Oct 11, 2008

Mood Sengal

Mood sengal melanda... Selalunya kalau mood sengal ni datang, saya akan jadi macam Kak Jie. Tukar template. Tapi sejak saya pakai template 'Creation' ni, saya dah tak suka tukar² macam dulu. Mungkin sebab masa tu belum jumpa yang sesuai dan berkenan di hati.

Penyakit sengal ni selalunya melibatkan ketiadaan posting baru, bloghopping (rajin membaca tapi tak rajin tinggal jejak @ tak baca tapi tinggal jejak.. hehehe. Baca pun sekerat²), menggodek internet/PC dan asyik mahsyuk dengan kegiatan membaca saja.

Beberapa minggu yang lepas bila penyakit sengal ni datang, saya ralit main Spongebob Monopoly. Sekarang ni tengah dok ralit main Sudoku kat handphone. Sekarang dah sampai game yang ke 233. Dan makin sukar! Seronok sebab ia melibatkan kebarangkalian dan andaian, membuatkan minda saya sentiasa berfikir. Permainan monopoly pula melibatkan strategi.

Semalam dalam dok surfing tu kan.. saya terjumpa satu artikel yang menyentuh perasaan tentang seorang budak lelaki berumur 10 tahun yang menghidap penyakit congenital hydrochepalus. Linknya idak ler teman ingat. Nanti teman godek semula ye...


---------------------------------------


Gambar² malam tadi:

Tertidur selepas puas muntah. Cik kak ni batuk la pulak 2 hari ni

Sempat buat kek span cappucino (baki sebelum raya tempohari). Makan kek panas² ni tau² je la...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin