Jan 16, 2009

Serba-sedikit tentang shunt...

Pada mulanya saya ingin menjawab komen Anon di entry sebelum ini pada ruangan komen saja. Tapi rasanya ruang terhad. Lagi pun pendedahan kepada masyarakat itu perlu agar masyarakat yang kurang arif dapat sama² memahami. Supaya maklumat yang mereka terima juga betul. Walau macamana pun, thanks to him or her for suggesting that.

Untuk pengetahuan semua, pakar neuro di Malaysia ada di banyak tempat antaranya HKL (yang tertua), HSB, Hospital Besar Pulau Pinang dan termasuk jugalah di USM Kubang Kerian, Kelantan.

Ada lagi di tempat lain yang tidak perlulah saya senaraikan tapi pakar ini tidak ramai dan tidak semua hospital ada. Penyakit yang berkaitan dengan neuro juga banyak. Antaranya hydrocephalus (tak sukar nak tahu penyakit anak saya, bukan... di sub-tajuk blog jelas tertera). Kena tahu ke mana harus kita pergi untuk mendapatkan rawatan.

Untuk makluman juga, shunt bukanlah bergantung kepada pakar neuro. Shunt ini banyak jenisnya. Yang kecil, yang besar. Jenama dan design juga pelbagai. Walau pun begitu, prosedur yang digunapakai oleh setiap pakar neuro adalah sama. Tanam dari kepala sampai ke perut (yang biasa).

Pemakaian shunt bergantung kepada kesesuaian. Untuk mencari kesesuaian itu, pakar perlu mencuba ke atas seseorang pesakit tanpa mengetahui apakah natijahnya pada si pemakai. Maksudnya mana² pakar sekali pun takkan tahu sampai bilakah shunt itu akan bertahan. Tak kiralah dia di HSB ke, di USM Kubang Kerian ke, hatta di mana² saja di muka bumi ini.

Apa dia sebenarnya shunt ni?

It is a drainage system which will transport the excess of CSF collected in the head to other parts of the body where it can be reabsorbed. The most frequent places are the abdomen and the heart."



Saya bagi satu contoh. Di dalam salah satu entry saya telah menceritakan tentang Kak Rosliza dan anaknya yang berusia 23 tahun, salah seorang penerima shunt (simply just type her name to search for the entry). Sepanjang hidup anaknya, hanya 2 kali dilakukan pembedahan untuk menukar shunt. Shunt yang pertama ditanam di kepalanya pada usianya 4 bulan. Dia menukar shunt pada usia 5 tahun di HKL (sama tempat). Dan kali kedua di HSB pada usia 18 tahun.

Lihatlah... adakah ia bermaksud HSB tidak competent? Tidak... kerana shuntnya yang terakhir telah bertahan selama 5 tahun. Ia juga bermaksud kami boleh bertukar hospital. Tapi bukannya senang untuk memindahkan 5 fail Syafiah yang rata²nya setebal 4 inci setiap satu.

Ada satu lagi kisah yang saya tidak pernah ceritakan. Iaitu cerita kak H. Anaknya lahir di HSB dengan IVH. Jadi hydrocephalus juga. Dia menolak dengan keras untuk dilakukan shunt pada bulan² terawal kelahiran. Alasannya, untuk mencuba rawatan alternatif.

Pada satu peringkat, dia membawa anaknya ke HKL untuk 'membuka fail baru'. Tapi HKL juga merujuk semula kes berkenaan kepada HSB. Akhirnya, anaknya tidak memakai shunt. Mungkin kerana alah malu dengan pakar di HSB.

Bukanlah mudah untuk memindahkan kes dari satu hospital ke hospital yang lain. Tambahan pula saya tinggal di Sungai Buloh. Nak pindah kes ke Kelantan dah satu hal. Kalau shunt dia tak perlu tukar lagi tak pe la juga, tapi kalau perlu macamana? Tidak perlukah saya memikirkan tentang suami saya, tentang anak² saya yang lain?

Dalam salah satu entry juga saya menceritakan tentang Sherman Alexie, Noah dan William dalam entry 'They Cut Open My Head'. Dengan mengambil kata² Dr Avellino:

We do have a treatment but shunts are like used cars. They actually break down. That's why many times so many surgeries are needed. Some children might have to have two or three repairs. Other kids, 30 or 40!"




Macamana ia berfungsi?

Each shunt has 3 parts:





1- Ventricular catheter: a small flexible tube which goes in the brain, in one of the cavities where the CSF is being retained.

2- Reservoir : a small pump which regulates the amount of fluid that goes out. Through this the doctor can also check the working state of the shunt, as well as take CSF samples, when necessary, with a needle.

3- Distal catheter: another flexible tube that will take the fluid to the place where it is going to be absorbed. It is usually left with sufficient length, thinking in the child's growth..

The shunts regulates the draining pressure. There are different levels of pressure, as high, medium and low. There are also some differences in the design but the means is always the same.



Kenapa shunt gagal berfungsi?

Ingat... shunt merupakan "foreign body" di dalam pesakit dan tiubnya diperbuat daripada bahan sintetik. Oleh yang demikian, kegagalan untuknya berfungsi boleh disebabkan beberapa perkara di bawah:

- halangan yang disebabkan oleh CSF atau apa² debris.
- kebarangkalian komponen²nya yang tidak bersambung.
- ia patah (usually the distal end).
- mana² catheter atau reservoir keluar dari tempatnya (happened to 1st revision. Reservoirnya terkeluar dari tempat yang sepatutnya).
- shunt mengalirkan CSF yang kurang dari sepatutnya (happened to this time revision).
- jangkitan kuman (happened to 2nd revision).




Setiap ibu yang mempunyai anak yang memakai shunt memang berharap agar tiada lagi shunt revision. Setiap hari ibu² seperti kami akan berasa risau, tertanya-tanya sampai bilakah shunt yang ditanam itu akan bertahan, adakah jika memegang si dia begini akan menyebabkan shuntnya rosak? Dan lain² lagilah. Anak terasakan begitu rapuh (seems like she's fragile).

Semuanya bergantung kepada janji Allah jua. Jika Allah takdirkan shunt Syafiah yang sebelum ini bertahan tak sampai sebulan, ia tetap akan rosak bila sampai waktunya walau pun yang membedah tu pakar dari USM Kubang Kerian sekali pun. I just pray that this time will last long... ameen.

So, for people out there.. please.. please get informed. Jadikanlah kita bangsa berilmu!


p.s. : Glad to read that Violet, Sarah's daughter has been using the same shunt for 3 years! Go go Violet! Glad that I'm emotionally stable too today...

2 comments:

Jiey^Mien said...

Hmm.. Cukup detailed!! Seb baik tak letak gambar yang programmable / fixed line.. Hehheheh..

BTW, utk Cik / En. Anon, saya org Kelantan. Parents saya masih di Kelantan. Dan anak saya juga ada problem berkaitan neuro.

Tp at the moment, my mom is in KL, staying with us just to take care of my son. Kalau wat treatment kat Kelantan sbnrnya lg senang coz kat sana lg ramai org utk tgk2kan my son and my mom don't have to come here.. But then again, bukan senang nak transfer record.. Jadi, saya masih setia di Pantai Medical Centre, Bangsar (eventhough I'm residing in Ampang!);P

Sue.Aleen said...

Jiey^Mien:
ter'excited' nak letak gambar la pulak... heheheh... tq sebab bagi inspirasi!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin