May 14, 2009

Kurniaan tak diduga dan tanpa hadnya...

Adakah Allah swt sering membuatkan anda tersenyum? Di celah² kesakitan yang anda alami, Tuhan sentiasa berlaku adil secara anda sedar atau pun tidak. Dia bertindak secara misteri dan cukup unik. Yang tidak terjangkau dek fikiran dan pandangan mata.

Apakah perasaan anda bila berdepan dengan situasi berikut?:

1- Nak hantar anak ke tadika Q bayaran bulanannya agak mahal kerana ia mungkin saja tadika tersohor. Sekitar RM200/seorang/sebulan. Anda seakan mahu menangis kerana sebelum ini anak anda telah dimasukkan ke sekolah tersebut atas kapasiti anda sebagai salah seorang tenaga pengajar. Anak anda pula sudah biasa dengan keadaan di sekolah. Kemudian anda terpaksa berhenti atas sebab² tertentu. Tidak lama selepas itu seseorang telah menghubungi anda dengan tujuan memujuk agar anak anda terus bersekolah di sana. Tajaan sepenuhnya sepanjang 2 tahun tanpa bayaran bulanan kecuali bayaran ke atas buku, pakaian seragam dan pengangkutan.

2- Anda dan pasangan terbeban dengan komitmen kewangan. Anda dan si dia membeli rumah masing² ketika masih bujang. Si dia juga mempunyai pinjaman kereta. Syarikat kewangan berlesen yang anda pilih juga tidak mengemaskini data anda, yakni alamat anda. Terakhir anda terus saja menerima perkhabaran yang fail anda akan dibawa ke mahkamah. Di waktu yang kritikal itu Tuhan menyentuh anda hanya dengan kehadiran sepucuk surat di kampung yang sebelum ini tidak pernah anda terima. Ajaibnya ibu anda jarang berada di rumah. Kebetulan pula dia berada di rumah kerana ketika itu adalah waktu cuti sekolah. Keadaan kusut itu terlerai dengan perbincangan semula dengan pihak bank yang memberikan kelonggaran untuk anda menstrukturkan semula pinjaman hingga mendapat potongan separuh daripada bayaran bulanan biasa yang anda buat.

3- Anda berangan menggunakan mesin basuh automatik sedangkan mesih basuh anda telah berkhidmat selama 6 tahun. Masih elok. Anda bersabar saja menggunakan apa yang ada. Tiba² dikhabarkan oleh adik anda, tuan rumahnya inginkan rumahnya kembali. Anda memang pernah mengajak adik anda tinggal bersama anda. Lantas dia tanpa lengah berpindah ke rumah anda. Berserta mesin basuh automatik yang anda diizinkan untuk menggunakannya. Suami adik anda bekerja di sebuah pasar borong. Dia pula sentiasa membawa pulang ikan malah sayur ke rumah. Malah yang lebih memudahkan kehidupan anda, sewa rumah kini telah dibahagi dua.

Hasil tangkapan di pasar borong hari ini... 7 ekor ikan mabung terlindung sebalik 6 ekor ikan kerisi. Kadang² bawak balik sampai 20 ekor sekaligus.


Terlalu banyak kurniaan Allah swt yang tak terduga. Sama ada kecil atau besar. Sama ada diperolehi secara mudah atau pun penuh liku. Kadangkala kita sebagai manusia kurang muhasabah tentang apa yang kita dapat berbanding dengan apa yang kita mahu. Bagilah emas intan sebesar gunung pun, namun kita masih belum mampu menahan diri untuk mengimpikan yang lain. Cuba buat seperkara. Ambil pen dan kertas, senaraikan apa yang telah kita dapat pada hari ini. Setelah itu bersyukurlah kepadaNya kerana diberikan nikmat kurnia yang melimpah-ruah dan tidak terhingga. Malah diberikan pula ruang untuk kita sama² meningkatkan amalan dan berkongsi masalah secara tidak langsung.

Kadangkala kita mengeluh.. hish.. time nilah benda ni nak buat hal. Padahal kita tak sedar, dalam rezeki yang kita terima telah ada bahagian² dan peruntukan²nya serta mungkin hak orang lain di dalamnya. Contohnya, kita takkan makan seguni beras tu sendirian sungguhpun wang untuk beli beras tu datang dari kocek kita sendiri.

Orang seringkali bertanya, "Macamana nak maintain satu income? Dengan anak istimewa lagi". Telah hampir 2 tahun saya tidak bekerja (pernah bekerja tapi berhenti sebab Syafiah dimasukkan ke hospital). Saya sendiri tidak tahu bagaimana kami melaluinya. Bagi saya.. ya... Allah sentiasa membuatkan saya tersenyum! Cara dan bagaimana Yang Maha Pemurah menolong kami.. hanya Dia yang tahu..



p/s : Sabar je ni menunggu Syafiah pulang. Masa dia ke HSB tadi Adam belum lagi bangun menyebabkan saya tidak dapat ikut serta. Maafkan ibu, nak. Berkorban lagilah seperti biasa...

10 comments:

mirah said...

Ya kalau direnungkan seketika, kekadng saya juga banyak mengeluh dari mensyukuri.
Cepat2 update perkembangan syafiah yea..

suealeen said...

mirah:
Akak rasa kita perempuan ni bab sabar tu kureng sket... Tabah ye kot! Pastu mula la rasa serba salah...

Luvvvvv said...

semoga miracle will happen to syafiah, (to my uwais as well!!)

kak,

i cannot imagine what will happen when i become a housewife one day, org dah biasa pegang duit... tp demi uwais, apa pun ibu sanggup lakukan!!

ibuVouge said...

salam kak sue
cemana perkhabaran syafiah?

suka entry kak sue ..mengingatkan yg lupa..selalu org ingat rezeki itu adalah RM.tapi rezeki itu luas sgtkan kak.

owh sungguh segar ikan tu..

mirah said...

K sue, kalau nak diikutkan saya ni banyak betul Allah permudahkan urusan saya. Hampir semua doa saya Dia makbulkan. Dalam lalai, baru saya sedar sebenarnya Allah bagi yang dipinta cuma caranya saja berbeza bukan direct seperti diminta.

Sama juga tika saya dilema membuat pilihan sekarang ini. Allah perkenankan doa saya tapi saya masih kurang yakin untuk pergi. Adakah ia satu ujian buat saya? Mungkin kan, Allah nak uji sejauh mana iman saya. Sejauh mana keyakinan saya pada Nya.

Oh Tuhan, ku sungguh lemah.

Sue.Aleen said...

alhamdulillah keputusan Syafiah sangat positif cuma perlukan stimulation untuk sedarkan saraf optik dia tu.

ibu_uwais_ameenah:
mula memang janggal sket. tapi lelama biasalah....




ibuVouge:
ikan memang segar sebab kata adik ipar tu nelayan terus jual ke towkey lori ikan dan lori terus angkut je dari tempat² yang berkenaan. lori ikan ni ke pasar borong setiap hari. dari kampung akak pun ada.




mirah:
Allah selalu turunkan pertolongan kepada kita dengan cara yang kita tak sedar, sebaliknya kita rasa terkilanlah, marahlah, or up to putus asa. padahal kita yang tak perasan. kadang dah dapat pun rasa sesak lagi. sebab mungkin kita rasa dah dapat tapi tak macam yang kita nak.

rujuklah kembali kepadaNya. insyaAllah Dia takkan biarkan Mirah sendirian dalam membuat keputusan. ok!

littlemama said...

sueallen,

Allah akan sentiasa bagi pertolongan tanpa kita sedari... a blessing in disguise... tapi ramai masih yg tak tau nak bersyukur..just be strong and keep on going!

Sue.Aleen said...

littlemama:
ye.. ramai yang tak sedar banyak pertolongan yang kita dapat setiap hari.. sehingga kita seringkali meminta-minta pula yang lainnya.

btw, nice to know you and thanks for visiting.

Kujie said...

Alhamdulillah Sue

kak jie 2 hari lepas juga dalam kekusutan dan kerumitan sikit tetapi keesokan harinya ...MasyaAllah....kurniaNya tak terduga.

Sue.Aleen said...

Kujie:
alhamdulillah... kehidupan memang sentiasa tak diduga..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin