Oct 26, 2009

Pengalaman menjaga orang berpantang dan ahli keluarga baru

Semalam ketika kami memenuhi jemputan majlis marhaban dan cukur jambul anak kawan suami, kami didatangi dengan satu sms mengatakan bahawa kakak ipar telah pun dibenarkan pulang dari HSB. Ketika itu kami di Pelabuhan Klang. Tidak lama di situ, kami bergegas ke Shah Alam untuk berjumpa dengan Awa. Mastura dan Adam dikirim pulang melaluinya.

Kemudian terus saja kami meluncur laju di lebuhraya dan keluar di persimpangan HSB. Tiba lebih kurang jam 4.15 petang. Hujan lebat. Rupanya waktu lawatan hospital kini telah berubah. Dulu jika hari Ahad waktu lawatannya dari pukul 12 tengahari sehingga ke 7 malam, kini ia sama seperti hari² biasa. Mungkin sebagai satu langkah pencegahan ketika wabak H1N1 masih menular.

Tidak lama selepas itu, biras saya membayar bil dan kami pun pulang. Kakak bersama suaminya. Sementara anaknya yang comel itu, di dalam pangkuan saya.

Sedikit gambar:



Hari pertama. Gambar dari kamera Pak Su Ata.



Dua gambar di atas ini adalah gambar pada hari Sabtu.


InsyaAllah kakak ipar akan menamai anaknya ini dengan nama Adlishah. Dilahirkan pada hari Khamis, 22 Oktober 2009. Berat ketika lahir = 3.96kg. Dilahirkan secara pembedahan atas nasihat pakar kerana pakar bimbang dengan risiko rahim pecah. Sebelum ini, kakak ipar telah melahirkan anak pertama melalui cara yang serupa dalam tempoh setahun lebih ini. Dia juga telah mengalami tumpah darah yang banyak ketika pembedahan kerana luka lama masih belum sembuh sepenuhnya. Dia juga ditahan di hospital lama sedikit bagi tujuan pemindahan darah.

Ketika kami temuinya pada hari Sabtu, keadaannya masih lemah. Pakar perlu mencari IV linenya berkali-kali sehingga habis lebam kedua-dua belah tangannya. Kini dia berpantang di rumah kami sehingga dia betul² kuat untuk pulang ke kampung. Mak mertua yang telah berada di sini dari minggu lepas juga telah pulang ke rumahnya.

Ini adalah suatu pengalaman baru bagi saya yang belum pernah menjaga orang berpantang. Walau pun saya pernah berpantang sendirian tapi ia tidak sama dengan menjaga orang lain. Malam tadi saya ke pasaraya untuk mencari ikan haruan. Balik dari sana terus saja memasak untuk makan hari ini. Pagi tadi awal lagi menyediakan air panas untuk kakak mandi. Seterusnya menyediakan makanan berat untuknya.

Paling teringat adalah malam tadi bila saya perlu menyusukan Adlishah kerana puting susu kakak telah pun melecet. Selesai saja Adlishah mengempeng, dia terus saja tidur. Hanya bangun di tengah malam untuk meminta susu. Itu pun susu dari ibunya. Syafiah pula seakan cemburu. Banyak merengek dan terjaga malam tidak seperti kebiasaannya.







12 comments:

mirah said...

teringat pula waktu berpantang sendirian masa khadijah dulu. btw, k sue jadi ibu susuan utk baby adlishah ke?

Sue.Aleen said...

mirah:
Tak la sampai kenyang kot. Ntah la, Mirah. Tapi I do hope that I can be an ibu susuan tu other baby.

Jiey Mien said...

Bila Syafiah jeles, maknanya dia tanak adik lagi tu buat ms skrg..
=)

fisa othman said...

wah!!!comelsnyer...
tringat irfan dlu kuar pun czer gak dgn berat 3.9kg...

Lady of Leisure said...

comelnya..
teringat masa jaga my sis dalam pantang..
masa tu lady, ngan my mom jaga my sis n the baby.. tengah malam bila baby bangun masing2 buka mata kecik, bila nampak ada sorang dah bangun jaga baby, yg lain tutup mata semula n sambung tido..
hehehe..
best betul masa tu..

Puan ApasH said...

kak sue,
kakak tu gap anak 1st n 2nd x sampai 2 thn eh? yg 1st lu ceaser gak eh??

luka lama x sembuh tu pasal tumpah darah ye?? hhmm..risiko ye..

Christina Arissa said...

debabnyer baby dia...
Teringat ayip masa lahir dulu.
Tembam gitu ler..

Sue kalau kita lahir c-zer memang boleh tumpah darah yer if mengandung terlalu dekat jarak dia?
Ngerinyer dengar...
Aris bersalin c-zer..
Kene tunggu lama lagi ler baru boleh pregnant lagi ek?
Seram nih...

Anonymous said...

Asfa pun pernah mengalami pengalaman yg sama for d'2nd baby coze d'1st pun caesar

msh terasa betapa sakitnya bila baby tu pusing memang terasa amat sakit kat tempat jahitan lama. Gap 1st & 2nd about 3 yrs. last2 takut scar rupture d'2nd pun terpaksa dikeluarkan secara caesar jugak...

so quota tinggal satu lagi... pas tu Dr tak bagi pregnant lagi :(

Yasmin Nabilah.. said...

Ala comelnya..geram je tgk pipi dia..beso yek kak Sue..hurm..Syafiah dok jeles yek..hehe..biasalah budak kan..hehe.. :)

Sue.Aleen said...

Jiey Mien:
Kakak dengan abang dia tak sabar nak adik lagi :P.





fisa:
Berat tu 3.9kg. Kalo saya mau naik mengah jugak tu.





Lady of Leisure:
Akak tak larat nak bukak mata bila mai malam. Letih gak jaga orang dalam pantang ni. Thanks to all mothers out there yang jaga orang dalam pantang ni.





Mama Qaseh:
Begitulah citenye, Mama Qaseh. 2 anak tu c-sect. Pastu dalam tempoh tak sampai 2 tahun. Risiko tinggilah. Especially risiko tumpah darah dan rahim pecah.





Christina Arissa:
Key point kalo termengandung jugak kalo yang previous tu c-sect, kena kawal pemakanan masa pregnant. Kalo tak, baby besar dan risiko dia akan jadi begini. Saya tengok pun naik serik la.





Asfa:
Kena jarakkan la ye tak? Hopefully Asfa bleh bersalin normal lepas ni.





Noina:
Biasalah tu. Syafiah rasa insecure dengan baby baru walo pun baby tu bukan adik dia dalam konteks adik yang sebenarnya.

Anonymous said...

hi kak sue- nak tanya akak tu besalin kat hospital sungai buloh kan?..waktu bersalin,hubby le teman ke/

Sue.Aleen said...

Anon:
HSB tak benarkan suami teman masa bersalin. Dulu boleh, sekang tak lagi. Ada kes.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin