Oct 7, 2009

Sudah lupakah aku?


Photo credit to vkeong.


Ibu : Adam, ibu nampak KFC la depan sana (KFC meal-on-wheel).

Adam : Adam nak.

Ibu : Nanti ibu pergi beli ye.

Apa ni, ibu? Ah! Lemahnya diri sebagai seorang ibu. Tiba² semasa berada di bilik air teringat wajah² ini. Sudah lupakah aku?:


Photo credit to anarkismo.net


Dan teringat jugak hampir memasuki angka 3 tahun kami menahan diri daripada membeli KFC dan produk seangkatan dengannya. Satu - boikot. Dua - makanan segera. Tiga - ramuan tepung meragukan. Nanti jadi darah daging. No wonder kita ni 'liat' je bab ibadah.

"Oh anak! Maafkan ibu kerana mungkir janji. Ibu tidak jadi membelinya. Nantilah petang kita ke pasar malam. Kita beli saja ayam goreng Cik Kiah (bukan nama sebenar). Produk orang Muslim". Moga kami mampu meneruskannya, insyaAllah.

Ah! Banyak lagi makanan lain yang berkhasiat. Tak matilah kalau tak makan KFC.

Ikuti juga pandangan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi. Sedikit petikannya:

Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.








6 comments:

Anonymous said...

Akak pun dah berzaman tak mkn KFC. Kat umh pun blh buat FC kan.

Sue.Aleen said...

INTAN RH:
Saya sendiri tak ingat bila last saya makan KFC. Kalo ikut nafsu tadi mesti dah jalan kaki ke sana untuk beli.

Sekang ni HPA ada jual tepung FC tu. RFC sedap, insyaAllah buat sendiri pun sedap.

me said...

kfc skg ni dh tak minat...cuma bape hari lepas je aku ngidam makan big mac...nk tak mau kene beli gak la.. hukhuk...

padahal mcD pn aku boikot!

Sue.Aleen said...

~:|:sara:|:~:
McD pun aku dah tak ingat last makan bila. Ari tu masa beli untuk hang, terasa teringin sangat nak order McDeluxe. Fav aku suatu masa dulu...

Dayah @ Real Ummu said...

kaksue , terima aksih atas peringatan..saya pun tgh berjuang ni..kalau rasav teringin sgt, pecuthighway ke SP, cari RFC

Sue.Aleen said...

Dayah:
Hang dekat la dengan RFC no. Ari tu raya ke-3 kami pecut pi RFC dari kg. Jarak dalam 100km hanya kerana produk Muslim... Dua² RFC kami pi. Satu di Lagenda Heights, satu yang baru di Laguna Merbok.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin