Oct 8, 2009

Tentang pengasuh lagi...

2-3 hari lepas mak mertua telefon anak dia. Cik suamilah tu. Cik suami cerita intipati perbualan tu dengan saya. Intipatinya tentang kakak ipar saya.

Katanya, orang yang bela Adi (anak buah) tu macam dah pandai demand. Dia bela beberapa orang budak yang lain kalau tak silap. Then, one of the moms pays her higher than my sister-in-law. Baru² ni dia orang (antara akak dengan abang Shahrel) ada tanyakan babysitter Adi tu, kalau 2 orang budak, Adi dan bakal adiknya dihantar ke situ dia orang naklah minta bayaran tu dikurangkan sikit. Untuk dua orang dia orang sanggup bayar RM470. Tiba² je si babysitter tadi seolah macam tarik muka. Bercakap soal letih dan susah nak masaklah dan sebagainya. Bela budak mana tak letih oii... dah namanya budak.


"Mak ngah kesian kat Adi, ibu dan adik. Mak ngah cuba dulu, boleh? Nanti kalau dah tak boleh, mak ngah beritahu ibu, ok!"


Saya tak tahulah apa yang mereka ceritakan. Tapi cik suami diminta untuk mencari rumah sewa di sekitar kawasan tempat tinggal kami untuk akak dan keluarganya serta dia juga diminta agar berbincang dengan saya. Saya akui, tempat kami ni masih ada rumah yang disewakan dengan kadar yang rendah. Malah serendah RM300 untuk rumah apartment berlif.

Saya sangat memahami apa yang dilalui oleh akak. Saya juga seorang ibu dan seorang perempuan. Saya tahu betapa mencabarnya kos sara diri di Lembah Klang ini. Tambah lagi sekiranya mempunyai anak. Mesti serba sedikit dia susah hati. Nak cari pengasuh yang baik zaman sekarang ni pun bukannya mudah. Baca sajalah kisah Krsty dan pengasuh² si Mawar.

Saya pernah menghantar 2 orang anak saya pada seorang babysitter di Kelana Jaya dengan bayaran hanya RM400. Dan makcik itu pula tidak berkira. Baju dia tolong basuh setiap hari dan tilam serta segala macam keperluan anak kami dia sediakan. Salah seorang anak yang dihantar ke situ adalah anak kepada seorang pensyarah. Namun kami tidak pernah dibandingkan dengan mereka. Makcik tidak pernah menyebut tentang bayaran! Malah pernah sekali bayaran dikurangkan kerana mak saya menjaga anak kami 2 minggu, dia pula menjaga mereka 2 minggu selebihnya.

Saya boleh membantu mengikut sekadar yang saya mampu. Lagi pun adik Adi hanya akan dilahirkan pada hujung bulan ini. Dicampurtolak dengan cuti akak 2 bulan, mungkin saya hanya akan membantu mereka pada awal tahun depan. Mastura akan ke sekolah, Adam juga begitu. Pagi saya boleh concentrate menjaga mereka.

Namun, saya meminta cik suami memberitahu 'berita buruk' terlebih dahulu. Sekali pun saya mempunyai anak sendiri, namun saya tidak pernah membela anak orang lain. Kita sebagai ibu kenal sangat dengan anak sendiri dan sikap² mereka. Agak mudah untuk kita handle mereka. Kalau anak sendiri buat salah, terus tegur je tak pun cubit² sayang. Anak orang?

Saya beritahu pada suami agar berhati-hati dan jangan mengaku terlalu yakin mampu menjaga anak orang sungguh pun anak² itu adalah anak buah sendiri. Adakalanya perkara sebegini boleh menjadi sebaliknya. Janganlah pada akhirnya hubungan erat yang terbina menjadi retak.

Saya tidak tahu sama ada saya boleh melakukannya atau pun tidak. Saya akui, kerja yang repetitive mampu menjemukan saya. Manalah tahu suatu hari nanti tiba saat jemu itu saya mahu berhenti. Haishhh! Kita sendiri kenal la diri kita ni siapa. Moga janganlah sampai ada pihak yang terasa.

Nak tolak mentah² rasa kasihan pula. Mampukah saya jadi pengasuh yang baik? Menjaga anak orang lain dengan baik, cukup makan pakai, cukup dari segi layanan? Wallahu'alam.







13 comments:

adha said...

buatlah mana yg terbaik utk semua pihak.wallahualam

Puan ApasH said...

berat jugak tu..tapi insyaallah ngn experience yg kak sue ade..sume bisa di atur..

DeLLa said...

try la dulu...kat shah alam ni lagi la mahal kak..sy byr aisyah punya nursery RM300 tak termasuk OT..kalo OT 5rengget sejam...OT start 6pm keatas...kalo tak hantar ttp dikira cas sebulan..kalo 2 atu 3 anak..darab aje la..takde kurang2 nya..

Lady of Leisure said...

betul gak kan kak sue, kalau anak sendiri boleh la buat apa yg patut, kalau anak org susah...
sbb rata2 kita ni kebanyakkannya tak leh terima kalau org lain tegur anak kita.. it ll become a huge ordeal..

Anonymous said...

huhu..yes..betapa mencabarnya nak cari pengasuh ni..
mujur skrg dh solve prob..
bak kata abg nen,choose which one is better for u..

Diver Mom said...

oh.. siannya.. good luck ya.. semoga dapat mencari penyelesaian yg terbaik! amin... :)

fieza said...

tul tu kak su..mmg susah nak carik baby sitter yang memuaskan hati kt kl nih.. tmpat jaga baby pun, kate cuti ikut sngor..tpi bila die tlebih2 cuti xde plak nak kate kurangkan bayaran..huhuhuu...

Yasmin Nabilah.. said...

hurm..susah jugak tu kak Sue..hurm..akak try lah dulu..kesian gak kalau tak tolong..sian kat budak..klu dapat pengasuh baik takpe..klu dapat yang cam 'hantu' huhu..sian budak..

Sue.Aleen said...

adha:
Adoi.. jangan call mak dulu no! Tunggu bendera Perancis turun. Nak wat solat istikharah.





Mama Qaseh:
Masih menimbang-nimbang ni Mama Qaseh. Still ada rasa reluctant. Nanti nak 'consult' denganNya dulu.





DeLLa:
Kak ipar akak tu dok kat Shah Alam la tu. Dok rumah flat. Babysitter tu pun tinggal di flat yang sama. Mesti dia rasa cam tak best je anto anak dia kat situ sekang ni.





Lady of Leisure:
Tegur satu hal. Satu hal lagi kalo terjatuh? Atau kalo dia membuas sendiri, pastu jadi apa² kat dia? Bukannya kita bleh pandang selalu.





| Krsty Pinky |:
Yang menjadi pengasuh pun mencabar, yang mencari pengasuh pun mencabar. Nak cari maid, ongkos plak takde.





Zuhaini:
Thanks for the moral support ya, Zu.





fiezaradzi:
Segalanya sebab RM sekang ni. Kurang sangatlah manusia zaman sekarang nak wat amal. Terasa rindu plak dengan makcik yang jaga anak² akak tu.





Noina:
Sebenarnya rasa serba salah. Nak tolong juga tapi dalam masa yang sama risau nak bela anak orang ni.

Adique said...

salam,

nak tanye babysitter kt kelana jaya tuh area mane? sy tgh cari babysitter utk anak sy skg nih. sy tggl kat kelana jaya

purpleflutter said...

Tumpang tanya, masa hantar kpd pengasuh kat kelana jaya tu area mana ye..
Mak cik tu masih memgasuh ke?
Saya nak cari pengasuh area sini..

Tq.

purpleflutter said...

Salam adique masih di kelana jaya ke..
Skrg htr anak kat mana ye

FieSya aLeeSya said...

Pengasuh kelana jaya dkt mne yer?nk hntr ni

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin