Syafiah alhamdulillah sihat. Tak demam. Begitu fit untuk menjalani pembedahan. Pun begitu beratnya agak merisaukan kerana menurun dari 7.5kg ke 6.8kg. Dalam sebulan ni dia asyik muntah & demam berulang-ulang. Petanda shunt infected!
Sekarang ni saya berada di rumah manakala sahabat sedang mencuba situasi baru dengan berada di HSB. Mengalami sendiri pengalaman saya ketika berada di sana. Sebagai seorang insan dan juga ayah, saya merasakan pengalaman sebegini perlu bagi dia menghargai insan² yang rapat dengannya. Aduhh... saya masih belum berjaya memujuk dia menyatakan perasaannya sebagai seorang bapa di dalam blog ini.
Namun begitu sepanjang hari tadi untuk menyatakan sokongan, saya juga berada di sana untuk mengikuti perkembangan anak saya. Pada asalnya saya ingin berkerja namun saya rasa anak lebih penting dari semua itu.
Saya rasa geramlah jugak pada mulanya sebab di hari Syafiah dan sahabat menerjah klinik beria benar pakar mengatakan dia boleh terus op dan berpuasa pula dari rumah. Tup² boleh pula tukar plan untuk buat CT scan. Dah la dia berpuasa seawal pukul 4 pagi. Akhirnya dia masuk dalam scanner tu pukul 12 tengahari yang dah tentunya dalam keadaan lapar!
Saya rasa seolah-olah ianya hanya membuang masa kerana pada akhirnya keputusan memang telah sedia maklum. Tidak banyak berubah dari yang dulu. Ye la.. dah yang dulu tu pun awal lagi. Seawal bulan 10!
Bila dia dibawa ke tingkat paling bawah untuk menjalani ujian saya tidak ikut serta. Selesai ujian, bila dia kembali hati saya yang terkilan kembali reda. Biasalah... cepat geram, cepat pula cool downnya.
Kata pakar, mungkin mereka akan mengubah posisi reservoirnya ke sebelah kiri. A good and bad news. Good - betulkan balik kepala dia. Bad - mungkin pergerakan kaki dan tangan kanan akan sedikit terjejas. But who knows... Allah is The Most Powerful and Merciful. Lagi pun dia sedang menjalani sesi terapi. Oh ye... sesi terapinya dianjakkan pula dari 16hb ke 26hb.
Esok Syafiah akan berpuasa lagi untuk pembedahan yang dijadualkan pada pukul 8 pagi. Tapi arghhh... bukan boleh percaya sangat dengan pakar neuro. Ada je kes kecemasannya...
Saya telah pun menyatakan jadual (walau pun tidak rasmi) harian kepada suami. Pukul berapa buat apa, bila ke OT akan buat apa, kena pakai apa, pakar meronda pukul berapa. Entah bagaimanalah dia bermalam di sana malam ni agaknya ye?
Dah la kebanyakan accompanied parent is a mother. Why orang laki tak jaga anak yang sakit ehh? Tiba² rasa mosykel teman...
Agak² mampu tak saya pujuk dia menceritakan pengalamannya di hospital selepas ini? Hopefully mampu sebab mungkin kita akan dapat menyelami perasaan dan sebuah pengalaman berharga daripada seorang bapa.

No comments:
Post a Comment