Nov 18, 2008

Diari Syafiah hari ini....

Diari Syafiah hari ini…

8.30 pagi – sampai ke klinik neuro selepas membuat bayaran di kaunter pendaftaran. Kekurangan pakar menyebabkan klinik neuro ’jem’ teruk. Giliran kami hanya tiba pada pukul 10.15 pagi! General physical examination – alhamdulillah. Lambat lagilah dia nak jumpa neuro lagi. Hanya selepas 4 bulan pada Mac 2009. Sekiranya terdapat sebarang ’kejadian tidak diingini’ berlaku, kami akan terus ke wad neuro di tingkat 7, HSB.

Di sini saya berjejak kasih dengan Kak Sarimah, ibu Hakim. Hakim adalah pesakit di hadapan katil kami baru² ini. Dia dan abangnya yang form 3 menaiki motorsikal lalu terlanggar sebuah lori yang sedang parking di kawasan Sg. Samak. Mereka dikejarkan ke Hospital Sabak Bernam (terdekat), kemudian dibawa pula ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Oleh kerana HTAR tidak mempunyai pakar neuro, adiknya terpaksa dipisahkan dan dibawa ke HSB. Jahitan di kepalanya ketika itu berbentuk U-turn. Sementara tulang muka di bahagian bawah mata kiri patah.

Pakar mengatakan bahawa terdapat rompong di bahagian bawah mata tersebut. Matanya seakan-akan tergantung. Pembedahan membetulkan tulang tersebut perlu dilakukan. Anggaran kos pembedahan tersebut sekitar RM1k-7k.

Kak Sarimah hanya surirumah. Suaminya berkerja kampung. Anak mereka sejumlah 7 orang. Hakim adalah anak bongsu. Saya melihat wajahnya berubah dengan penerangan pakar tersebut. Kata pakar lagi, kerajaan tidak menanggung harga pembelian besi penyokong, sebaliknya ianya dibeli atas inisiatif pihak hospital sendiri. Kosnya dah tentulah mahal. Takkan nak pakai besi buruk pula untuk dipakai sepanjang hayat, ye tak?

Kata suami, ”Spare part manusia adalah spare part paling mahal di dunia” dan mungkin juga tidak ternilai harganya. Kejadian sekelip mata boleh membunuh perasaan, merosakkan masa depan, melibatkan kos yang amat tinggi malah mungkin kehilangan jiwa.

Dan lagi, perlu menyediakan masa untuk bertemu dengan pakar. Senarai pakar Hakim boleh tahan juga – neuro, pembedahan plastik, tulang, mata, ent.....

Kisah kak Sarimah ini antara perkara yang menginsafkan saya. Menunjuk dan membuktikan bahawa ramai antara orang Melayu Muslim di negara ini yang tidak berkemampuan. Bersediakah kita menghadapi saat² genting? Saat² keperluan wang amat mendesak dan menyesakkan? Apakah pelan perancangan kewangan kita di masa akan datang?

Selain itu, jangan kita biarkan anak² kecil menaiki motorsikal tanpa pengawasan orang dewasa. Jika dengan orang dewasa pun, jangan dibiarkan dia membonceng tanpa topi keledar.

Selain Hakim, terdapat kes kemalangan melibatkan kanak² lain di situ. Di antaranya, seorang anak lelaki yang membonceng motorsikal dengan ibunya. Ibu hilang kawalan. Anaknya terpelanting ke depan, si ibu pula landing di atas si anak dan mengheretnya ke depan (momentum) lantas menyelinap sedikit kulit kepalanya. Kepalanya tidak berbalut dan dibiarkan terbuka agar luka cepat kering. Seorang lagi kanak² perempuan. Bonceng motorsikal juga. Kakinya tersepit di celah rim motor. Hampir sebulan lebih menjadi penghuni wad itu.


10.15 pagi – ke kaunter pendaftaran di tingkat 1 (neuro di tingkat 2). Semasa saya menghulurkan kad biru di situ, bahu saya disentuh seseorang. Ingat R? (R = Rina). Anaknya juga mempunyai temujanji dengan pakar. Makin berisi si Iqmal. Masih ceria dan peramah seperti dahulu.

Menunggu lagi untuk membuat bayaran di kaunter. Seusai pembayaran, kami bergegas pula ke klinik mata. Di salah satu tiang, terserempak pula dengan senior suami dan isterinya. Kami berbual.

Anaknya anak ketiga. Perempuan. Down syndrom dan jantung berlubang. Kecil je anaknya walau pun lebih berusia dari Syafiah. Kali pertama saya bertemu dengannya ketika kami admitted 2 jam di HSB pada bulan 6. Katanya, teringin benar untuk beranak perempuan namun kuasa Allah swt melebihi segalanya, bila dah ada diciptakan begitu pula.

Sekali-sekala lagi katanya perlu ke IJN untuk temujanji dan mendapatkan ubat. Anaknya juga melakukan therapy, pemeriksaan ROP dan untuk hari ini, mereka perlu ke ENT untuk mendengar penjelasan pakar (ORL).

Kami menunggu di klinik mata lama juga. Dari pukul 10.30 pagi hingga ke 1.30 petang. Oleh kerana kelewatan itu, langsung sahabat saya cuti penuh sehari. Tak sempat lagi ke pejabat. Mana nak kejar waktu balik, nak berkejar pula ke Shah Alam.


Mari kita lihat senarai temujanji Syafiah untuk bulan 11 dan yang akan datang:
1. 4/11/2008 – Neuro.
2. 5/11/2008 – Audiology.
3. 17/11/2008 - Occupational Therapy (twice a month).
4. 18/11/2008 – Neuro & ROP.
5. 16/12/2008 – ORL & Occupational Therapy.
6. 10/02/2009 – Audiology.
7. 19/03/2009 – Neuro.
8. 14/05/2009 – Cyclo RA.

Nanti saya ceritakan tentang Cyclo RA, insyaAllah. Gambar nantilah... something happened to my handphone!

4 comments:

Anonymous said...

wow..appointment dia smpi ke bulan 5 tahun depan tu...
i juz hope she gonna be juz fine... :)

Sue.Aleen said...

~*Krsty_Pinky*~:
lepas tu ada appointment lagi.. huhu.. insyaAllah she'll be fine!

Anonymous said...

Sue..

sue masih contact ke dgn kak sarimah tu? Ada tak bagitau kat dia yang dia boleh mintak bantuan pusat zakat?
Kalau ada contact no dia, tolong email saya ye..
dolphin_manja@yahoo.com

tq

Sue.Aleen said...

Anon:
thanks for dropping by. tak sempat bagitahu dia sebab dia tengah sedih. last time i met her she said anak dia masuk ICU seminggu lepas tu. contact no. nanti saya bagi kat mail.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin