan yang kecil.

Kebanyakan jururawat di sana mengenali Syafiah, selalu datang ke katil untuk bermain dan mencubit pipinya. Paling tidak berborak dengan saya. Ada yang memanggilnya 'Ketua' sebab lama beno dia di hospital. Ada juga bayi sebaya dia yang masih lagi tinggal di sana. Ada bersama ibu, dan ada juga yang tinggal sebatang kara.

ROP screening dijadualkan untuk kali ke-4 pada esok hari. Bagus juga dia tak balik dulu. Jika tidak, kenalah kami bawak dia ke hospital semula. Menurut kata Dr Sathia, ROP screening ni pakar mata akan buat selagi dia tak puas hati. Sepatutnya last check, pakar mata reserved untuk laser tapi sampai ke tarikh tu tak buat pula sebab 'clear' katanya. (If Jingga Studies (eye resident) reads this, Syafiah born on 31/52 + 1/7.. any comments?).

Menjaga Syafiah mengingatkan saya apabila menjaga Mastura ketika dia bayi. Amat mudah. Kurang menangis. Kebanyakan masa diambil untuk tido bagi membesarkan badan. Dia hanya akan menangis jika dia tahu kelibat saya tiada atau ketika haus meminta susu. Saya mengikut jadual penyusuan pihak hospital. 3 jam sekali. 55 ml = 2 oz. Diselang-selikan dengan susu badan. Akibatnya susu badan saya bertambah semula. Syafiah juga amat gemar tido dipeluk mungkin kerana keadaan hospital yang berhawa dingin.

Anyway:-
1. Hari ni Syafiah berusia 76 hari.
2. Mak, Adam dan Mastura telah dapat melihat wajahnya di pintu di antara bilik menunggu dan bilik ibu.
3. Petang nanti saya akan ke sana untuk tido di hospital semula (itu pun jika bilik ibu tak penuh).
4. Kan best kalo bleh surf net kat hospital.. hehehe..
5. ROP stands for retinopathy of prematurity. Further info click here!

Harapan saya semoga Allah s.w.t. mengizinkan Syafiah kembali ke pangkuan keluarga minggu depan, insyaAllah...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin