Dec 22, 2009

Kenangan yang hilang...


Antara gambar terbaru di Perpustakaan Raja Tun Uda. Nasiblah ini disimpan di dalam inbox gmail saya, jika tidak... dengan yang ini pun hilang sekali.

Saya berniat untuk membuat satu entry khas untuk Syafiah bila bangun pagi ini. Ye la... bersempena dengan hari lahir Hijrahnya yang ke-2. Hati berbunga riang pada asalnya bertukar menjadi terkilan bilamana saya menelek dan mencari gambar lamanya di partition D milik saya. Partition itu ada. Tapi nama saya pada partition itu telah hilang. Dan mana perginya partition E milik cik suami? Juga hilang.

Ini gara² kami menghantar PC untuk diservis pada hari Sabtu yang lepas. Pada kebiasaannya kami menghantar PC ini di sebuah kedai bernama Prism. Tapi disebabkan tuan punya kedai berada di luar kawasan dan di luar negeri Selangor, maka kami menghantar pula PC ini ke kedai lain.

Pagi ini, cik suami menelefon si 'doktor'. Malah dia menyalahkan kami pula kerana tidak memberitahunya untuk back up segala data di D & E. Saya berasa amat hairan sekali dengan reaksi begitu. Bukankah itu tujuan partition? Tujuannya jika terjadi sesuatu kepada sistem, dokumen tersimpan di partition akan tetap terpelihara. Pelik!

PC kami bukanlah PC baru. PC kami dah berusia hampir 5 tahun. Jadi sudah tentulah PC kami telah diformat berkali-kali dengan 'doktor' yang berlainan. Bukan setakat sekali ini sahaja. Dan kami tidak pernah memberitahu 'doktor' berkenaan untuk back up data sebab mereka tidak pernah mengganggu partition D & E kami.

Bayangkan betapa banyak dokumen tersimpan di sini sejak 4 tahun yang lepas? Bila saya mengenangkan gambar² anak, hati saya akan berdarah! Dan segala dokumen penting semasa saya berkerja dulu, yang saya masih gunakan sehingga kini, turut hilang. Bagaimana untuk saya mendapatkannya semula adalah sesuatu yang sangat mustahil.

Saya bukanlah insan yang cepat marah. Tapi perkara ini telah membuatkan saya benar² terkilan. Terkilan juga dengan reaksi si 'doktor' tadi. Reaksi² tidak bertanggungjawab ini bukan hanya kita boleh temui pada si 'doktor' namun ia juga boleh ditemui pada reaksi segelintir masyarakat. Malah disalahkan kita semula.

Berderai air mata darah sekali pun takkan mampu mengembalikan kenangan anak² dan keluarga saya. Mujur gambar² Syafiah yang terkini banyak disimpan secara online. Harus selepas ini, saya menyimpan semua dokumen saya secara online saja... dan semestinya kami takkan hantar lagi PC kami ke sana untuk dibaiki di masa akan datang. Dah hilang satu pelanggan. Mood nak wat entry asal terbantut. InsyaAllah nantilah...







5 comments:

sue79 said...

sabarlah sis.. sy dah laluinya dulu bila memory card kena virus gara2 nak cuci sangt gambar tuh..
abis seme gambar2 anak hilang start dari 1st day dia lahir, gambar2 lepas operation, video seme hilang.. sedey kan??

L@n@ said...

sian sue.. berat mata memandang berat lg bahu memikul.. sabar nyer sue.. moral story pasnih semua gmbr anak kite pun akn kite simpan online..

suealeen said...

sue79:
Semua data simpan dalam partition. Masalahnya bukan pada partition. Masalahnya lagi orang tu dah terbuang dan tererase data dalam partition yang tak de kena-mengena dengan sistem. Gambar dan fail bukan sikit dalam partition tu. Untuk gambar saja mungkin beribu.





L@n@:
Tu la, L@n@. Nanti nak simpan online je. Masalah betul kalo orang tak faham makna 'partition' ni. Abih dengan partition kita diformatnya sekali.

asniza said...

sabar aje lah
uish.. uish...

suealeen said...

asniza:
Memang dah ok dah ni. Nak mulakan hidup 'baru'. :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin