Courtesy of Google image.
Alhamdulillah... syukur sangat pada Allah swt.
1) Semalam saya selesai melakukan ibadah puasa 6 di bulan Syawal. Moga diberikan istiqomah untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis pula serta puasa sunat yang lain. Malah istiqomah pula untuk melakukan solat secara berjemaah. Terasa lain benar kesan Ramadhan tahun ini. Reviewnya dibuat hingga selesai bulan Ramadhan itu sendiri. Masih lagi berkira untuk menulis tentang ini.
2) Hari ini genap Syafiah memakai shunt terbarunya selama 9 bulan. Dia pun aktif, banyak berbicara yang saya sendiri tak mengerti maknanya.
3) Cari pembuat sate berjaya semalam. Sebelah pagi dah rasa risau sebab seorang penjual tu menolak kerana katanya terlalu banyak tempahan untuk hari Sabtu ini.
4) Atas udara yang disedut setiap saat ini.
5) Line streamyx hari ini lebih baik daripada semalam.
6) Diberikan kesihatan yang baik.
Betapa banyaknya nikmat yang Allah swt berikan. Hanya daku kadangkala tidak bersyukur... Mengeluh itu ini dalam menempuh ujianNya. Allah, kuatkanlah iman, rohani dan jasmaniku, ameen.
6 comments:
alhamdulillah..
ye, streamix di au3 pun x menentu.. huhu :(
Zuhaini:
Semalam langsung takleh log in.
baru ingat nak bertukar ke streamyx..
tak jadi la gini..huhu...susahnya!!
rmh ni plak x pernah hvg problem dgn streamyx...ok jer selalu. Yg pakai broadband lagi masalah tgh2 online je putus. Lagi satu yg best dpt call free n unlimited to all fixed line...jimat tu beb....bln2 dah tau x yah pening kepala sekalipun hari2 bergayut kat telefon.
Annsyifa:
Pertimbangkan sebaiknya.
Kak Bib:
Streamyx bukan benda sempurna. Broadband juga begitu. Tapi koman² ada broadband, streamyx buat hal tak de la rasa mandom ja. Broadband sini elok je tak putus².
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nahl: 18)...
Post a Comment