Oct 19, 2009

Rumah terbuka dan potong barisan

Rumah terbuka

Sentuh sket bab rumah terbuka. Tetamu paling awal - Krsty dan keluarga termasuk mak dan abahnya. Not to forget Nadia who came a day earlier. Last visitors came around 9.30pm. Iaitulah anak² buahku yang kini telah berkahwin. Datang juga walau pun penat sebab lepas kerja dan memenuhi 2 undangan rumah terbuka jiran². Dia orang makan pun ala² nak tutup mata. Umpama makan sambil tidur.

Kesimpulannya, yang paling awal datang pun keluarga, yang paling lewat datang pun keluarga. Termasuk keluarga mertua yang datang dalam keadaan keletihan disebabkan ada kenduri ahli keluarga lain di kampung. Mak mertua siap sediakan kuih cara berlauk dan rojak/pasembur. Yang last minute inform macam Pak Ipin pun datang dengan isteri dan 3 orang anaknya.

Pendek kata keluarga je la yang memenuhi undangan. Kalau ada yang tak menghargai keluarga tu, tak tahulah nak cakap macamana. Kalau ada kawan yang hadir, mereka itu asalnya kawan² suami yang kini turut sama menjadi kawan² saya. Kawan² saya? Bersangka baik je la...


Potong barisan

Situasi 1

Rasa serba-salah nak kongsi sebenarnya. Tapi kalau saya pendamkan, saya akan rasa tak puas hati. Sebelum ni saya memang menunggu sangat blog saya untuk direview oleh M**. Setiap kali email masuk saya berharap sangat review itu mengikut turutan peserta tapi setiap kali itu juga saya rasa hampa. Memanglah terpulang kepada pembuat review untuk melangkau tapi seandainya seseorang itu tidak termasuk dalam senarai batch pertama atau terlebih dari tarikh sepatutnya pun boleh masuk, tak ke heran tu. Kamu seakan berjanji kerana menawarkan diri untuk membuat review tapi kamu sendiri tidak menepatinya, malah melangkau pula. Isk! Hairan bin ajaiblah.


Situasi 2

Semalam saya ke sebuah pasaraya untuk membeli barang. Sedang kami menunggu giliran datang seorang lelaki membawa satu bekas telur (30 biji). Dengan selambanya lelaki ini memotong barisan dan memohon izin orang yang di hadapan sekali untuk dia membayar harga telurnya. Saya berbisik kepada suami, "Orang itu telah terlupa untuk memohon izin kita dan pembeli lain kerana dia telah mengambil satu space dari kita semua". Hak yang dia ambil itu adalah 1 hak orang lain selepasnya. Bayangkan kalau yang beratur itu 10 orang?


2 situasi begini janganlah dipandang ringan kerana kita tidak mampu berblog lagi di akhirat malah seakan mustahil untuk bertemu balik di sana untuk memohon izin hanya kerana sebekas telur. Janji perlu ditepati. Memotong barisan seolah mengambil hak orang lain. Tidak kiralah ketika di jalanraya mahu pun di tempat² awam yang lainnya.







10 comments:

KELLY910 said...

maaf sis.. kelly mmg tak dapat hadir ke rumah terbuka sis tu.. coz kelly ni cam jauh je tercampak.. pasal potong q tu.. memang tak patut, inilah sikap orang yang terlalu pentingkan diri..

Sue.Aleen said...

kelly910:
Tak pe la, Kelly. Lain kali je.

ummu said...

ye,keluargalah insan pertama yang akan menghulur bantuan kala kita memerlukan selain teman sejati.
erm,tentang potong barisan,memang acapkali ia berlaku.pengalaman saya sendiri,bila mereka memotong dan kemudian baru perasan,"erh maaf ya".senyum jelahkan.
namun,ada yang terus potong dan merasakan dialah yang paling urgent masa tu dan bila dah settle,baru perasan saya yang berkerusi roda.begitulah adat kehidupan..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Sue,

Saya pernah kena jugak minggu lalu tp dgn budak remaja. Saya terus tegur jer...termalu2 dia.. pikir jugak macam mana budak2 skarang ni yg kurang rasa hormat pd yg tua.


~~ ^_^ citer lain jap..

walaupun saya mmg dah inf. xboleh datang, saya nak Sue tau jugak yg saya mmg nak pergi walaupun lambat tp mmg tak sempat jugak. Ptg kelmarin hujan lebat jd ttamu yg dtg semua lambat maka terpaksa tunggu. Kami bertolak dari rumah emak dlm pukul 1 pagi dan tiba di rumah 2.15 pagi. Kesian jugak pd hubby sbb ada 3 rumah kwn dia xdpt pergi. Insyallah kalau saya ke rumah spupu di sana, saya akan singgah.

Mesti meriahkan? tambahan lagi bila family mmber ada..mcam2 cerita keluar...hehehe..

fisa othman said...

rumah terbuka : tanpa keluarga siapa la kiter..

potong barisan : sikap manusia yg x tau nk sbr mncalar kn ati kiter...x suka x suka x suka org potong Q nie...

Dayah @ Real Ummu said...

alhamdulillah..dah selesai majlis..
takde gambaq ke kaksue...

Sue.Aleen said...

ummu masyita:
Ye la.. kan.. adat! Tu sebab orang rasa tak bersalah wat benda tu.





a.z.r.i.n.a.03.07:
Hari tu memang ramai orang wat open house. Jalan saya ni saja 3 orang wat.





fisa:
Orang potong barisan dia tau plak dia marah.





Dayah:
Gambaq tak dak la, Dayah. Tak ingat nak ambik pun.

Sue.Aleen said...

Terdelete la plak komen mamapemerhati.

Komen dari saya : saya tak salah sangka. Dalam soal ini siapa lebih dulu? Kalo kita tak nak orang jump barisan kita, dah tentu sepatutnya kita tak wat perkara tu pada orang lain.

Dua² golongan ni sama penting, tak kira yang masuk contest atau yang masuk list blog review. Dua² dah janji.

Anonymous said...

rumah terbuka:ya,jgn sebut bab umah tbuka,sure aku dtg awal..kakaka...

potong barisan:aku mmg sakit jiwa,sakit hati bile ckp bab ni.ade student aku org rampas.suke2 tak tanye aku pon.dasar amik hak org!

Sue.Aleen said...

| Krsty Pinky |:
Kureng la tu. Suka² je tak tanya orang kan... Dia wat tak pe. Kita wat kat dia tau plak dia marah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin