May 19, 2009

Rakan 'gelap'

Bunyi entry ni lain macam je kan. Macam rakan kongsi gelap. Saya baru perasan entry saya pagi ini - '24 hours to live...' tidak difeed langsung ke mana² laman blog kecuali yang pakai wordpress. Kenapa ye? Entah la... rss pun dah nyampah tengok kami kot!

Di mana² sekali pun rakan² akan datang dan pergi seperti touch-n-go. Nilai persahabatan yang dihulurkan macam tiada nilainya. Di alam realiti malah di alam maya. Di sini juga saya melihat trendnya begitu. Datang dan pergi tanpa menyapa. Sedangkan adakalanya saya juga mahu mengenali malah mungkin boleh bersahabat dengan anda. Tak tinggal jejak macamana kita nak berkawan? Ada juga yang telah sampai ke tahap berborak di alam realiti tapi hilang entah ke mana. Saya bersangka baik saja. Tak sudi tak pelah...

Tapi cerita saya ni saya nak fokuskan pada seseorang yang saya kenal melalui alam blog ni. Anggap saja dia sebagai 'rakan gelap'. Saya tak tahulah dia gelap ke idak sebab kami tidak pernah bertemu. Kenapa rakan gelap? Sebab dia tu lelaki. URL blognya yang mana satu, biar saja saya rahsiakan. Saya tak ingat kami kenal di mana. Tapi yang pasti bukan di blog Syafiah. Mungkin di Tangan Yang Menghayun Buaian.. isk di mana tu saya tak ingat langsung lah.

Kami berkawan baik atas satu peristiwa. Makin lama makin baik. Suami tahu tentang hal ini. Malah di zaman saya bekerja dulu pun memang saya ramai rakan sekerja lelaki. Satu team kami, saya saja yang perempuan. Begitu juga dengan suami, kebanyakan orang di tempat kerjanya adalah perempuan. Jadi pengalaman kami terbalik. Kadang² saya pulang lewat, keluar dan bermesyuarat bersama rakan sekerja mahu pun bos. Bos saya tu pun masih rapat dengan saya, masih menghubungi saya hingga ke hari ini. Zaman sekolah dulu pun serupa juga.

Sejak saya logged in satu malam tu dan lepak dalam Gmail sebab nak transfer gambar kami, dia menyapa saya. Sesiapa yang pakai Gmail boleh chat kalau ada akaun Gmail. Senarai kawan saya dalam Gmail dalam tu bukannya ramai sangat. Dia, Aubrey dan bebaru ni saya jemput Anasfadilah pun dia tak terima lagi (aduhhh... apa la nasib).

Borak punya borak tak sedar langsung mengheret ke pukul 11 malam. Dia ngantuk, saya pun sama jugak. Kekadang cik suami datang bawak 1 mug air panas. Spotcheck ke kata dia? Hahaha... taklah... saya telus. Apa kami sembang, siapa kawan saya akan jadi kawan suami juga. Jeles? Tak da maknanya nak cari musuh, baik saya berkawan dengan kawan² cik suami, baik cik suami berkawan dengan kawan² saya. Dapat juga tambah network.

Borak² pun berhenti. Bahasa pun gua-lu, ko-aku je. Dia tahu saya berjiwa rock, saya pula tahu dia ada girlfriend. Even girlfriend dia pun pernah komen dalam blog ni. Muda pun lagi mamat ni. Lebih kurang baya cik suami. Dia bagi no. telefon. Dulu pun pernah bagi dalam mail tapi terpadam la pulak mail tu. Dia bagi no. tepon bukannya apa sebab dia pernah offer servis pergigian percuma pada kami sekeluarga. Ingat janji Tuhan? Buat 1 dapat 10, insyaAllah. Tapi saya tak de la niat nak buat apa pun pada gigi² saya ni... malu aahhhh! Akan datang ni tak tahulah. Servis tu nanti bukan dia yang buat pun, tapi girlfriend dia.

Sejak dia tahu no. tepon saya tu tiap² hari mesti ada sekali dia sms saya. Banyak kali tanya pasal Syafiah, ada jugak cakap dia malas nak ke tempat kerja, kadang ajak online. Kira macam tempat luahkan perasaan dia la. Macam adik dengan kakak. Broadband yang saya pakai ni adalah broadband dia. Of course la saya yang bayar tapi ada diskaun sikitlah. Diskaun kawan²... huhu!

Saya pun tak reti nak klasifikasikan hubungan kami ni macamana. Tapi agak pelik jugalah. Saya tak kata yang pelik itu adalah fishy. Macam ada agenda tersembunyi. Bukan macam tu. Ye la... nak menambahkan perisa lagi, blog TYMB saya tu sama pula tarikh lahirnya dengan blog dia.

Saya melihat perkara ni sebagai kuasa Allah swt. Menemukan manusia yang saling tidak mengenali boleh rapat tapi tidak melampaui batas. Saya anggap dia macam sahabat saya yang lain. Cuma bezanya dia hubungi saya setiap hari. Tanya khabar saya, suami dan anak². Sahabat yang prihatin. Tahu apa yang saya lalui dan cuba memahaminya.

Tapi tak la pula macam cik suami yang paling memahami keadaan saya di dunia ni. Tulang belakang saya tu... menerima saya seadanya saya. Cik suami pun dulu asalnya sahabat saya juga. Sedar tak sedar sekarang ni dah nak akhir Jamadilawal, kemudian Jamadilakhir dan tibalah Rejab. Rejab ni cukuplah usia perkahwinan kami yang ke-6 tahun dengan 3 orang anak. Sasaran? Kalau boleh nak 7, itu cerita 'kalau'... :D

Cakap pasal bulan² Islam ni teringat pula saya masih tak ganti puasa... aduhhh! Tahun lepas je kena ganti, tahun sebelum tu takyah sebab mengandunglah, period berhenti masa bulan puasalah (pandai period ni).

Jadi kawan²... 2 soalan:
1. Adakah anda mempunyai rakan cyber yang baik?
2. Adakah anda telah gantikan puasa anda?

4 comments:

intan mama ammar said...

tajuk feed 24 hours to live tu buat aku cuak tgh2 jaga periksa tadi kau. gila mencungap aku. hei apedaaa.

rakan cyber aku yg baik: hang lah. sapa lagi

aku ada dua hari lagi. mungkin satu (lupa kau). camna tu.

Sue.Aleen said...

Intan:
hehehe.. saja bikin gempaq... hang pun sama rakan cyber yang baik pada aku. jaga le bebudak exam tu bebaik. aku teringat-ingat zaman sekolah masa ambik exam la pulak!

me said...

kuang3...
aku pn x ganti posa lagi..adeh tertangguh2 smp ke hari ni.tp rasanya aku dah ganti time posa 6 dulu...(erkkk..aku ada posa ke time tue)hahaha..
yark ampun!aku terilang igtn pasal puasa ini...huhuhu

kawan cyber aku ramai...tp tak dak sorg pn yang melekat di hati melainkan jet sorg(dia pn knln cyber jgk smp jd suami)..hikhikhik

Sue.Aleen said...

~:|:sara:|:~:
jom kita bayo sesama... bukannya sempurna pun posa kita. bak kata Nabi saw, posa kosong, posa saja. berlapar dan dahaga tapi tak dapat apa.

kita ni kroni cyber ramai laaaa! hahaha!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin