Jul 18, 2009

Tag : Tentang anda & 5 kenangan manis..

Tag ini diberikan oleh Dayah, ibu kepada Shukrina Imtiyaz yang comel itu.


Gambar kredit kepada Unplug Your Kids.


1.Berapa umur anda?
Sekitar akhir bulan Julai ni bakal berusia 31 tahun. Ironiknya, masuk awal bulan 8 ni saya akan berusia 32 tahun ikut kalendar Hijrah. Saya dilahirkan dalam bulan Syaaban.


2. Anda berasal?
Asal keturunan saya berasal dari Banjarmasin, Kalimantan. Nenek ibu (moyang saya) berasal dari Timur Tengah. Kalo soklan ni tanya pasal kampung... kampung saya di Perak utara. Bahasa? Rojak..


3.Berapa adik beradik anda? Anak yang ke? Brp lelaki n perempuan?
Adik-beradik 5. Saya penultimate. Semua perempuan.


4.Sekolah terakhir anda?
Sekolah Menengah Seri Perak.


5.Bila terakhir anda memotong rambut?
Tak ingat. Asal panjang je potong.


6. Shampoo apa yang anda gunakan sekarang?
Sunsilk. Jangan gugurkan rambut anda dengan kerap memakai syampu. Akibat kerap memakai syampu juga rambut anda akan cepat beruban <-- tips mak saya. Ibunda memang kurang beruban walau pun usianya kini 64 tahun.


7. Anda gemar menjahit? Kalau tidak nyatakan sebab
Pencipta tag ni semestinya seorang penjahit. Saya suka menjahit tapi mesin jahit tak de. Camne tu?


8.Jika duduk di rumah, adakah anda suka menghias diri
Saya memang seorang surirumah dan sangat tidak suka berhias melampau.


9. Apakah kerja rumah yang paling malas anda hendak lakukan?
Keluar rumah untuk sidai baju & lipat baju.


10. Soalan terakhir.. bagi 5 kenangan MANIS yang tak dapat anda lupakan sampai bila bila

i) Bermain sorok² dengan ayahanda ketika masih kecil. Selalu dilakukan selepas ayahanda balik dari surau seusai solat Isya’. Pernah sekali, menyorok di bawah timbunan pakaian yang belum dilipat sehingga tertidur. Akibatnya hampir dipijak oleh ayahanda sendiri.

ii) Membaca pada usia kurang 4 tahun (tapi saya tidak memaksa anak mengikut jejak langkah saya). Mastura terkehadapan sedikit dengan pandai membaca dalam Bahasa Inggeris.

iii) Belajar berenang dengan ayahanda menggunakan buah nyiok. Ayahanda menggalakkan anak²nya membuat aktiviti lasak dan melakukan sesuatu itu mengikut citarasa sendiri. Dia mengajar anak²nya berdikari.

iv) Bersekolah di sekolah yang best itu. Guru²nya pun berinisiatif dan kreatif. Ada antaranya mengajak pelajar belajar di luar kelas. Contohnya seperti di padang sekolah ditemani oleh embun yang masih melekat di hujung² rumput, di bawah pokok dan di gazebo.

v) Bersahabat, berkawan, bertunang, bernikah dan beranak-pinak dengan cinta hati saya.


Tag ini dipanjangkan kepada:
1) Mirah.
2) Krsty Pinky.
3) Sara @ Awa.
4) Lady of Leisure.
5) a.z.r.i.n.a.03.07.


Tag ini mengingatkan saya tentang zaman kanak² saya yang hebat. Mampukah anak² saya merasakan yang serupa di zaman segalanya menekankan tentang aspek akademik? Sedangkan sepatutnya eksplorasi secara sendiri itu amat penting untuk membuka minda anak untuk lebih berfikir dan berkreatif. Bila minda dijanakan, insyaAllah anak² akan senang untuk belajar. Sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan oleh kanak² zaman sekarang.





12 comments:

Lady of Leisure said...

wah saya dapat tag.. tq kak sue..
sukanya hati dapat tag.. saya akan jawab secepat mungkin.. semangat nih.. thanks again kak sue..
:)
lewat tido kak sue?

Lady of Leisure said...

jenuh ku dok ingat penultimate ni yg ke berapa.. akhirnya ku baru ingat, second last kan?

Sue.Aleen said...

Lady of Leisure:
Buat jangan tak buat.. kita bagi tag sebab kita ingat kat orang yang ditag tu, betul tak?

Tido tak lewat. Ni scheduled post. :P

Yep betul... penultimate adalah second last. Saja nak bagi thrill sket.

Dayah @ Real Ummu said...

terima ksih layan tag ni..byk sungguh aktiviti budak kampung kaksue dgn ayah..la ni tak merasa la budak2 zmn skrg

Sue.Aleen said...

Dayah:
Sungguh kan.. bebudak dulu banyak aktiviti. Kerabat pokok macam juara.

Budak zaman la jangan harap la. Tapi akak suka depa explore laman rumah maktok depa bila balik kg. Kadang dengan kita pun depa tak ingat dah...

mirah said...

K sue, nnt saya buat k.
Tetiba saya terkenang kampung halaman..heheh..

Diver Mom said...

main sorok2 dengan ayah..? wah.. sweetnya.. ayah kami time kecik2 garang.. takut! :)

Sue.Aleen said...

mirah:
Tag ni mengimbau kenangan kan...





Zuhaini:
Ayah akak pun garang (+berangin) jugak. Biasalah orang dedolu ni garang dengan anak. Tapi sampai anak yang akhir² dia dah kureng garangnya.. Akak banyak sweet memories dengan allahyarham.

Lady of Leisure said...

yeayy.. dah buat tag.. tq sbb kak sue ingat kat kite hehe..
:)

sebenarnya lepas dapat tu terus buat.. malangnya bila nak post jer intenet down sampai lah pagi ni..

org streamyx kate mgu depan baru ok intenet, tapi saje jer try nasib di pagi ahad ni.. boleh jer kite terus post tag kak su ni, dah simpan siap lam draft dah.. ekekekke...

Sue.Aleen said...

Lady of Leisure:
Baguihhh.. tq sebab layan tag. Satgi akak terjah.

Streamyx tu kan 'snailmyx' kekadang.. hehehe!

Anonymous said...

nak jawab tag..nak update blog..
tp......malasnyaaaa~

*tetiba dtg mood camni sejak tau dpt keje... T_T

Sue.Aleen said...

| Krsty Pinky | :
Daku dah baca.. Itu copy paste je namanya.. hahahaha :P.

I bet you must be reluctant to leave your daughter. Tu sebab mood tu lain macam je kan...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin