"Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu"
Irama yang sentiasa bergema dalam sanubari kita. Dari generasi ke generasi. Sama saja alunannya.
Maaflah kak non berdiam diri selepas dari hujung minggu yang memenatkan. Pengalaman berbeza dan tiada taranya.
Apa kena-mengena cerita hujung minggu dengan tepuk amai² ye? Sebenarnya saya ingin benar ceritakan perkara ini pada hari Jumaat tapi saya terlalu letih. Balik saja pukul 12 tengah malam.
Syafiah kini pandai tepuk tangan! Pencapaian yang kecil bagi sesetengah pihak tapi tidak kepada Syafiah. Setiap kali saya alunkan irama tepuk amai² tanpa lengah dia menepuk tangannya. Perasaannya hanya Allah swt yang tahu! Cuma tangan kirinya masih menggenggam. Hanya tangan kanan yang terbuka. Dia juga tahu membezakan pipi dan tangan ibu. Dia tidak memilih untuk menepuk pipi ibunya ini! Dia tahu membezakan dan tahu juga alunan irama itu adalah petanda untuk menepuk tangan. Alhamdulillah, otaknya mampu memproses!
Sejak saya tinggalkan dia 16 jam pada hari Jumaat, dia asyik marah saja. Cabut pacifier sekejap pun marah, tak angkat pun marah, riba lama² pun marah, dialihkan badannya pun marah! Malah bagi minum susu pun marah. Semalam si bapa menyiapkan sebotol susu. Asyik merungut je dia. Diberi pun dia tak mahu. Bila dicabut terus lelap. Nak tidur rupanya. Maafkan ayah dan ibu kerana masih belum memahami kehendakmu wahai anak!
Lasak anak ibu ni tidur... bukan 360 darjah lagi dah. Bila bangun pagi dah beralih arah dan tempat. Kepala ke mana, kaki pun entah ke mana.
Hukum Menepuk Tangan
Secara asasnya, menepuk tangan tidak diharamkan, malah dibenarkan berasaskan kepada kaedah fiqh;
الأصل في الأشياء الإباحة
Maksudnya;
"Asal sesuatu perkara adalah harus"
Adapun sebilangan pihak yang mengatakan haram tepuk tangan dengan merujuk kepada firman Allah yang menyebut;
وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً
Maksudnya;
"Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan"
(Surah Al-Anfal : 35)
Perlu diambil perhatian, ayat ini di kupas oleh Imam Ibnu Abbas dengan katanya;
كانت قريش تطوف بالبيت عُراة، يُصفِّقون ويُصفِّرون ، فكان ذلك عبادة في ظنِّهم
Maksudnya;
"Orang-orang Qurasyh, apabila mereka melakukan tawaf, mereka lakukan dalam keadaan telanjang, mereka bertepuk-tepuk tangan dan bersiul-siul. Mereka melakukan sedemikian kerana mereka menyangka itu adalah perkara ibadat[2]"
Justeru, hukum haram tepuk tangan yang dimaksudkan dalam ayat ini, apabila ia melibatkan kepada perkara ibadat. Adapun tepuk tangan yang tidak melibatkan kepada perkara ibadat, seperti melibatkan majlis keramaian, menyambut tetamu terhormat, kagum dengan sesuatu ucapan dan sebagainya, maka itu adalah harus didalam Islam.
Dipetik dari al-Bakistani
11 comments:
oh pandainya syafiah. Comel kan bila mereka dah tau respons.
haha. pandai syafiah.. tahutepuk tangan ye!
(err.. kenapa ummi dia cabut itu pacifier..? kesian dia.. ) :)
sue ... i had da same feeling too... bila ammar disuruh salam then dia respon sambil menghulur tangan immediately hati rasa sungguh teruja, am on cloud 9!
maybe to others its not a big deal but for me its a big achievement ... anw, i am so happy for syafiah ... chaiyokkk!!!
Yeayyyy!!!!!!! Well Done Geweku!!! ~Kata Ian tanpa segan silu~
Alhamdulillah.banyak dah improvement pada syafiah.Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.sedikit demi sedikit kesabaran selama ini terbalas jua akhirnya.Memang benar sekali ungkapan setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan setiap ujian yang dihadapi dengan ikhlas dan sabar pasti akan diberikan pahala.Allah adalah Pencipta manusia.dan DIA juga Maha mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-hambaNYA.
alhamdulillah..semakin progress sicilik sorang ni... go Syafiah go...pok mai mai
Assalamualaikum Suealeen
Masha Allah, sangat bangga dengan pencapaian terbaru Syafiah dan pandai pula dia menunjukkan perasaan marahnya.
Kadang2 saya juga sama, masih tidak faham apa kemahuan Muja. Memang anak2 istimewa ini suatu yang mencabar. Semoga kita sama2 berjaya menghadapi cabaran ini, ameen.
Salam ceria
lightnur.
pandai la syafiah..to suealeen..teruskan usaha..sebab tepuk amai2 u bagus..Kak Raw penah cakap ngan ina..slalu buat tepuk amai2 kat Nabila..Untuk lembutkan tangan dia..Alhamdulillah..tangan Nabila dah lembut skrg..
Mirah:
Perasaannya seperti berbunga-bunga. Yea.. indeed nampak cute.
Zuhaini:
Ibu cabut le sebab nak uji kesabaran si anak... hahaha!
Asz:
Hanya kita² je yang memahami. Achievement kecil pada pandangan orang tapi tidak bagi pandangan kita.
Jiey^Mien:
Hehe.. entah² masin mulut jari Jiey.. kuang³. Berbesanlah kita..
SA7:
Alhamdulillah. Nak kata sabar tu idak la jugak. Kalau tak kerana ada tonggak yang memahami, setia dan membantu, mungkin saja jiwa menjadi lara. Bentengnya ialah iman. Hidup ni pendek. Tujuan kita bukan hanya di sini, tapi juga hingga ke sana. Hakikatnya hidup ini Allah swt yang punya.
Dayah:
Tu la no.. alhamdulillah. Harap ada lagi perubahan, insyaAllah.
Lightnur :
Wsalam. Banyak lagi yang kita perlu pelajari dari mereka yang istimewa ini. Betul tak? Mereka ni gedung ilmu dan hikmah. Saya juga mengharapkan yang terbaik untuk lightnur dan anak² especially Muja. InsyaAllah kita pasti berjaya.
Noina :
Alhamdulillah tangan Syafiah ni lembut cuma tangan kiri dia bengkok sket dan gemo menggenggam. Selalu tu saya geletek je tapak tangan dia, biar dia aktif.
rindu la kt syafiah(bukan piah jew...suma una rindu)...
bila mk ck ella nk blik kg? una taun nie peksa so x bleh la nk p sana...
huhu...
.:una:.:
entah la tak tau lagi bila.. insyaAllah balik bila diseru.. cewahhh... tak pe.. kami memahami. tunggulah cuti hujung tahun nanti, boleh mai dok sini sebulan pun..
Post a Comment