May 8, 2009

Teacher suruh cium ibu...

Mastura : Ibu... ada kad love dalam beg! (excited bunyinya)

Ibu : Masuk la dulu...

Mastura masuk dan terus membuka beg di depan pintu. Sedang saya mengunci gril dan mangganya... kelihatan dia tersenyum-senyum....

Mastura : Teacher Fika suruh cium ibu...

Saya pun menyuakan pipi lantas dia terus menciumnya. Anakku dah besar rupanya... There's a first step for everything dan inilah kad hari ibu pertama yang pernah saya terima. Hati ini tersentuh...



Boleh pulak dia tertidur di buaian sementara menunggu kami untuk pulang ke SU. Masa ni dia di rumah maktoknya.




Selepas makan, nun di ruang tamu kedengaran suaranya membaca buku tadikanya. Kini sudah masuk siri ke-5. Sungguh.. saya berpegang - dapat A ke well done ke very good ke, adalah satu bonus untuk ibu bapa. Saya tidak memaksanya. Jika tak dapat pun, dia tetap anak saya yang amat saya sayangi.


p/s: Mastura adalah anak yang tidak perlu disuruh sungguhpun dia baru berusia 5 tahun (dalam Hijrah dah cecah, ikut masihi bulan depan). Semalam dia membetulkan kedudukan Syafiah yang melasak. Adakalanya mengajar pula si Adam untuk membaca, dan adakalanya dia membantu si kecil untuk berstimulasi. Apakah lagi yang seorang ibu seperti aku perlukan?

5 comments:

AKUOKU said...

terima kasih kerana sudi menjengah ke blog kami. belum berkesempatan membaca old entry di dlm blog ni. minggu2 kebelakangan ini super busy. salam perkenalan.

Sue.Aleen said...

AKUOKU:
tak pe... thanks for visiting. nak mudahnya baca je kat significant entries tu.. tambah lagi kat at a glance. mudah nak faham citer syafiah ni...

Luvvvvv said...

hepi mummy's day akak...

dilla-ady said...

aslmkkm suealeen..thanks dropping by ye..sgt busy tak sempat nak jalan2 di blog sue..nanti ada kelapangan kite berkongsi satu cerita ye..tntg menjadi seorang ibu..

Sue.Aleen said...

ibu_uwais_ameenah:
selamat hari ibu untuk ibu uwais juga...





dilla-ady:
wsalam... eh citer la cepat.. nak gak baca... thanks for dropping by too!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin