May 10, 2009

Selamat Hari Ibu @ Happy Mother's Day






Duhai Bonda
Munsyid : NowSeeHeart

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda


Entry ini walau pun banyaknya gambar mak je, saya tuju jugak ucapan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu² yang melayari blog ini terutamanya warga SU.net, ibu² yang istimewa serta para pelayar sekalian (termasuklah diri tuan punya tanah ni). Teruslah menjadi wanita yang unggul, permata dunia dan akhirat, insyaAllah. Sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah. Yang bawah ni pulak gambar mak mertua saya... I love her as I love my own mother...


Maimi bin Abbas (populer dengan panggilan Mak Mon.. namanya mengingatkan aku pada Florida)

7 comments:

ibuVouge said...

kak sue
selamat hari ibu.. kalau dulu kita sayang mak sbb dia mak kita, tapi bila bergelar ibu baru terasa betapa mak amat berkorban..tak terbalas dan terbanding jasa dan kasih sayang mak

ummuabdullahsyaakir said...

Salam,kak..selamat Hari ibu.Moga bahagia disampng kelaurga tersayang:)

Sue.Aleen said...

ibuVouge:
dah jadi ibu ni lagi rasa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kan...




ummuabdullahsyaakir:
wsalam... alhamdulillah so far bahagia.. i hope you'll feel the same way too...

SyahNur said...

salam ziarah...

selamat hari ibu...

hippo said...

Hi, Selamat hari Ibu to us! Thanks for the comment in my blog and I can't believe u r from KL too! Well, looks like we hydro mama are just aout anywhere!

p.s. I am your followers now! It just too tempting not too afterall we are hydromama sekampung!

Pnut said...

Sue-kalau kita nak kira jasa emak kita, tak leh boleh nak hitung, emaklah sumber kekuatan kita kan...

moga Allah panjangkan umur emak-emak kita..

psstt kedah tang mana??

Sue.Aleen said...

SyahNur:
selamat hari ibu juga...




Hippo:
we're not just a hydro mama.. a sophisticated hydro mama rite? i follow you too.. thanks for stopping over!




Pnut:
ameen... moga doa akak makbul. pinjamkanlah lagi usia mak untuk jangkamasa bertahun-tahun lagi.

kita takleh hitung apa jasa mak², tapi kita perlu muhasabah diri tentang apa yang dah kita buat pada mereka.

anyway, tok saya dulu dok kat bandaq bharu. asai masih Perak utara. tapi saya bangga cakap utara ni.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin