Dec 9, 2009

Diam² berisi...

Kegilaan apakah yang melanda blog ni sampai tersadai sebulan? Bukannya tak sayang. Sayang. Kata orang, "Sayang isteri tinggal²kan". Tapi blog ni bukan isteriku. Hehehe...

Sebenarnya banyak hikmahnya mendiamkan diri ni. Satu secara kebetulannya, Allah swt melorongkan saya untuk berdiamkan diri ni untuk saya cool down. Sebelum PC saya buat hal ada satu perkara telah berlaku yang membuatkan hati saya cukup pedih dan sakit. Hanya kerana saya terbaca satu entry tentang saya ditulis oleh blogger yang sememangnya tak kenal langsung akan saya ni. Jadi dalam tempoh tu, saya merehatkan minda & melapangkan fikiran. Sesungguhnya Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hamba²Nya. Tak terkecuali diri saya sendiri. Sekarang bila saya memikirkan tentangnya, hati saya lebih tenang. Lantas saya biarkan sajalah orang itu dengan kejahilannya sendiri.


On Syafiah

Let me share you Syafiah's latest photos:



Some updates:

Weight : Increased to 1.4kg since the last visit to paed clinics.
Eating habit : Excellent! She loves to eat anything. Dan dari masakan yang saya selalu buat, dia suka dengan bingka labu.
Shunt : Is working well until today, alhamdulillah.
Appointments : A lot of appointments this month including speech, occupational therapy, neuro and paed clinics. Neuro will meet her Tomorrow.
Overall condition : Has a fever recently. However, recovered. Only left cough and flu.


On Eidul Adha


Masih lagi menyimpan wajahku yang mahal itu. Hehehe... maaf ye kawan². Wajahku hanya untuk suamiku. Cewahhh!


On my past time:


I love to cook! Especially during the school holidays where my nieces and nephew are in the house. Seronok masak bila orang ramai.

Dan selain memasak, baru² ni juga Allah swt datangkan saya sahabat² baru untuk berusrah tentang pengajian al-Quran di rumah secara informal. Mereka² ini adalah pelajar UIA. Alhamdulillah. Allah tidak lupakan kami terutamanya saya. Satu ketika dulu saya aktif juga dalam jemaah. Saya sentiasa ikut kak Bib dalam program usrah dan pengajian ilmu yang lainnya. Malah dengan sahabat saya, Masni, kami sentiasa berta'alim selepas solat Maghrib, sebelum menunaikan solat Isya'.

Jadi dengan kehadiran sahabat² ini, mengubat kerinduan saya untuk mendengar pengajian yang berteraskan ilmu al-Quran, melihat tulisan² al-Quran dan menuturkan Kalam Tuhan yang Maha Esa. Perkongsian ini amat menyentuh jiwa saya kerana saya yakin sepenuhnya Allah swt itu amat sayangkan hambaNya dengan tidak pernah melupakan mereka. Hanya mereka yang selalu lalai dan lupa terhadapNya. Allahuakbar. Moga Allah sentiasa bersama dengan saya dan kami, insyaAllah.

Sekiranya ada yang berminat dengan pengajian bermodul ini, bolehlah memberikan komen dan insyaAllah sahabat² saya tadi bersedia meluangkan sedikit masa dan ilmu untuk dikongsikan bersama dengan sahabat² semua.






19 comments:

Lady of Leisure said...

sayang blog tinggal-tinggalkan.. hihi.. tapi jangan tinggal lama sangat kak sue..
hugs and kisses for syafiah...

Ellysse Akhtar said...

Sape yg menulis biografi Kak Sue tu? Jom kite 'sue' die...!!

ApasH said...

kak sue..nampak cam cheese cake je tu..
bleh tolong bg resepi tak..haritu saya ade try buat..tp x jadi..huuhuhuhu...x tau ape yg salah..hahaha

suealeen said...

Lady of Leisure:
Blog ni takleh tinggai lelama cam blog yang satu lagi tu. Hehehehe....





Ellysse Akhtar:
Harus akak mintak royalti dari dia tu.. huhu!





ApasH:
Iyep.. memang cheese cake. Ada FB? Add la akak.. kat dalam photo collection tu ada resepi cheese cake. Tak jadi camne tu?

KELLY910 said...

hu..hu..hu.. actually rindu dengan entry terbaru sis.. dah terubat pun rindu ni.. semoga sis sekeluarga sentiasa diberkati dan dirahmati oleh NYA.. take care dear sis...

Dayah said...

makan ati ye rupanya kakak sorang ni...makan hati tapi hasil kot lain makin bertambah2..dgn keknya, usrah nya...

suealeen said...

Kelly910:
Syoknye kalo ada yang rindu. Thanks. I pray the same to you and your family too.





Dayah:
Alhamdulillah... kena lihat dari perspektif yang berlainan jika berlaku sesuatu yang negatif. Pastu turn la negatif tu jadi positif. Memang macam susah mulanya tapi tak mustahil.

sue79 said...

patutler senyap, teringin nak tahu perkembangan safiyah.. emm skrg umo safiyah dah brp bulan? nape kena pegi speech eik?

suealeen said...

sue79:
Memang hydrocephalic kena jumpa speech therapist. Satu check up yang rutin. Pernah pergi tak? Oversea's patients pun rata² ada appointment dengan speech therapist ni.

Biasanya paed clinics yang akan coordinate dengan semua klinik terlibat - neuro, ot, ENT (check telinga, cara makan & pertuturan. Nanti dia ajar kita stimulate pendengaran dan pertuturan bayi), ophthalmologist.

suealeen said...

Cuba baca pengalaman Violet. Usianya dah 4 tahun tapi masih buat access untuk speech therapy dan appointments yang lainnya.

azura said...

patutlah blog menyepi..ada yg aniaya rupanya..

tp takpe kn kak, Allah Maha Mengetahui..ujian2 ni yang akan kuatkan kesabaran kita..

mknn2 tu semua menyelerakan kak..lg2 kek haritu..sedaapnya..tq simpankan untuk sy

suealeen said...

azura:
Kek tu ada silap sket.. hehehe... konon nak modify la. Rasa dia lain sket.

Kalo datang lepas ni, nak wat Mac & Cheese plak. Bebudak ni kata, "Dok sini bukan makin kurus tapi makin gemuk". Hehehehe... compliment tu!

kak Bib said...

Salam,
lama x komen kat sini..suka tgk jari2 piah yg putih n munggil tu. Yang paling x tahan tgk cheese kek, mac & cheese dan masak asam pedas keli...terliur. OKlah dpt masak mcm2 tuk family satu cara menambat hati keluarga....specially cik suami.
Kak Bib plak yg jarang masak sebab duduk sorang....mkn kat luar je atau pun abg beli bg hari2. What's life...dah terbalik kita ni.

suealeen said...

kak Bib:
Ala... terlebih rajin bila bebudak ni ada ja. Kalo tak dak, tak rajin jugak sebab tak dak sapa nak makan. Budak 2 orang tu bukan jenis pemakan. Ucu dengan Paksu kekadang makan kat luaq. Udahnya ibu dengan ayah yang kena perabih. Nenanti kalo besaq sket mungkin bertambah rajin la kot. :P

Ni pagi ni, menu orang malas. Spaghetti olio. Hehehe...

azura said...

ye ker rasa dia lain skit..haha..sy rasa ok jer..sedaap..blik tu pun husband sy kata sedap..ish..kena blajar nih

waa..nk buat mac & cheese pulak?dialu-alukan..mcm ni nk jd adik angkat k su la..haha..bleh dpt mkn sedap :p

suealeen said...

azura:
Memang pangkat adik pun kan... Tak yah angkat la. Kang tak larat. Hehehe...

ApasH said...

Kak sue,

Id FB akak ape eh?? ni id saya Lyiana Tamizi..

Cheese cake x jadi..jadi cam puding je..hehehe..sbb try resepi yg x perlu bakar..yg jenis masuk dlm peti sejuk tu je..hehehe

Ied @ May said...

sape blogger yg tulis psl sue tu? sesuke ati je. dia tau dari baca pengalaman sue la menjadikan ibu2 lain lebih bersedia kalo diuji oleh Allah SWT. x baek kita ckp org sbb kita x tau apa nasib kita dan anak2 kita. bukan mintak benda yg buruk jadi tapi sbg peringatan kan....

suealeen said...

ApasH:
Akak punya ID maintained Sue Aleen. :). Chilled cheese cake memang akak tak pernah cuba. Nak cuba juga sebab bahan dah ada.





Ied @ May:
Tak pe la. Tak kenal maka tak cinta orang kata. Nak cakap tentang dia lelebih pun takleh gak sebab Sue sendiri pun tak kenal dia jugak.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin